Showing posts with label PEMILIK HATI INI. Show all posts
Showing posts with label PEMILIK HATI INI. Show all posts

Tuesday, 2 November 2021

BAB 6

 Farhana membelek-belek helaian bukunya. Walaupun dirinya seakan-akan menelaah buku di hadapannya namun jiwa dan raganya jauh meninggalkan tubuhnya. Fawwas yang melihat keadaan adik kembarnya yang mengelamun panjang itu berasa hairan. Pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran si adik ketika itu. Fawwas yang duduk di meja paling belakang segera bangkit lalu berjalan perlahan menuju ke meja Farhana.

 

Keadaan kelas sunyi kerana semua pelajar sudah keluar untuk rehat. Hanya tinggal dua orang adik-beradik ini sahaja di ruangan kelas ini. Keberadaan Fawwas yang sudah duduk ke kerusi sebelah adiknya juga tidak disedari oleh Farhana. Wajah polos Farhana yang bertudung seragam sekolah dipandang seketika.

 

“Farhana?” Fawwas memanggil lembut nama adik perempuannya.

 

Tiga kali nama Farhana dipanggil oleh Fawwas namun tidak sekali pun panggilannya disambut. Fawwas semakin hairan dengan tindakan si adik. Bahu Farhana kini disentuh olehnya. Akhirnya Farhana merespon.

 

“Oppa?” Kata Farhana dengan nada terkejut.

 

Fawwas yang melihat tindakbalas adiknya tahulah bahawa Farhana terkejut dengan kehadirannya di samping si adik. Buku yang masih terbuka di hadapan adiknya dicapai lalu ditutup kemas. Beberapa alatan tulis adiknya yang masih berselerak di meja juga turut dikemaskan oleh Fawwas.

 

“Eh, kenapa kemaskan barang Farhana? Farhana boleh kemas sendiri la.” Farhana berkata lagi lalu menghalang tindakan si abang.

 

Fawwas menghentikan tindakannya. Kini tangan Farhana pula semakin lincah mengemas peralatannya. Satu per satu alatan tulisnya dimasukkan ke dalam bekas pensil. Wajah si abang juga dipandang silih ganti.

 

“Oppa tak makan?” Farhana bertanya kepada Fawwas seusai mengemas barang-barang di atas mejanya.

 

Kerana terlalu menonton drama Korea dalam televisyen, Farhana suka mengelarkan diri sebagai ‘OPPA’ seperti yang selalu digunakan oleh orang Korea. Pada mulanya Fawwas memarahinya kerana menggunakan gelaran itu. Namun disebabkan sayangnya terhadap si kembar, dia turutkan juga permintaan aneh daripada adik kembarnya. Tapi lama-kelamaan Fawwas seakan-akan menyukai gelaran yang diberikan oleh Farhana kepadanya. Gelaran itu seakan-akan terlalu istimewa dipendengarannya sehinggakan dia juga meminta kakak sulungnya, Fauzana memanggilnya dengan gelaran itu. Namun disebabkan kakaknya yang seorang pemalu jadi sukar untuk mendengar gelaran itu daripada dua bibir milik Fauzana.

 

“Oppa tunggu Farhana.” Jawab Fawwas ringkas lalu menghadiahkan senyum manisnya kepada satu-satu gadis di sebelahnya.

“Chincha? Wah, so sweet.”

 

Farhana jalan beriringan dengan abang kembarnya menuju ke ruang kantin makan. Keadaan kantin penuh dengan pelajar-pelajar yang masing-masing sibuk menikmati juadah siang mereka. Pasangan kembar yang baru sahaja menlangkah memasuki ruang kantin ini menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang berada di situ. Siapa sahaja yang tak kenal dengan dua susuk tubuh ini. Pasangan kembar yang digemari ramai. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang tampan dan cantik tapi mereka juga pasangan kembar yang sentiasa menjadi top student di sekolah. Sejak di tingkatan satu lagi mereka sudah menawan pelajar di sekolah ini hatta senior mahapun guru-guru.

 

Ketekunan dan kesungguhan mereka semenjak mula di sekolah ini turut membuatkan mereka semakin bersinar di bidang sukan. Walaupun mereka tidak dipilih sebagai permain utama dalam pasukan badminton sekolah tapi mereka berjaya meyakinkan jurulatih selepas setahun menjadi permain simpanan dalam pasukan sekolah. Ketekunan mereka dalam mempelajari teknik dalam sukan badminton telah membuahkan hasil sehingga mereka terpilih untuk mewakili sekolah.

 

“Wah, kembar datang la.”

“Diorang nampak macam sweet couple pun ada laa.”

“Bestnya kalau boleh berganding dengan gadis cantik macam Farhana tu kan?”

“Aku berharap sangat dapat pakwe hensem dan prihatin macam Fawwas tu. Comfem bahagia hidup aku. Huhuhuh….”

 

Banyak mulut mula membicarakan mereka namun situasi itu seakan-akan sudah biasa dan sebati dengan mereka. Tanpa memperdulikan omelan pelajar-pelajar di situ, mereka berjalan menuju ke barisan untuk mendapatkan makanan.

 

“Nak makan apa?” Fawwas bertanya perlahan sambil mengintai-intai di tempat terhidangnya beberapa juadah makanan.

“Semua. Oppa?” Tanya Farhana kembali sambil memandang ke arah kembarnya.

“Gemok. Montel.” Balas Fawwas lalu memcubit pipi adik perempuannya sudah sedia maklum tembam seperti pau.

“Jahat.” Marah Farhana lalu segera menghentikan tindakan si abang.

 

Usai mendapatkan makanan mereka, Fawwas menarik tangan adiknya untuk duduk bersamanya di hujung sudut. Sudut itu adalah tempat kegemarannya kerana terlindung daripada pandangan orang dan berdekatan dengan pemandangan taman bunga. Farhana hanya mengikuti langkah abangnya tanpa membantah memandangkan dia tidak punya teman untuk makan bersama kerana rakan-rakannya sudah selesai menikmati juadah mereka sebelum Farhana mengunjungi kantin ini.

 

Farhana dan Fawwas menikmati juadah mereka dengan penuh kenikmatan sambil bertukar-tukar cerita lucu bersama. Fawwas lebih banyak mendengar daripada bercerita kerana dia bukanlah seorang yang sosial berbeza dengan adiknya. Tengah asyik Fawwas menikmati makanannya di hadapannya sambil mendengar celoteh si adik, tiba-tiba satu tangan mencuri makanan di dalam pinggannya.

 

“Yes.” Farhana bersuara seusai memasukkan sepotong daging yang dicuri daripada pinggan si abang ke dalam mulutnya.

“Yahh?” Fawwas berteriak seakan-akan marah dengan nada yang perlahan sekadar pendengaran mereka berdua sahaja.

 

Farhana yang melihat reaksi si abang yang marah hanya meneruskan kunyahan di mulutnya. Pinggannya sudah kosong tanpa ada sisa makanan yang berbaki sedangkan pinggan si abang masih tersisa makanan. Walaupun makanan yang diambilnya lebih banyak daripada Fawwas namun hobinya yang suka makan menyebabkan dia masih ingin makan. Jadi makanan si abang menjadi sasarannya.

 

“Lapar sangat ke?” Tanya Fawwas apabila melihat si kembar yang tak putus-putus makanan yang masih berbaki di dalam pinggannya.

“Hmm.” Balas Farhana dengan mimik wajah comel.

 

Terukir senyum kecil di bibir merah milik Fawwas melihat telatah comel adiknya. Tanpa berkata panjang, sepotong daging dipotong dalam potongan kecil lalu diuapkan ke mulut si adik.

