Mata Fauzana galak memantau si adik yang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak di ruang mainan yang disediakan di cafe tempatnya bekerja. Beginilah perjalanan hidup Fauzana. Di mana sahaja dia pergi, di situ akan ada Iman Farris bersamanya. Semenjak ibu ayahnya meninggal, Farris diserang satu penyakit. Atau lebih mudah dikenali sebagai trauma. Farris diselubungi dengan satu perasaan yang takut ditinggalkan. Fauzana perlu ada di depan matanya setiap saat bagi mengatasi traumanya akibat kematian ibu dan ayah.
“Fauzana, awak shift sampai petang ke hari ini?” Tanya Munirah kepadanya.
“Haah. Minggu nie saya shift sampai petang.” Jawab Fauzana sambil tangannya lincah menyusun atur alatan di kaunter cashier.
“Awak tak penat ke? Kesian pula saya tengok awak.”
“Dekat dunia nie kita tak lari daripada perkataan ‘Penat’. Penat dengan family, kerja dan orang sekeliling. Apa yang kita mampu hadap, kita hadap je. Semua tu dah takdir untuk kita.” Ujar Fauzana lagi.
“Betul tu. Saya beruntung ada kawan macam awak. Walaupun kita baru kenal.”
“Saya manusia biasa ja, Munirah. Sama macam orang lain.”
“Saya bangga ada kawan macam awak.”
“Ada-ada ja awak nie.”
Ting! Kedengaran loceng di pintu cafe berbunyi menandakan ada pelanggan yang hadir. Fauzana segera ke ruang belakang memandangkan kini gilirannya untuk menjadi waiteress manakala Munirah mengantikan tempatnya sebagai cashier. Buku menu dicapai lalu Fauzana terus mengatur langkah ke arah pelanggan yang baru mengambil tempat di penjuru cafe.
“Selamat pagi, cik. Ini buku menu untuk order.” Sapa Fauzana kepada pelanggan wanita itu.
“Fresh orange and slice of Red Velvet.” Balas wanita kembali.
“Ok, baik. Nanti saya akan bawakan order cik ya.” Balas Fauzana sebelum meminta diri.
Fauzana mengatur langkah menuju ke cashier yang menempatkan Munirah.
“Table 10, fresh orange and slice red velvet.” Ujar Fauzana fasih.
“Noted.” Jawab Munirah lalu menyampai pesanan minuman kepada seorang pekerja lelaki sebelum dia mengorak langkah untuk mendapatkan sepotong kek red velvet seperti yang diminta oleh pelanggan.
“Fresh orange done.”
Fauzana menatang sebuah dulang yang mengandungi order si wanita. Dia menatang dulang itu dengan berhati-hati agak tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Sesampai di hadapan meja itu, Fauzana meletakkan satu persatu wanita itu dengan hemat.
“Fresh orange and red velvet.” Ujar Fauzana sebelum kembali ke cashier.
“Wait.” Wanita itu menahannya daripada terus melangkah.
“Yes. Boleh saya bantu cik?” Tanya Fauzana ramah.
“Give me a cup of hot chocolate with cream and cheese cake.” Ujar wanita cantik itu lagi.
“Okay. Anything else?”
“Nope. You can go now.”
Fauzana kembali ke kaunter. Kelihatan cafe agak legang dengan pelanggan memandangkan waktu lunch hour belum bermula. Beberapa orang pelanggan mula beransur keluar daripada ruang cafe sesudah membuat pembayaran di kaunter pembayaran yang dijaga oleh Munirah.
“Another order for table 10. A cup of hot chocolate with cream and cheese cake.” Ujar Fauzana setiba dia di kaunter.
Suasana ruang mainan di cafe kini semakin meriah dengan suara kanak-kanak yang seronok bermain dengaan permainan yang terdapat di situ. Namun mata Fauzana memerhati setiap genap ruang itu namun susuk tubuh yang dicari tidak ditemui. Jiwanya mula memberontak. Perasaan takut mula menghantui jiwanya.
‘Mana Farris?’ desis hatinya gelisah.
