Jatuh cinta pada pandangan pertama tak semestinya jodoh yang ditakdirkan Allah untuk kita. Kerana harta dan kekayaan, cinta dan kasih seorang lelaki bernama Amsyar Haziq dipermainkan. Terluka dengan cinta yang dipersiakan, Amsyar Haziq membawa diri ke gelanggang bola tampar.
Kerana tanggungjawab, Iman Fauzana korbankan segalanya demi adik-adiknya. Baginya adik-adik adalah amanah yang ditinggalkan oleh orang tuanya diusianya baru menginjak 18 tahun. Dan kerana dia seorang kakak yang sentiasa mengutamakan kebajikan adik-adiknya, segala sakit dan lelah dia yang hadapi. Melindungi adik-adiknya daripada dicemuh dan diejek oleh saudara-mara serta orang sekeliling. Adik-adik adalah kunci agar dia terus menghadapi dunia yang penuh perit ini. Dia terpaksa berkerja separuh mati demi tanggungjawab.
Dan kerana perbezaan dua dunia yang mereka miliki, mereka bertemu atas takdir yang tersurat. Bertemu empat mata setiap hari di gelanggang bola tampar telah membuka satu lembaran baru dalam hidup mereka.
“Bebudak pompuan, korang berlatih elok-elok boleh tak? Jangan buang masa aku layan perangai lembik korang.” - Amsyar Haziq
“Baik coach.” - pelajar perempuan
“Hah, yang pompuan dekat sana tu buat apa? Kau ingat gelanggang nie tempat babysitting.” - Amsyar Haziq
“Coach tu…..”
“Korang diam. Aku bercakap dengan budak pompuan acah baik tu. Bukan korang.” -Amsyar Haziq
Kata ibu, bila mana kita ikhlas cinta dan sayangkan seseorang itulah bahagia. Bahagia dengan setiap apa yang ditakdirkan kepada kita. Namun satu persoalan sentiasa bermain difikiran. Sejauh mana bahagia yang akan dimiliki, kuatkah dia terus berpura-pura bahagia jika ada satu lafaz yang kekal diingatannya?
“Kerana dosa ayah dan ibu kau dengan aku, setiap keturunan dan darah daging yang mengalir daripada manusia derhaka ini tak akan pernah bahagia. Hanya derita yang akan bersama kau selamanya.” - Tok Anni