 

“Arhh…”

 

Farhana segera membuka mulutnya lalu mengunyah perlahan potongan daging yang disuap oleh si abang. Terpancar kegembiraan di wajahnya apabila si abang terus menerus menyuapinya potongan daging kesukaannya. Fawwas ketawa halus melihat adiknya yang memakan makanan yang disuapnya dengan penuh gembira persi anak kecil pula.

 

“Amboi, sweetnya pasangan kembar nie.” Tiba-tiba satu suara garau menyapa mereka yang masih asyik dengan aktiviti suap-menyuap.

“Eh, Khalif. Kau dah makan ke?” Tanya Fawwas apabila melihat kehadiran si sahabat di mejanya.

 

Melihat lirikan mata Farhana yang masih menginginkan makanan di pinggan si abang, Fawwas segera meletakkan pinggannya di hadapan si adik. Farhana yang teruja melihat makanan di hadapannya terus menyuap makanan itu ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan sahabat si abang yang turut beradqa di situ.

 

“Aku dah makan. On the way nak masuk kelas. Tiba-tiba nampak kau dekat sini. So aku singggah laa kejap.” Jawab pelajar lelaki yang bername tag ‘Khalif’.

“Maaf laa, aku dah lama tak lepak dekat kelas kau. Busy sikit semenjak dua menjak nie.” Kata Fawwas lagi sambil matanya melirik ke arah si adik.

“No hal laa. Aku pun busy juga akhir-akhir nie. Maklum laa sejak terpilih jadi atlet sekolah nie, hari-hari ada training.” Balas Khalif lagi dengan senyuman lalu menepuk perlahan bahu Fawwas.

“Betul. By the way, tahniah sebab terpilih sebagai wakil sekolah.”

“Kau pun. Congratulations.” Ucap Khalif lagi.

 

Fawwas bertukar-tukar cerita sementara menunggu si kembar menghabiskan makanannya. Farhana tidak berminat ingin mencuping berbualan dua lelaki di hadapannya kerana makanan di hadapannya lebih penting. Suapan demi suapan akhirnya makanan sudah habis dimakan olehnya. Namun si abang masih lagi asyik berbual dengan sahabatnya menyebabkan Farhana masih kekal di tempat duduknya.

 

“Eh, baru aku teringat. Kau dah ada ke belum sport shoes? Sport shoes lama kau dah koyak teruk kan?” Tanya Khalif lagi lalu memandang tepat ke arah anak mata milik Fawwas.

“Er, belum lagi.” Jawab Fawwas perlahan lalu memandang adiknya dengan lirikan matanya. Pasti adiknya akan turut risau mengenainya kerana Fawwas sudah disedia maklum oleh Farhana bahawa kasut sukannya sudah rosak.

“Pertandingan dah nak dekat tapi kau belum ada kasut? Kau jangan lambat-lambat sangat. Aku risau kasut yang kau beli last minit nanti tak serasi dengan kondisi kau.” Pesan Khalif panjang lebar kepada sahabatnya.

“Insya-Allah aku tengah usahakan.” Balas Fawwas dengan nada yang rendah.

 

Ada benar apa yang dikatakan oleh si sahabat, Khalif itu tadi. Kerana keadaan kasut yang belum serasi dengannya menyebabkan dia banyak melakukan kesilapan pada waktu training dan games persahabatan yang diaturkan oleh jurulatihnya pada tahun lepas. Jadi, dia tidak mahu kejadian itu berulang kembali kerana dia punya impian dan cita-cita yang ingin dicapainya pada tahun ini. Tak lain tak bukan mestilah first player badminton mewakili sekolahnya bagi menebusi kegagalannya pada tahun sebelumnya.

 

“Farhana macam mana pula? Okay tak training?” Khalif mengubah fokus pertanyaannya kepada si adik pula apabila melihat keadaan si abang seakan-akan mempunyai satu masalah yang tersimpan.

“Hahh?”  

 

Farhana tercengang seketika saat Khalif menanyakan soalan cepu-cemas kepadanya. Matanya tak mampu berkelip untuk beberapa saat akibat terlalu terkejut dengan pertanyaan tiba-tiba itu. Fawwas memalingkan wajahnya ke arah si adik dan sahabatnya silih ganti. Otaknya juga saat itu seakan-akan tidak mampu mencerna situasi ketika itu.

 

“Korang partner beregu campuran kan?” Khalif bertanya kembali lalu memandang kedua-dua adik-beradik kembar itu silih ganti.

“Mana kau tahu?” Tanya Fawwas kembali.

“Teacher Muna yang bagitahu aku tadi.” Jawab Khalif pula sambil tersenyum ke arah dua manusia hebat ini.

“Oh.” Balas Fawwas dan Farhana serentak.

“Korang belum dimaklumkan ke? Tak tahu lagi laa nie?” Tanya Khalif bertubi-tubi.

 

Fawwas dan Farhana berjalan beriringan kembali ke bangunan kelas mereka. Khalif sudah meminta diri lebih awal kerana dia perlu menemui seorang guru ats urusan tertentu. Walaupun Fawwas gembira dengan khabar berita yang baru didengari olehnya daripada Khalif tetapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya saat ini.

 

“Oppa?”

“Hmm?”

 

Baru sahaja Farhana ingin memulakan bicaranya tiba-tiba keles mereka didatangi guru. Dia terpaksa menyimpan dahulu persoalan yang bermain-main di fikirannya. Buku teks sejarah dan nota kecil dikeluarkan untuk mencatat isi-isi penting yang bakal disampaikan oleh gurunya sebentar nanti.

 

 

*****

 

Amsyar membantu Fauzana membawa baraangan. Dia menawar untuk menghantar Fauzana pulang kerana dia mempunyai masa legang dan tidak punya aktiviti utuk dilakukan. Namun sayang niatnya ditolak oleh Fauzana.

 

“Awak tak nak saya hantarkan ke?” Amsyar bertanya untuk kesekian kalinya.

 

Fauzana hanya tersenyum dan mengelangkan kepalanya kepada Amsyar tanda dia yakin dengan keputusannya untuk pulang dengan menaiki pengangkutan awam bersama Farris sendirian tanpa bantuan Amsyar. Sudah banyak Amsyar membantunya hari ini menyebabkan Fauzana terhutang budi dengannya.

 

“Awak tak pa kaa sendirian dengan Farris? Barang awak bangyak nie.” Tanya Amsyar lagi dengan perasaan bimbang yang membelegui dirinya.

“Insya-Allah saya akan baik-baik sahaja dengan Farris. Kami akan balik dengan selamat.” Ujar Fauzana lagi cuba menyakini lelaki di hadapannya.

 

Baru sahaja Amsyar ingin menyambung bicaranya, tiba-tiba telefon bimbitnya mengelurkan nada dering. Satu panggilan masuk. Fauzana segera menyeluk saku beg sandangnya untuk mengambil telefon itu. Usai sahaja telefon itu dicapai olehnya, Fauzana segera swipe up punat hijau bagi meyambut panggilan tersebut.

 

“Hello, assalamualaikum.” Fauzana memulakan bicar di corong telefon.

“Waalaikumussalam. Yong ada umah tak? Maksu nak datang.” Satu suara lembut milik Maksu Mira kedengaran.

“Yong ada dekat luar sekarang Maksu.” Balas Fauzana sambil memandang si adik, Farris dan Amsyar silih ganti.

“Kerja ke hari nie? Farris macam mana? Siapa yang jaga?” Tanya Maksu Mira bertubi-tubi.