Fauzana meninggalkan ruang kerjanya lalu berjalan dengan tergopoh-gopoh menuju ke ruang mainan. Kelibatan Farris dicari di ruangan itu. Namun keadaan ruang yang agak sesak dengan kanak-kanak yang berlari dan bermain di situ menyukarkan tugasnya. Tiba-tiba hujung baju Fauzana ditarik oleh seseorang. Seorang budak perempuan lingkungan lima tahun menarik baju uniform Fauzana.
“Akak, ada budak nangis. Dekat sana.” Kata budak perempuan itu sambil menunjuk ke arah satu sudut.
Budak perempuan itu mencapai tangan Fauzana lalu ditarik menuju ke arah yang dimaksudkannya. Baru beberapa langkah Fauzana mengikuti jejak budak perempuan itu, satu suara yang familiar dikesan oleh deria pendengarannya.
“Ka..kaa..kaakk…”
‘Farris.’ Desis hati kecilnya
Suara halus milik Iman Farris terdengar di hujung sudut itu. Fauzana mempercepatkan langkahnya menuju ke sudut itu. Budak perempuan turut mengikuti langkah Fauzana. Masing-masing menuju ke destinasi yang sama.
“Farris.” Panggil Fauzana seusai tubuh kecil adiknya kelihatan di situ.
“Ka…akakk…”
Farris belum menyedari kewujudan Fauzana di situ. Si adik duduk memeluk lutut ke dada bersama tangisan halus. Fauzana segera mendekati si adik lalu dipeluknya erat. Kelihatan Farris mengigil-gigil dalam pelukannya. Mungkin masih lagi berasa takut.
“Farris, buka mata sayang. Nie Yong.” Ujar Fauzana sambil mengusap-usap belakang tubuh si adik.
“Kaa..akakk..”
Farris masih memanggil-manggil Fauzana biarpun Fauzana sudah berada di hadapannya. Nadanya masih kedengaran ketakutan. Inilah yang selalu Fauzana takutkan sekiranya adiknya, Iman Farris tidak melihat wajahnya di khalayak ramai. Perasaan takut ditinggalkan akan menghantuinya.
“Iman Farris, Yong datang ni sayang. Buka mata sayang.” Pujuk Fauzana lagi sambil mengucup si adik.
Disebabkan keadaan adiknya yang tidak mengizinkan, Fauzana mengambil emergency left dan hanya kerja half day. Namun berkat keprihatin bos, Fauzana diizinkan pulang lebih awal dan gajinya akan dicatat seperti biasa. Dia bersyukur memiliki bos yang memahami dan prihatin seperti Bos Saiful. Munirah juga yang sepatutnya half day hari ini sanggup menggantikan shiftnya petang ini.
Usai mendapat keizinan daripada bos untuk pulang lebih awal, Fauzana segera ke ruangan staff untuk mengambil barang-barangnya sambil tangannya kukuh mendukung dan menenangkan si adik. Kelihatan Farris semakin tenang walaupun masih dapat dirasakan tubuhnya yang mengigil.
Fauzana mendukung si adik sepanjang perjalanan. Jika sebelum ini Farris suka berjalan beriringan dengannya sepanjang perjalanan pulang ke rumah, namun disebabkan ketakutan yang dialaminya tadi, Farris tidak melepaskan pelukan si kakak. Farris merasa tenang didalam pelukan dan dakapan Fauzana. Fauzana menepuk-nepuk lembut belakang tubuh si adik sambil berbual mesra seperti kebiasaan walaupun bualannya tidak dibalas. Ini adalah salah satu caranya untuk menenangkan si adik. Iaitu dengan komunikasi agar ketakutan yang berada di fikaran si kecil beransur-ansur hilang sekaligus menghadirkan ketenangan untuknya.
“Farris nak tahu tak, dulu kan Yong selalu nangis. Nangis macam Farris. Tapi bila ibu nampak Yong nangis, ibu akan cepat peluk Yong. Sama macam Yong peluk Farris sekarang. Bila Yong dah tak nangis lagi, ayah akan belikan Yong mainan baru.” Ujar Fauzana mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya.
“Maa..ainan?”
“Haah, mainan. Farris nak Yong belikan Farris mainan baru tak?” Ujar Fauzana lagi memancing minat si adik.
“Farrissy…. nanaak…maainan.” Balas Farris teruja.
