Sunday, 12 September 2021

PROLOG


Kicauan burung di pagi hari menjadi satu muzik indah baginya untuk menenangkan fikiran. Setiap pagi kicauan burung-burung ini mampu menghadirikan satu aura positif kepadanya. Aura positif yang mampu membangkitkan jiwa seorang Iman Fauzana yang lelah kini kembali bersemangat untuk mengharungi hari-harinya.

 

Jam di dinding ruang tamu sudah menunjukan 7:00 pagi. Makanan untuk sarapan pagi sudah siap terhidang di meja makan. Namun kelibatan adik- adik kesayangannya belum muncul di ruang dapur. Fauzana segera menuju ke salah sebuah bilik yang terletak dihujung ruang. Satu-satunya bilik tidur adik lelakinya, Iman Fawwas.

 

Rumah yang didiami mereka adalah satu-satunya rumah peninggalan kedua orang tua mereka. Rumah teres yang hanya memilik tiga bilik tidur dan sebuah kamar mandi. Ruang dapur yang tersedia juga hanya cukup-cukup untuk keluarga kecil mereka.

 

“Fawwas, dah bangun ke belum?” Fauzana memanggil adik lelakinya sambil mengetuk pintu bilik.

 

Tiga kali ketukan tetapi masih belum ada sahutan daripada Iman Fawwas. Fauzana membuka pintu itu perlahan. Kelihatan ruang bilik itu gelap tanpa cahaya lampu. Iman Fawwas merupakan satu-satu adiknya yang tidak dapat tidur sekiranya ada cahaya yang menerangi ruang biliknya. Dah macam vampire gamaknya.

 

“Fawwas?” Nama si adik diseru lagi.

 

Suis lampu yang terletak di dinding bilik ditekan. Tiada kelibatan Iman Fawwas di segenap ruang bilik ini. Tuala yang biasanya tergantung di kepala katil juga tidak kelihatan. Tahulah Fauzana bahawa adiknya masih di kamar mandi yang bersebelahan dengan bilik tidur Fauzana. Fauzana mendekati almari baju adiknya lalu mengeluarkan seragam sekolah adiknya. Usai mengantungkan pakaian adiknya, dia menuju ke katil pula. Keadaan bantal dan selimut yang tunggang-langgang dikemas rapi olehnya. Ini juga menjadi salah satu rutinnya sekiranya adiknya tidak berkesempatan untuk mengemasnya sebelum ke sekolah.

 

“Yong.” Nama gelarannya di rumah diseru.

 

Muncul sekujur tubuh yang hanya dibaluti singlet putih dan tuala di pinggang. Iman Fawwas baru selesai mandi di kamar mandi. Bibirnya kelihatan mengigil kesejukan.

 

“Fawwas dah siap mandi? Tu, baju Yong dah keluarkan. Bersiap cepat. Dah pukul 7 dah.” Ujar Fauzana sambil membetulkan kedudukan selimut di katil adiknya.

“Terima kasih Yong, tolong kemaskan katil Fawwas. Fawwas terlajak tidur tadi.” Balas Iman Fawwas lalu menghampiri seragam sekolah yang digantung elok oleh kakaknya.

“Tak pa. Nie dah solat subuh ke belum?” Tanya si kakak prihatin.

“Belum.”

“Pakai baju cepat. Nanti terus solat. Yong keluar dulu.”

 

Usai menutup pintu bilik Fawwas, Fauzana mengorak langkah ke biliknya. Bilik yang dihuninya bersama dua orang adiknya, Iman Farhana dan Iman Farris. Iman Farhana merupakan adik kembar kepada Iman Fawwas. Kini mereka berada di tingkatan dua sekolah menengah harian. Iman Farris pula adik Fauzana yang baru menginjak tiga tahun usianya. Satu-satunya adik yang paling manja dengannya.

 

Baru sahaja Fauzana ingin memulas tombol pintu bilik, kedengaran tangisan dari dalam bilik. Tangisan Iman Farris memenuhi ruang bilik. Fauzana bergegas memboloskan diri ke bilik. Dia terus menuju ke arah Iman Farris yang terduduk menangis di penjuru katil. Dan ketika itu, Iman Farhana baru sahaja selesai solat.

 

“Farris dah bangun?” Ujar Fauzana lalu memeluk tubuh si kecil.

“Hmm huhuhu….”

“Farris cari Yong?” Tanya Fauzana sampil mengesat air mata adiknya.

“Yong… cu..su…su….” Farris berbicara dengan bahasanya.

“Bangun bangun tidur cari susu ya budak busyuk.” Usik Fauzana lalu mencubit pipi tembamnya.

 

 

Usai sarapan, Fauzana mengemas apa yang patut sementara adik kembarnya kembali ke bilik untuk mengambil beg masing-masing. Si kecil, Farris masih duduk di kerusinya. Menjadi rutin hariannya menunggu Fauzana mengemas ruang dapur sebelum mendekatinya.

 

“Yong, kitorang dah siap.” Ujar Fawwas yang sudah lengkap dengan kasut sekolah di hadapan pintu rumah bersama si kembar, Farhana.

“Ok. Yong datang.”

 

Farris yang sudah tersedia pakai kasut Fauzana turunkan daripada dukungan. Fauzana mencapai sneakernya lalu disarung segera. Tangan si kecil Farris dicapai dan mereka berjalan beriringan sambil berbimbinan tangan antara satu sama lain. Seperti sebuah keluarga yang bahagia. Fawwas, Farhana, Farris dan Fauzana.

 

“Bas dah sampai. Cepat naik. Hati-hati di sekolah. Jangan nakal-nakal. Belajar rajin-rajin.” Pesan Fauzana kepada adik kembarnya seusai kelibatan bas terpancar di penglihatannya.

“Baik, Yong. Yong dan Farris pun hati-hati juga.” Balas Fawwas lalu segera menaiki bas bersama kembarnya seusai menyalami dan memberi ciuman perpisahan kepada kakak dan adik kecil mereka.

“Saranghaeyo unnie. Saranghaeyo dongsae.” Ucap Farhana di tingkat bas sambil menghadiahkan flying kiss.

“Saranghae. Farris, say bye bye to sister and brother.” Ujar Fauzana lagi sambil melihat ke arah Farris dan si kembar silih berganti.

“Bubai…” Balas Farris lalu melambai tangannya.

Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...