“Eh, tak Maksu. Yong cuti hari nie. Cuma Yong ada dekat bandar sekarang. Beli barang keperluan adik-adik.”

“Bandar? Alone?” Maksu Mira bertanya lagi.

“Dengan Farris. Maksu nak datang umah ke?”

“Yong ada mana sekarang? Biar Maksu jemput.”

 

Fauzana segera mematikan taliannya seusai salam diungkapkan. Maksu Mira akan menjemputnya di sini untuk pulang. Jadi dia mempunyai alasan baru untuk menolak ajakan Amsyar untuk menghantarnya pulang. Fauzana kembali menumpukan tumpuannya kepada si adik yang kini sedang duduk di riba Amsyar. Kelihatan Farris selesa bersama dengan Amsyar yang baru dikenalinya. Mereka nampak mesra.

 

“Akak, meow…” Suara Farris kedengaran.

“Wah, ada meow laa dengan Farris.” Fauzana berkata dengan nada teruja lalu berlari kecil mendekati adik bongsunya yang asyik membelai bulu kucing bersama Amsyar.

 

Fauzana duduk melutut di hadapan adiknya. Kelihatan adiknya membelai dan mengucup si kucing comel silih ganti dengan penuh keterujaan. Fauzana turut teruja memandangkan dia juga merupakan pengemar haiwan, Animal Lover terutamanya kucing.

 

“Farris.” Amsyar memanggil nama Farris tiba-tiba.

“Hmm?” Balas Farris bersahaja lalu memandang Amsyar sekilas pandang.

“Kucing comel or akak comel?” Amsyar tiba-tiba bertanya soalan hot itu sambil menunjuk ke arah si kucing comel dan Fauzana silih ganti.

“Yayy!” Balas Fauzana pula dengan perasaan marah.

“What?” Tanya Amsyar kembali. Sekadar ingin mengusik.

“Arris suka akak. Akak comel. Akak cayang Arris.” Jawab Farris dengan senyum manis yang terukir di bibirnya.

“Yeay, sayang adik manja akak nie.” Kata Fauzana dengan teruja.

 

Fauzana terkejut. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru didengari oleh pendengarannya sebentar tadi. Namun perasaan bahagia dan teruja itu melebihi perasaan terkejutnya itu. Kerana keterujaannya dia dengan pantas mencubit pipi tembam milik adiknya dan tanpa sengaja tangannya bersentuhan dengan jari-jemari milik Amsyar yang turut ingin melakukan perkara yang sama dengannya.

 

 

Amsyar segera kembali ke keretanya seusai dia melihat daripada kejauhan si gadis yang baru dikenalinya, Iman Fauzana selamat menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dimiliki oleh ibu saudara gadis itu untuk pulang ke rumah yang terletaknya jauh daripada location mereka sekarang. Entah mengapa, ini adalah satu-satunya waktu dan situasi antara dirinya dan seorang gadis muda yang menyenbabkan dia seakan-akan ingin sentiasa ada di samping gadis itu. Lembut tutur bicaranya, manis senyumannya dan indah akhlaknya membuatkan perasaan ingin mengenali gadis yang berbeza lapan tahun dengan dirinya itu semakin dalam.

 

Tengah asyik Amsyar memandu keretanya untuk ke tempat penginapan, tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dan sesuatu itu membuatkan Amsyar memberhentikan keretanya di pinggir jalan secara tiba-tiba. Untung sahaja jalan di situ tidak sibuk dan dia berhenti dengan selamat.

 

“Alamak, melepas laa aku. Asal aku tak minta number phone dia eaa?” Kata Amsyar dengan perasaan penuh penyesalan.

‘Tak berjodoh la tu. Apa ja kau dapat daripada perempuan bertudung litup macam Fauzana tu. Qistina lebih bergetah. Seksi, cantik dan pandai ambil hati kau pula tu.’ Bisik perasaannya dengan penuh kesombongan.

‘Kalau ada jodoh, Allah akan temukan juga kau dengan wanita baik macam Fauzana tu. Mungkin lebih baik daripadanya. Yang pasti sejuk mata memandang bukan seksa mata memandang.’ Bisik hati kecil Amsyar pula dengan nada nasihat dan menyindir bersama dalam bicaranya.

 

Amsyar hanya mampu mengeluh sahaja. Saat ini wajah cantik milik model majalh, Puteri Qistina berlegar-legar di fikirannya. Bersilih ganti dengan wajah polos gadis yang lebih muda bertahun-tahun daripada usianya. Dia seakan-akan keliru untuk memilih siapa yang mencuri dan memilik hati serta perasaannya ketika itu. Sedangkan dia tidak pernah melafazkan kata cinta kepada Fauzana yang baru dikenalinya beberapa jam yang lalu. Berbeza dengan Qistina. Lafaz cinta itu sering kali diungkapkan oleh Amsyar namun cintanya seolah-olah tidak dipandang dan disambut baik oleh model itu. Kini perasaannya semakin berbelah bagi tentang kesetiaanya mencintai Puteri Qistina daripada zaman sekolah menengah sehingga saat ini dan perasaan yang kian memutik di hatinya saat pertama kali bertemu dengan gadis bernama Iman Fauzana.

 

Baru sahaja Amsyar ingin kembali meneruskan pemanduannya, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada satu panggilan masuk. Biarpun dia tidak ingin diganggu sepanjang cutinya namun fikirannya sedang terganggu dengan perasaan yang berbelah bagi tentang cinta daripada gadis, jadi dia perlukan seseorang untuk menjadi pendengar kepadanya. Terpapar nama sahabat baiknya, Ammar di muka skrin telefon berjenama Iphone.

 

“Hello.” Amsyar memulakan bicaranya di corong telefon seusai panggilan disambung.

“Assalamualaikum, sahabat.” Suara Ammar kedengaran memenuhi ruang corong itu.

“Waalaikumussalam, SAHABATKU SAYANG.” Ujar Amsyar membalas ucapan salam sambil menekankan perkataan ‘sahabatku sayang’ itu.

 

Entah mengapa perasaannya seakan-akan kembali tenang seusai mendengar suara si sahabat yang kini jauh di mata namun sentiasa dekat di hatinya. Sahabat yang hampir 15 tahun sentiasa ada di sampingnya saat duka dan bahagianya. Tak pernah sekali terdetik di hatinya untuk memilik sahabat sebaik dan semulia Ammar Taakif dalam hidupnya. Dan kerana kehadiran sahabtanya inilah dia mula bangkit daripada kegelapan dan derita yang dia alami. Kini dia seakan-akan punya tempat dan bahu untuk berpaut dan bersandar di saat dia terjatuh dan tersakiti. Satu-satunya sahabat yang tidak akan pernah dilepaskan oleh Amsyar sampai akhir hayatnya.

 

“Aku ganggu holiday kau ke?” Ammar bertanya.

“Tak daa laa. Aku pun tengah bosan sekarang. Untung saja kau call aku. Tak daa laa aku boring sangat sepanjang holiday nie.” Jawab Amsyar tenang lalu dengan perlahannya kembali meneruskan permanduaannya memasuki lebuhraya.

“Rindu aku laa tu.” Kata Ammar lagi sekadar bergurau mesra.

“RINDU SANGAT-SANGAT.” Jawab Amsyar pula dengan tawa halus.

 

Perjalanan Amsyar ditemani dengan tawa senda daripada si sabahat. Suasana pemanduaan yang sunyi pada mulanya kini bertukar kepada gelak tawa yang memenuhi ruang kereta ini. Amsyar tersenyum bahagia bertukar-tukar cerita bersama sahabatnya yang kini masih lagi melanjutkan pengajiaannya di universiti tanah air.

