🗓️ RAMADHAN EDITION 1444H ( DAY 1) 🗓️
Kehidupan ini penuh dengan liku-liku dugaan. Adakala dugaan yang kita tempuhi itu menyakitkan dan ada juga yang memberi kita seribu satu pengajaran. Namun, andai saja segala dugaan itu kita abaikan tanpa mengambil ibrah daripada tentu saja rugi untuk kita.
Ini kerana, kita sebagai makhluk yang bernama manusia, yang diciptakan mudah lupa dan sering melakukan kesilapan, perlukan kepada sesuatu yang mampu memberi kesan yang memdalam untuk dijadikan ibrah dalam kehidupan.
Kesan itu tak semestinya berlaku ke atas kita saja, hatta sekiranya berlaku kepada orang terdekat, kita turut merasai apa yang diradainya bersama. Bak kata perpatah, cubit paha kanan, paha kiri turut rasa sakitnya.
