Showing posts with label KATA-KATA. Show all posts
Showing posts with label KATA-KATA. Show all posts

Saturday, 4 December 2021



Searus dengan pengedaran masa dan zaman, banyak perkara yang diketepikan dan banyak juga perkara yang muncul. Namun alim-ulama selalu mengingatkan kita agar terus berdamping dengan sahabat terbaik kita 'Ilmu'. 

Selagi mana di dada kita ada ilmu, kita mampu memimpin dunia dan segal isinya dengan bijaksana tanpa mementingkan diri sendiri dan hawa nafsu. Kejar ilmu sehingga ke liang lahat kerana ilmu tak pernah luput ditelan dek zaman.

Perpatah Arab ada mengatakan yang bermaksud, 
'Ilmu tanpa amal umpana pohon tanpa buah.'

Cantik dipandang mata namun tiada hasil. Jangan sia-siakan masa dengan megejar perkara yang tak dapat beri manfaat kepada kita baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

 

Wednesday, 13 October 2021

ILMU


 

Sama bak perpatah Arab, 'Ilmu tanpa amal itu umpama pohon tanpa buah.'

Pohonnya tubuh subur namun tiada buah. Saban tahun daunnya menghijau lalu gugur ke tanah kemudian menghijau kembali sehingga akhirnya pohonnya mati tanpa berbuah. 

Begitulah perumpamaan untuk kehidupan kita. Belajar setinggi langit, menara gading dicapai namun hasilnya masih kosong. Coretan-coretan ilmu hanya dibiarkan dimakan anai-anai tanpa diamalkan atau disematkan di dada. Dibiarkan ilmu pergi seperti berlalunya putaran masa.

Usah kau berdabik dada dengan segulung ijazah andai suatu hari nanti ilmu yang kau kejarkan separuh mati dibiarkan berterbangan dibawa dek angin duniawi. 

Friday, 8 October 2021

DIAM LEBIH BAIK




Andai tiada perkara baik yang ingi kau ucapkan, usahlah kau berkata-kata. Kerana dengan kata-kata jugalah badan binasa seperti yang sudah terungkap dalam perpatah melayu. 


Namun jika kemungkaran terjadi dihadapan mu usahlah kau ragu-ragu untuk mencegah hatta dengan tangan atau lidah atau hati mu. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-Nya yang melakukan amal makruf dan nahi mungkar. 

#togetherweavoidnahimungkar #letsdoamalmakruf

Friday, 24 September 2021

IMAN


Dunia semakin hampir dengan kebinasaan. Semakin hari, semakin banyak kemungkuran yang dilakukan oleh manusia sesama sendiri. Inilah apa yang dikatakan dalam kata-kata di atas. Andai lidah mampu kita pelihara dengan baik daripada berkata perkara buruk maka yakinlah bahawa kamu memiliki iman yang kuat yang dibelum terdapat pada orang lain.





 

Saturday, 28 August 2021

HIJRAH


HIJRAH 


Satu perkataan yang mudah diungkapkan oleh dua bibir mulut 

NAMUN

Sukar dilaksanakan oleh tubuh badan tanpa adanya keyakinan dan tekad yang kuat.


Dalam lingkungan HIJRAH persekitaran yang positif memainkan peranan yang penting kerana BAGAI MANA ACUANNYA, BEGITULAH KUIHNYA


🌸 NUKILAN PUTRI BONGSU 🌸

28/08/21

Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...