 

“So, apa plan kau sepanjang holiday nie?” Tanya Ammar lagi.

“Aku plan nak aktif dengan hobi lama aku balik.” Jawab Ammar tenang sambil menunggu lampu isyarat bertukar warna dengan sabar.

“Blog? Photographer?”

“Yup.”

“Wahh, aku nak jadi model blog kau laa macam nie. Mana tahu comeback kau kali nie boleh temukan aku dengan bidadari syurga kiriman tuhan.” Balas Ammar dengan penuh keterujaan.

“Hahahah. No hal. Aku on ja.” Balas Amsyar pula bersahaja.

“Serius laa bro?”

“Serius laa bro. Kau turun laa sini.”

“Kau stay lama ke dekat situ?” Tanya Ammar lagi.

“Beberapa hari maybe.”

“By the way aku memang tengah on the way ke situ.”

“Serius la?” Amsyar pula bertanya.

“Haah.”

“Kau buat apa datang sini?”

“Aku ada projek assignment yang nak kena buat dekat situ dengan teammate.” Balas Ammar lagi.

“Lama ke kau dekat sini nanti?” Tanya Amsyar dengan penuh minat dan teruja.

“Mungkin dalam dua ke tiga hari juga la. Banyak tempat kena lawat untuk buat review.”

“Kalau macam tu kau stay dengan aku je laa. Tak daa laa aku sunyi.” Kata Amsyar lagi memberi saranan kepada Ammar.

“Tak boleh laa bro. Aku bukannya datang seorang. Ada empat orang teammate lagi kena urus. Lagi-lagi pula aku leader untuk projek kali nie.” Jelas Ammar.

“Alah, kau jangan risau laa. Korang stay jaa dengan aku dekat villa baru aku dekat sini.” Kata Amsyar lagi meyakini si sahabat.

 

Selepas beberapa ayat pujukan manis bak madu yang dikarang oleh Amsyar, akhirnya Ammar bersetuju dengan saranan itu. Namun Ammar masih perlu berbincang dengan teammatenya untuk bertanyakan pendapat mereka tentang saranan Amsyar itu. Memandangkan Ammar belum menemui tempat penginapan yang sesuai dengan tempat projek dan berpatutan dengan kos mereka, jadi Amsyar dengan besar hatinya mengalu-alukan kedatangan sahabatnya itu bersama teammate ke villanya.

 

Sesampai Amsyar di perkarangan pintu masuk villa, dia disambut mesra oleh seorang pengawal. Pengawal ini merupakan anak kepada pengawal setia yang sudah berkhidmat lama dengan keluarganya semenjak dia masih dalam kandungan si ibu. Disebabkan keadaan si pengawal yang sudah lanjut usia, jadi anak bongsunya mengantikan tanggungjawab si ayah. Dan kerana kesetiaan keluarga mereka dengan keluarga Amsyar, Amsyar amanahkan kepada mereka untuk menjaga villa ini untuknya.

 

“Selamat kembali tuan muda.” Sapa pengawal muda itu mesra.

“Terima kasih. Nanti datang villa ya. Ada benda nak minta tolong.” Kata Amsyar saat melintasi pondok pengawal villa itu.

“Baik.”

 

Amsyar meneruskan pemanduaannya memasuki halaman villanya yang luas itu. Jarak antara pintu utama dengan kedudukan villa lebih kurang 500 meter. Dan di tengah-tengah halaman villa itu ada sebuah pancuran air yang di kelilingi taman bunga yang tumbuh mekar. Ting! Satu notification mesej kedengaran.

 

-AMMAR-

Am, kitorang jadi menginap di villa kau.

 

-AMSYAR-

Okay, cun. Nanti aku minta pembantu aku kemaskan bilik untuk korang.

 

-AMMAR-

Send location villa kau. Nanti kitorang on the way terus ke sana.

 

Tanpa menunggu lama, Amsyar segera menghantarkan location villanya kepada sahabatnya. Villanya merupakan satu-satunya villa yang terdapat di kawasan ini kerana kawasan ini meruapakn kawasan berbukit, jadi tanah di kawasan ini lebih banyak dijadikan kawasan pertanian. Dan kemungkinan untuk Ammar dan teammatenya untuk sampai ke villanya adalah mudah. Namun untuk sampai di kawasan ini mereka perlu menempuhi hampir setengah jam perjalanan kerana kawasan ini di kelilingi bukit bukau yang subur dengan pelbagai jenis tanaman semulajadi.

 

-AMSYAR-

Korang dah makan belum? Nak aku sediakan makanan?

 

-AMMAR-

Tak payah laa. Nanti kitorang singgah ja mana-mana tempat makan pandu lalu. Tapau ja fast food dekat sini. Aku tak nak susahkan kau.

 

-AMSYAR-

Halah kau nie. Berkira sangat dengan aku. No hal laa bro. Apa laa sangat sediakan makanan untuk kau dengan teammate tu. Tak luak laa makanan dekat villa nie.

 

-AMMAR-

Bro, susah kan kau pula. Kau dah ajak aku dengan teammate aku stay villa kau pun kitorang dah bersyukur gile.

Tak kan kau nak bersusah payah sediakan makanan untuk kitorang pula.

 

-AMSYAR-

Alah kau nie Ammar. Kau tu bukannya orang luar dengan aku.

Aku dah anggap kau macam family aku sendiri dah.

Lagi pun apa salahnya aku merai tetamu aku dengan baik. Tetamu kan pembawa rezeki. Mana tahu berkat aku ikhlaskan diri berbakti dengan tetamu macam korang nie, company aku semakin maju.

Tak gitu Ustaz Ammar?

 

-AMMAR-

Baik laa Ustaz Amsyar Haziq :p

 

-AMSYAR-

So, nanti kau terus on the way ke villa aku je. Tak payah singgah mana-mana beli makanan. Dekat villa aku berlambak makanan.

 

-AMMAR-

Ok, bro. Maybe aku akan sampai dalam satu jam lebih lagi.

Kau jangan lupa sambut aku guna karpet merah pula. :w

Retis terkenal nak mai.

 

-AMSYAR-

Hahahaha. Ada-ada jaa kau nie.

 

Usai berbalas pesanan dengan Ammar melalui Whatsapp, Amsyar mematikan enjin keretanya yang kini sudah terparking elok di bawah garaj. Amsyar segera turun daripada keretannya lalu menuju ke bonet belakang kereta untuk mengeluarkan barang peribadinya yang dibawa daripada penthouse.

 

“Amsyar dah sampai?” Seorang wanita tua menyapannya lalu berjalan perlahan mendekatinya bersama seorang remaja lelaki di sampingnya.

“Eh, Mak Timah. Mak Timah sihat?” Amsyar bertanya seusai kelibatan wanita tua itu menyapa penglihatannya.

“Alhamdulillah, makcik sihat. Kenalkan nie cucu sulung Mak Timah, Mustaqim.” Balas Mak Timah sambil menunjuk ke arah remaja lelaki di sampingnya.

“Amsyar.” Amsyar memperkenalkan diri lalu menghulurkan tangannya untuk menyalami dengan si remaja yang dikenali sebagai Mustaqim.

 

Usai kelibatan Mak Timah hilang daripada penglihatan kembali ke dalam villa besar ini, Mustaqim dengan ringan tulangnya membantu Amsyar mengeluarkan bagasinnya lalu dibawa masuk ke dalam villa. Sambil-sambil membantu, Amsyar sempat berbual-bual dengan Mustaqim. Selesai membawa bagasinya masuk, Amsyar menuju ke ruang dapur untuk menemui Mak Timah, manakala Mustaqim kembali ke ladang milik datuknya yang terletak berhampiran dengan villa ini.

