Showing posts with label 1 MINGGU 1 HADITH. Show all posts
Showing posts with label 1 MINGGU 1 HADITH. Show all posts

Thursday, 23 December 2021

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH



Solat berjemmah adalah satu kenikmatan yang tak dapat diragui. Kini baru aku sedari tiada nikmat yang lebih ku syukuri melainkan dapat mendirikan solat fardhu berjemaah bersama insan tersayang baik ahli keluarga mahupun sahabat.

Dan tempoh hampir 5 tahun, aku ditarbiyah di bawah pengawasan Maahad, kini aku merindui kemanisan yang terlakar sepanjang di sana. Kemanisan antara senior dan junior yang saling merapatkan baris-baris saf saat ingin mendirikan solat berjemaah. 

Di bumi Maahad, aku dididik untuk saling hormat dan saling sayang antara satu sama lain. 

 

Tuesday, 2 November 2021

IHSAN TERHADAP BINATANG



Di dunia ini bukan hanya manusia yang diciptakan oleh Allah SWT. Ada juga makhluk lain yang diciptakan bagi bersujud kepada Allah seperti binatang, tumbuh-tumbuhan dan jin. Namun setiap ciptaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing yang mana setiap makhluk bergantung di antara satu sama lain. 

Namun persoalan yang timbul di sini, mengapa binatang diperlakukan dengan kejam dan hina oleh manusia? 

Ya, benar. Manusia mempunyai akal manakala binatang hanya mempunyai otak tanpa akal. Namun itu bukanlah alasan untuk kita sebagai manusia berlaku kejam terhadap binatang. 

Bagi menegur dan menasihati makhluk bernama manusia atas tindakan tersebut, maka wujudlah hadith di atas yang menerangkan tentang perbuatan tersebut. 
 

Friday, 8 October 2021

AL-QURAN DAN HADITH PANDUAN HIDUP MUKMIN



Bukan hidup andai kata tiada ujian dan cabaran yang kita hadapi. Hidup tanpa ujian ibarat masak tanpa rempah. Luarannya nampak sama tapi rasanya berbeza. 


 Ujian bukanlah alasan untuk kita mengalah atau berserah. Setiap ujian dan masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bak kata anak muda, di mana ada kemahuan di situ ada jalan... 


Baginda Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kepada kita 2 harta yang berharga. Jika kita berpegang teguh dengan keduanya tentu hidup yang kita lalui dipermudahkan oleh Allah. Hal ini kerana di dalam Al-Quran, ada menceritakan tentang bagaimana cara kita menghadapi sesuatu keadaan. Misalnya jika kita berada dalam situasi perbalahan atau pergaduhan anatara 2 pihak, kita mestilah bersikap adil dan saksama. Dan permasalah itu mestilah diselesaikan tanpa ada berat sebelah.

Jadi, rujuklah Al-Quran dan Hadith Nabi dalam setiap urusan kehidupan agar hidup yang dilalui diberkati dan diredai oleh Allah SWT. 

Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...