 

“Mak Timah..” Amsyar memanggil pembantu rumah yang kini sudah dianggap seperti neneknya dengan lembut.

“Ya, Amsyar. Kamu lapar ke? Nak Mak Timah masakan untuk kamu makanan?” Tanya Makcik Timah apabila Amsyar menghampirinya yang sedang menyediakan minuman.

“Amsyar masuk dapur ni memang nak minta makcik tolong masakan makanan pun.” Ujar Amsyar dengan perasaan rendah diri.

“Amsyar belum makan lagi ke? Setahu makcik Amsyar seorang yang makan on time. Ke kamu tengah diet? Jaga badan.” Teka Makcik Timah lalu memandang tepat ke wajah kacak milik Amsyar Haziq.

“Hahahahah. Mana ada makcik. Sebenarnya Amsyar dah makan tadi dengan kawan tapi bila sampai villa tiba-tiba rindu dengan masakan kampung makcik.” Kata Amsyar lagi dengan ayat manisnya. Sweet talker.

“Iya laa tu. Nak makcik masakan makanan sampai malam atau Amsyar nak makan tengahari nie ja? Jalan makcik masak menu lain?” Tanya Makcik Timah lagi ingin kepastian sambil mengacau air yang sudah dibancuh olehnya.

“Kawan Amsyar nak datang kejap lagi. Dorang nak menginap sini beberapa hari sebab ada urusan kerja. So, Amsyar nak minta makcik masakan makanan untuk diorang ja. Amsyar masih kenyang. Dah makan tengahari dengan kawan sebelum datang villa.” Terang Amsyar panjang lebar.

“Oh, kawan kamu nak datang ke? Boleh sangat tu. Dah lama sangat makcik tak masak banyak untuk kamu.”  Kata Makcik Timah teruja lalu menuangkan segelas air sirap limau yang siap dibancuhnya kepada Amsyar.

 

Sedang rancak Amsyar berbual dengan Makcik Timah di meja ruang dapur, tiba-tiba muncul satu figura masuk ke ruang dapur itu. Pengawal muda yang bertugas di pintu masuk villa yang bernama Muaz datang mendekati Amsyar yang dipanggil tuan muda lalu disapanya dengan penuh hormat.

 

“Tuan muda.”

“Eh, Muaz. Dah datang pun. Minum laa dulu. Kita minum sambil berbual.” Kata Amsyar memberi saranan.

 

Makcik Timah yang masih di meja itu segera menuangkan segelas air untuk anaknya. Semua yang bertanggungjawab menjaga keselamat villa ini adalah daripada ahli keluarga Makcik Timah dan sekeluarga. Kerana kepercayaan Amsyar yag untuh kepada keluarga ini, jadi Amsyar dengan merendah dirinya amanahkan segala urusan villa ini kepada keluarga ini untuk diuruskan. Dan keputusannya amat membanggakan apabila keadaan villa ini sentiasa dalam keadaan baik seperti yang diinginkan Amsyar.

 

“Muaz, saya perlukan pertolongan awak. Awak boleh tolong saya?” Kata Amsyar sambil menikmati makanan ringan yang turut dihidangkan oleh Makcik Timah.

“Tolong apa, tuan muda?” Tanya Muaz lagi tanpa segan silu.

 

Muaz merupakan satu-satunya ahli keluarga Makcik Timah yang suka menggunakan panggilan ‘Tuan Muda’ sepanjang berkhidmat dengan Amsyar. Sedangkan umur Muaz lebih berusia daripada Amsyar. Namun disebabkan Muaz terbiasa dengan keadaan formal kerana dia merupakan salah seorang pelatih profesional di jabatan keselamatan negara. Tapi kini dia sudah meletak jawatan dan teruskan kreaterianya dengan berbakti dengan Amsyar di villa ini.

 

“Kejap lagi kawan-kawan saya akan datang. So saya nak minta awak tolong awak kemaskan bilik-bilik tamu dekat atas tu. Kemas apa yang patut ja. Sebab dorang akan stay dekat villa nie dalam beberapa hari sahaja. Awak boleh tolong saya?”

“Amsyar, makcik boleh tolong kemaskan.” Makcik Timah mencelah perbualan dua orang lelaki di hadapannya.

“Tak paa, ibu. Muaz boleh kemaskan bilik-bilik tu. Lagipun Muaz tengah free sekarang.” Muaz berkata lagi sekaligus menghalang ibunya yang semakin dimakan usia untuk membantunya.

“Tapi…” Belum sempat Makcik Timah ingin menyambung bicaranya tiba-tiba bicaranya dicantas oleh Amsyar.

“Makcik tolong siapkan makanan untuk tetamu ya. Amsyar boleh tolong Muaz kemaskan bilik dekat atas. Makcik tak perlu risau.” Balas Amsyar yang menyedari kerisauan wanita tua ini.


Saturday, 9 October 2021

BAB 5

 Entah mengapa tingkahlaku seseorang yang berhadapan dengannya menarik perhatian. Matanya tertumpu ke arah susuk tubuh itu. Segala gerak-geri gadis itu seakan-akan menyentuh satu ruang dalam kalbunya tanpa dia sedari. Dan perasaan itu belum pernah dialami olehnya dengan mana-mana gadis. Hatta kekasih hatinya, Puteri Qistina. Amsyar terus memerhati gadis itu dari kejauhan. Jarak mereka hanya dipisahkan dengan sebuah rak kaca yang separa bahu Amsyar. Sedangkan wajah gadis tubuh itu tidak dapat diihat olehnya kerana gadis itu bertubuh lebih rendah daripada rak tersebut.

 

Amsyar tanpa menghasilkan bunyi, mengorak langkahnya menuju ke arah gadis itu. Gadis yang sedang gigih mendukung seorang kanak-kanak lelaki sambil memilih kasut sukan yang beraneka jenis di atas deretan rak itu. Amsyar kini berdiri tiga langkah di belakang gadis itu. Namun keberadaannya di belakang gadis itu tidak disedari. Kelihatan gadis itu khusyuk menentukan pilihannya. Senyum kecil terlakar di wajah Amsyar di sebalik mask hitam yang dikenakannya.

 

“Excuse me, why you are doing that to me?” Gadis itu bertanya hairan apabila Amsyar mencapai kasut di dalam tangannya lalu diletakkan kembali di rak.

“This shoes not suitable for badminton player.” Jawab Amsyar tenang sambil menunjuk ke arah kasut yang dipegang oleh gadis itu tadi.

“Ohh…” Gadis itu membalas ringkas dengan nada sedikit terkejut.

 

Mungkin tindakan Amsyar mecapai kasut di tangan gadis itu mengejutkan si gadis. Timbul perasaan bersalah di lubuk hatinya kerana perbuatannya sebentar tadi. Dengan segan-silu Amsyar melepaskan mask di wajahnya lalu dia mengorak selangkah menghampiri gadis yang masih tercenggang itu.

 

“Untuk pemilihan kasut sukan yang tepat, awak kena pastikan keadaan tempat untuk bermain dengan pergerakan dalam permainan tu.” Amsyar memulakan bicaranya dengan muqadimah ringkas tentang basic pemilihan pakaian kasut sukan.

“Oh.”

 

Melihat reaksi gadis itu yang masih terkedu, Amsyar mencapai sepasang kasut yang terdapat di deretan rak itu lalu dibelek olehnya. Design kasut itu cantik. Kualitinya punya baik dan dijahit rapi. Tidak mudah terbuka dan sebagainya.

 

“Awak cari sport shoes for yourself?” Amsyar bertanya kepada si gadis sambil memandang kembali ke arah deretan kasut di rak di hadapannya.

“Anniaa. That for my brother and sister.” Gadis itu membalas dengan ramah.

“Volleyball player?” Dia bertanya lagi sambil memandang tepat ke arah wajah gadis kelihatan yang kian memerah bak tomato tanpa Amsyar tahu puncanya.

“Badminton player.” Jawab gadis itu ringkas dengan dua perkataan.

 

Satu per satu kasut di situ dicapai oleh Amsyar lalu diperhati dengan penuh keasyikkan olehnya. Sekirannya dia berpuas hati dengan kasut yang dipilihnya, Amsyar akan bertanya pendapat pula kepada gadis itu. Dia ingin membantu gadis itu untuk mencari kasut sukahn yang sesuai. Banyak perkara yang dikongsikan oleh kepada gadis cantik mulus itu. Walaupun gadis itu hanya mengiyakan segala kata-katanya namun seakan-akan ada satu tarikan daripada gadis itu sehingga menyebabkan Amsyar ingin sentiasa berada lebih lama bersama dengan si gadis misteri itu.

 

“Saya suka kasut nie. Design dia cantik. Siap ada couple set lagi. Sesuai laa untuk adik-adik saya.” Gadis itu memberi pandangannya kepada kasut yang dipilih oleh Amsyar.

“Untuk adik-adik awak ja? Awak punya?” Amsyar bertanya dengan perasaan ingin tahu.

“Saya tak perlu kan pun. Tak ada keperluan.” Jawab gadis itu kembali dengan senyuman manis sambil mengusap-usap ubun kanak-kanak dalam dukungannya.

 

Usai mendapatkan saiz kasut yang bersesuaian dengan kehendak gadis itu, mereka melangkah ke ruang hadapan pula. Gadis itu ingin menghadiahkan adik-adiknya raket baru sempena merayakan kejayaan adik-adiknya yang berjaya dalam pemilihan permain utama sekolah. Amsyar dengan besar hati menawar diri untuk membantu gadis itu memilih raket untuk gadis itu.

 

“How about you get this and that?” Amsyar menunjukan dua batang raket yang berada di tangannya.

“Why must to get two different type of racket? The racket not same?” Gadis itu bertanya dengan bertubi-tubi dengan perasaan hairan dan ingin kepastian.

“This racket is for a beginner and it suitable for training. But that racket is suitable to bring in the tournament and can support the player. The player did need to spend much energy by using that racket.” Kata Amsyar memberi penerangan ringkas tapi cukup untuk sebagai pengetahuan asas untuk gadis itu.

“Wow, there are a lot of information that I get today from you. You have a good knowledge about sport.” Gadis itu memuji Amsyar dengan penuh ketulusan dalam nadanya.

“Nothing. It just basic knowledge that I know. Nothing special.” Amsyar menafikan pujian sambil tersenyum kecil kepada Fauzana. Dia tersipu-sipu malu mendengar pujian itu.

 

Amsyar berjalan beriringan di samping gadis itu menuju ke ruang kaunter pembayaran. Mask hitamnya sudah dipakaikan kembali bagi mengelakkan dirinya jadi perhatian umum. Dia tidak menafikan bahawa wajahnya mampu mengusik jiwa mana-mana wanita yang menatapnya kerana dia sudah ditakdirkan menjadi seorang lelaki yang kacak di Malaysia.

 

“Terima kasih. Datang lagi.” Ujar staff lelaki yang menjaga cashier di kaunter pembayaran itu sambil mengembalikan wang baki beserta resit pembayaran.

“Sama-sama. Saya beli ya.” Balas gadis itu lembut dengan senyuman.

 

Belum sempat gadis itu ingin mencapai beg kertas yang terisi barang yang dibelinya, Amsyar lebih pantas mencapai beg-beg itu. Gadis itu seakan-akan terkedu dengan tindakan berani Amsyar namun dia hanya membiarkan sahaja perbuatan Amsyar itu memandangkan keadaannya yang agak sukar membawanya.

 

“Thank you so much for helping me a lot today. Saya berhutang budi dengan awak.” Gadis itu berkata kepada Amsyar seusai mereka keluar daripada kedai itu.

“Welcome. It’s okay. Saya ikhlas tolong awak.” Balas Amsyar dengan penuh keikhlasan daripada lubuk hatinya.

“How about I treat you for lunch?” Ujar gadis itu lagi.

“No need. I am not hungry yet.” Amsyar menolak baik ajakan si gadis.

 

Tanpa sempat Amsyar mencipta alasan untuk menolak ajakan itu, tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi. Ya, bunyi yang perlahan namun masih dapat didengari oleh si gadis di hadapannya. Amsyar hanya mampu memejamkan matanya lalu memalingkan wajah membelakangi gadis itu. Terlihat senyum kecil terukir di raut wajah mulus gadis itu apabila mendengar bunyi itu.

 

“You have a nice sound.” Gadis itu berkata lagi namun hanya samar-samr didengari oleh Amsyar kerana suaranya yang agak perlahan.

“What?” Amsyar bertanya lalu memalingkan wajahnya kembali menatap si gadis.

“Nothing.” Gadis itu membalas ringkas.

“Hmm, I think I can join you for lunch. Your treat, right?”Ujar Amsyar lagi untuk menutup perasaan malu yang mekar dalam dirinya.  

“Of course but…” Gadis itu berkata lalu memandang tepat ke arah anak mata Amsyar.

“But?”

“Are you okay if we use public transport?” Gadis itu bertanya dengan nada yang polos.

“Why?” Amsyar membalas pertanyaan si gadis dengan soalan kembali. Sekadar ingin kepastian.

“I wanna treat you for a lunch in a special place but the place just a little bit far from here. So, the public transport is the best choice to save pocket money.” Jawab gadis itu perlahan seakan malu-malu sambil menepuk-nepuk lembut tubuh kanak-kanak lelaki dalam dukungannya yang kelihatan sedikit terganggu dengan keadaan cuaca yang agak terik ketika ini.

“No a big deal. I can be your driver. I drive my car to here.” Balas Amsyar dengan nada yang tenang tanpa berpikir panjang lalu mengeluarkan kunci keretannya.

“Are you sure? Tak susahkan awak ke?” Tanya gadis itu ragu-ragu lalu menatap tepat ke arah anak mata Amsyar untuk kepastian.

“Nope.”

“I will paid you, okay.”

“Not to worry. Just save your money because I am a food haunter.” Balas Amsyar lagi bergurau sekadar ingin menghilangkan keresahan si gadis.

 

*****

 

Fauzana mempercepatkan langkahnya agar langkahnya seiringan dengan langkah lelaki misteri itu. Langkah panjang lelaki itu menyebabkan Fauzana ketinggalan agak jauh walaupun langkah lelaki itu kelihatan bersahaja. Farris dalam masih terlena di bahunya. Walaupun Fauzana agak lelah dan penat kerana terpaksa mendukung adiknya yang kian membesar, namun apabila melihat raut wajah polos adiknya yang nyenyak perasaan bahagia itu hadir tanpa dipinta.

 

“Tweet tweet…”

 

Sebuah kereta tiba-tiba berbunyi. Fauzana memandang ke hadapan. Kelihatan lelaki itu sedang bediri tegak di sebuah kereta mewah. Fauzana terpaku seketika saat melihat jenama kereta itu. Kereta berjenama yang mencecah ratusan ribu ringgit. Fauzana kembali menantap wajah lelaki itu. Lelaki itu dengan senang hatinya membuka pintu kereta untuk Fauzana lalu mempersilakannya masuk. Dengan perasaan malu, Fauzana segera masuk ke dalam kereta itu kerana sikap sweet and gentleman lelaki ini telah mencuri perhatian di situ.

 

“Terima kasih.” Ucap lembut Fauzana sebelum lelaki itu menutup pintu keretanya.

 

Tanpa menunggu lama, lelaki itu segera masuk ke bahagian pemandu. Enjin kereta dipanaskan seketika sebelum dia memulakan pemanduan. Fauzana sudah memberikan lelaki itu location untuk memudahkan pemanduan lelaki itu ke destinasi mereka. Mereka berbual seketika bersama sebelum sampai di destinasi.

 

“Awak orang sini ke?” Lelaki itu bertanya memulakan bicara mereka serta memecahkan kesunyian di dalam kereta ketika ini.

“Tak. Saya orang Tanjung Emas.” Balas Fauzana sambil mengesat peluh di wajahnya.

“Jauhnya datang sini. Berdua ja?” Tanya lelaki itu lagi lalu menghulurkan kotak tisu yang tersedia di dashboard keretenya kepada Fauzana.

 

Walaupun wajah lelaki itu menghadap ke arah jalan raya di hadapannya namun dia masih dapat memandang wajah Fauzana melalui cermin pandang belakang. Melihat keadaan Fauzana yang mengesat peluhnya dengan hujung lengan baju menimbulkan perasaan kasihan dalam hati lelaki itu. Kotak tisu segera dihulurkan kepada Fauzana sebelum penyaman udara keretanya dinaikan sedikit.

 

“Terima kasih. Haah kami berdua ja.” Balas Fauzana pula lalu menyambut huluran kotak tisu daripada lelaki itu.

 

Beberapa minit kemudian, mereka tiba di destinasi yang dituju. Farris yang tadinya nyenyak juga sudah sedar dari tidurnya. Sesedarnya daripada tidur hanya kedengaran suaranya yang berceloteh memenuhi ruang kereta ini. Apa sahaja yang terlihat oleh Farris daripada tingkat kereta pasti akan ditanyakan kepada si kakak yang tak putus-putus melayan pertanyaan si adik bak inspector polis itu.

 

“Apa tu?” Tanya Farris terus apabila sebuah lori berhenti di sebelah kereta yang dinaiki mereka.

“Lori.” Balas Fauzana lembut.

“Apa tu?” Tanya Farris lagi apabila wajahnya dipalingkan ke arah kanan.

“Kereta.”

“Kereta anjang?” Farris tertanya sambil membuat gaya panjang dengan tangannya.

“Iya. Kereta panjang.”

 

Usai mendapatkan ruang parking, lelaki itu kembali mengenakan mask hitamnya di wajah. Enjin kereta dimatikan dan dia dengan segera keluar daripada keretanya. Baru sahaja Fauzana ingin membuka pintu kereta, tiba-tiba pintu kereta di sebelahnya dibuka daripada luar. Kelihatan lelaki yang diketahui namanya sudah berdiri tegak di hadapan pintu itu. Beg sandangnya dicapai lalu Fauzana segera keluar daripada kereta itu. Lelaki itu dengan sikap lelaki sejatinya meletakkan tangannya untuk menghalang kepala Fauzana dan Farris daripada terhantuk. Tindakan lelaki itu menyentuh satu ruang di hati Fauzana tanpa disedari.

 

“Wahh, pantai…” Jerit Farris teruja lalu meronta-ronta ingin turun daripada dukungan si kakak.

“Farris, jangan lari. Nanti jatuh.” Pesan Fauzana sambil memandang ke arah adiknya yang sudah berlari-lari ke arah pantai.

 

Kini tinggallah Fauzana bersendirian dengan lelaki itu. Mereka berjalan beriringan mengikuti jejak Farris yang sudah jauh di hadapan mereka. Mereka berjalan seperti pasangan suami isteri yang bahagia memerhati sang anak berlari riang di pantai. Sedangkan mereka tidak saling mengenali satu sama lain. Hatta nama masing-masing juga tidak diketahui.

 

“Cantik pantai nie. Saya belum pernah sampai ke sini.” Lelaki itu memulakan bicara di saat mereka berhenti di bawah sepohon pohon rendang.

“Saya selalu juga berkunjung ke sini. Luangkan masa dengan family.” Balas Fauzana pula sambil menikmati permandangan indah pantai dan sapaan angin bayu yang menyapa wajahnya.

“Oh.”

“Jom laa kita pergi ke kedai makan di sini.” Fauzana berkata pula seusai masing-masing saling mendiamkan diri.

“Jom.”

“Farris, jom.” Panggil Fauzana ke arah adiknya yang sedang berlari-lari mengelilingi pohon yang menempatkan mereka.

 

Fauzana berjalan sambil berpegangan tangan dengan Farris. Sedang lelaki itu hanya mengukiti di belakangnya. Tawa riang Farris memeriahkan lagi suasana di sini yang sudah meriah dengan orang ramai yang sedang beristirehat bersama pasangan, keluarga dan teman-teman.

 

Mata Fauzana memerhati setiap genap ruang kedai itu untuk mencari meja kosong. Namun matanya belum menemui meja kosong untuk diduduki mereka. Suasana kedai makan saat ini penuh dengan orang ramai yang sedang menikmati makan tengahari sambil menikmati pemandangan pantai. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang. Tubuh Fauzana terdorong mengikut langkah orang menarik tangannya. Untung sahaja kini Farris sudah berada dalam dukungannya semenjak mula memasuki ruang kedai ini. Fauzana mendukung Farris bagi mengelakkan adiknya terpisah dengannya di dalam kesesakan orang ramai. Fauzana tidak sempat melihat wajah orang yang menariknya kerana keadaan yang sesak. Kini tangan yang menariknya berhenti. Terdapat meja kosong di hadapannya. Fauzana segera mendongakkan wajahnya untuk melihat si gerangan yang menariknya ke sini. Lelaki itu.

 

“Maaf saya tak berniat nak sentuh awak. Saya cuma tak nak awak terpisah dengan saya.” Lelaki itu berkata memohon maaf lalu segera melepaskan pegangan tangannya.

“Tak pa. Nasib baik awak pegang tangan saya dengan beralas. Kalau tak merasa awak merasa laa lempang saya.” Fauzana berkata dengan sedikit gurauan bagi meredakan kebimbingan yang dirasaikan oleh lelaki itu.

 

Lelaki itu dengan rendah hatinya menarik kerusi untuk Fauzana sedangkan Fauzana mampu untuk melakukannya sendiri. Dengan perasaan tersipu-sipu, Fauzana duduk di atas kerusi itu. Seketika kemudian lelaki itu pergi ke suatu tempat tanpa memaklumkan kepada Fauzana menyebabkan Fauzana terkedu sendirian. Farris di dudukan di atas ribanya memandangkan meja yang mereka duduki adalah meja untuk dua orang sahaja. Dan ketika itu juga muncul seorang pelayan lelaki ke meja yang dia duduki.

 

“Kak nak order apa ya?” Pelayan lelaki itu bertanya ramah dengan senyum manis tidak lekang di wajahnya walaupun dalam keadaan kepenatan.

“Boleh tunggu kejap tak? Sebab saya tengah tunggu seorang lagi.” Balas Fauzana.

“Oh, akak tunggu suami akak ya? Tak pa saya ke meja hujung tu dulu. Nanti saya datang balik ke meja akak ya.” Ujar pelayan lelaki itu lagi.

“Err… okay.” Jawab Fauzana ragu-ragu apabila pelangan itu salah faham dengannya.

 

Pelayan lelaki itu kemudiannya melangkah meninggalkan meja Fauzana. Fauzana hanya mampu melemparkan senyuman kembali ke arah pelayan itu sehingga pandangan pelayan itu hilang daripada pandangannya. Beberapa saat kemudian, lelaki itu muncul kembali dengan membawa sebuah kerusi kanak-kanak bersamanya. Lelaki itu meletakan kerusi itu di antara kerusinya dan kerusi Fauzana.

 

“Buat susah-susah awak je. Farris boleh je duduk atas riba saya.” Kata Fauzana dengan perasaan bercampur-baur. Terharu. Bersalah.

“Just a small matter. Saya nak awak makan dengan selesa nanti.” Kata lelaki itu lagi lalu melepaskan masknya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang berjenama DIOR itu.

“Thanks and sorry.”

“Why?” Tanya lelaki itu lalu membetulkan duduknya di hadapan Fauzana.

“Thanks for helping me today and sorry for troubling you today.”

“No need to say ‘thanks’ and ‘sorry’. That is my pleasure.” Jawabnya kembali lalu mengukirkan senyum manis kepada Fauzana.

 

Seketika kemudian, pelayan lelaki tadi kembali ke meja mereka. Sebuah senyuman dilemparkan kepada Fauzana dan lelaki di hadapannya oleh pelayan itu. Di tangannya sudah terdapat sebuah note memo untuk menulis order. Buku menu yang dihulurkan disambut baik oleh mereka.

 

Usai mencatat order, pelayan itu meminta diri bersama buku menu itu. Fauzana kembali memandang ke arah Farris di sampingnya. Dia malu untuk menatap wajah lelaki di hadapannya kerana seusai tadi sepasang mata itu tidak putus memandang ke arahnya tanpa henti. Membuatkan Fauzana malu lalu tanpa sedar pipinya merona merah. Tiba-tiba kedengaran tawa halus menyapa pendengaran Fauzana.

 

“Kenapa pipi awak merah-merah? Panas ke?” Tanya lelaki itu sambil menongkatkan dagu dengan tapak tangannya di hadapan Fauzana.

“Ma..mana…ada…haahh… Panas.” Jawab Fauzana dengan keadaan bercelaru sambil mengipas-gipas wajahnya seakan-akan kepanasan.

“Mana satu nie? Ke awak malu dengan saya.” Kata lelaki itu lagi seakan-akan mengusik Fauzana.

 

Fauzana hanya mendiamkan diri. Pandangannya dialih menghadap ke arah Farris yang sedang bermain dengan mainannya. Fauzana berlakon seakan-akan dia tidak mendengar bicara lelaki yang giat mengusiknya ketika ini.

 

“Or awak terpesona dengan senyuman saya?” Usiknya lagi.

“Awak jangan macam-macam eaa…”

“Hahahah. Saya gurau je. Saya suka tengok wajah merah-merah awak. Comel.” Balasnya lalu tertawa halus.

“Ishh, dia nie kan.” Balas Fauzana pula dengan nada marah-marah manja.

“Okay. I am sorry.” Kata lelaki itu lagi lalu menghentikan usikannya.

“Hmmm.” Balas Fauzana seakan-akan merajuk.

“My name is Amsyar Haziq. You can call me, Amsyar. And I am 26 years old. How about you?” Kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Amsyar lalu memandang ke arah Fauzana untuk meminta balasan.

“Me? Emm. I am Iman Fauzana. And I am 18 years old. And this is Iman Farris, three years old.” Balas Fauzana memperkenalkan dirinya dan juga si adik.

“18 years old? Omg, you are so young.”

“Hehehe.”

“Your son?” Tanya Amsyar lagi ingin tahu sambil memandang ke arah Farris.

“No. He is my little brother.”

 

Tanpa disedari, satu nafas dihelakan seakan-akan merasakan perasaan tenang apabila dengar jawapan daripada Fauzana. Fauzana yang melihat tindakan Amsyar itu berasa hairan lalu wajah laki itu ditatap seketika. Amsyar yang perasaan dengan tindakan Fauzana segera membetulkan peti suaranya.

 

“Why?” Tanya Amsyar.

 

Baru sahaja Fauzana ingin menjawab pertanyaan Amsyar itu, dua orang pelayan wanita datang ke meja mereka bersama pesanan yang dipesan oleh mereka.

 

“Excuse me. Can we serve your food?” Seorang pelayan wanita yang berwajah kacukan Chinese berkata.

“Sure.” Jawab Amsyar mewakili mereka.

 

Tanpa menunggu dengan lebih lama, dua orang pelayan itu segera menghidangkan makanan di meja makan itu. Keadaan orang yang semakin ramai mengunjungi kedai makan ini menyebabkan pergerakan salah seorang pelayan di situ agak tergopoh lalu menyebabkan tangan Fauzana terkena periuk panas yang terisi sup ayam.

 

“Mintak maaf kak. Minta maaf. Saya tak sengaja.” Ujar pelayan wanita itu berulang kali sambil menbongkokkan tubuhnya.

“It’s okay. Don’t worry.” Balas Fauzana tergesa-gesa seperti dirinya yang melakukan kesalahan sambil menghadiahkan senyuman ke arah dua orang pelayan itu.

“I am really sorry.” Ucap pelayan itu lagi dengan perasaan bersalah apabila tangan Fauzana mula memerah sebelum meminta diri kembali ke ruangan kerjanya.

 

Keadaan tangan yang melecur akibat terkena periuk panas itu menyebabkan tindakan Fauzana terbatas. Dia tidak mampu menggunakan tangan kanannya untuk makan. Dan ini menambah kesukaran baginya kerana dia tidak biasa menggunakan tangan kiri dengan sudu untuk makan. Amsyar yang melihat kesukaran yang dihadapi oleh Fauzana jatuh simpati. Fauzana kelihatan kekok menggunakan tangan kiri untuk makan pada pandangan Amsyar.

 

Amsyar dengan penuh prihatinnya membantu Fauzana. Dia meletakkan isi ayam yang sudah dicarik-carikkannya menjadi kecil ke dalam pingan Fauzana dan tidak lupa juga di pingan kecil Farris. Fauzana yang melihat tindakan Amsyar itu berasa terharu. Amsyar juga dengan tidak keberatannya menyuapkan si kecil Farris makan tanpa dipinta oleh Fauzana. Dia melayani Farris seperti ahli keluarganya walaupun hakikat sebenar dia seorang anak tunggal dalam keluarganya.

 

“Sweet nya laki tu. Untung isteri dia kan.” Suara seorang wanita yang duduk di meja berdekatan mereka berkata perlahan.

“Haa. Best nya kalau I dapat sweet macam tu. Anak I nanti dia tolong suapkan.” Kata wanita yang duduk semeja dengan wanita tadi.

 

Pandangan mereka tak putus memandang ke arah meja yang diduduki oleh Fauzana, Amsyar dan Farris. Fauzana yang mendengar bicara dua orang wanita itu hanya mampu tersenyum. Bicara mereka tidak dapat dinafikan oleh Fauzana kerana Fauzana turut berpandangan seperti kedua-dua orang wanita itu terhadap Amsyar. Bukan sahaja memilik susuk tubuh yang tegap dan berwajah tampan persis artis Korea, malah dia juga berperwatakan baik seperti lelaki sejati. Lelaki idaman Malaya.


Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...