Usai membelikan Farris mainan, Fauzana singgah di surau yang berdekatan memandangkan dia belum solat Zohor ketika di cafe tadi. Jadi dia segera ingin solat sebelum menjemput adik kembarnya pulang dari sekolah nanti.
Suasana surau ini agak sunyi memandangkan terdapat masjid yang berdekatan. Jadi surau ini hanya dikunjungi oleh penduduk taman ini sahaja. Fauzana meletakkan adiknya di ruang solat yang dapat dilihat olehnya dari ruang ambil wudu’. Kelihatan Farris khusyuk bermain dengan bola baru yang baru dibeli sebentar tadi.
Usai solat ditemani si adik di samping, Fauzana sempat singgah di kedai runcit yang berdekatan dengan kawasan perumahannya sebelum menanti adik kembarnya tiba. Barang-barang dapur dan beberapa keperluan harian adik-adiknya sudah berkurang, jadi sebagai kakak yang cakna dia akan berusaha memenuhi keperluan harian mereka dengan titik peluhnya sendiri.
Fauzana membimbin tangan Farris menuju ke tempat yang disediakan bakul untuk pelanggan. Dan di situ kelihatan beberapa orang wanita masing-masing mencari keperluan masing-masing sambil berbual mesra. Mungkin kenalan rapat atau jiran setaman. Fauzana segera mencapai bakul itu untuk diisinya beberapa barang yang akan dibelinya.
“Naa..naak akul…” Si kecil Farris bersuara meminta dihulurkan bakul kepadanya.
“Farris nak bawa bakul untuk Yong?” Tanya Fauzana.
“Hmmm. Akul.” Balas Farris dengan senyuman manis menghiasi di bibir merah jambunya.
Fauzana tanpa teragak-agaknya menghulurkan bakul itu kepada si adik. Plastik mainan yang ada di tangan adiknya dimasukkan di dalam bakul itu bagi memudahkan si adik membawa bakul itu bersamanya.
“Eh Kinah, sapa budak perempuan tu? Tak pernah nampak pun dekat sini sebelum nie.” Tanya seorang wanita yang berbaju biru kepada kawannya.
“Oh, tu budak yang duduk dekat hujung taman kita.” Jawab wanita kedua yang berbaju merah.
“Anak sapa?”
“Alah, anak laki bini yang meninggal jatuh gaung tu. Entah apa nama laki bini tu, aku pun tak ingat.”
“Sapa pula budak kecil tu?” Tanya wanita berbaju biru itu lagi ingin tahu memandangkan dia orang baru di kawasan taman ini.
“Mana la aku tahu. Anak luar nikah dia la kot. Dah asal pun dari keturunan buruk tentulah perangainya buruk jugak.”
Fauzana yang terdengar perbualan dua orang wanita itu hanya berdiam diri. Dia bukanlah seorang yang cepat melenting. Biarlah apa orang cakap asalkan dia dan Allah lebih mengetahui apa yang benar. Pandangan manusia tu tak penting pun. Lagi dilayan sikap manusia lagi menjadi-jadi nanti. Fauzana segera mempercepatkan tugasnya. Barang-barang keperluan yang penting segera dicapainya. Dia ingin segera meninggalkan ruang kedai ini.
Biarpun luarannya nampak kuat menghadapi setiap cemuhan yang dilemparkan tapi jiwa dan raganya terluka. Luka yang tak berdarah. Sakit bila mana orang sekeliling memburuk-burukan arwah ibu ayahnya serta adik-beradiknya yang masih muda. Bagaikan ada pisau belantik yang menusuk tubuhnya daripada belakag tanpa dia sedari.
Barang-barang yang sudah terisi di dalam bakul di bawa ke kaunter pembayaran. Farris setia di sisinya menjadi kekuatan untuk dia terus hadapi cemuhan hari ini. Si kecil belum memahami situasi yang dialami si kakak ketika itu.
“Memandai ja kamu ni Kinah. Entah betul atau tidak pun tak tahu.” Kata seorang lelaki lingkungan 50 an kepada wanita yang dikenali sebagai Mak Cik Kinah.
“Betul laa apa yang aku cakap. Nenek dia sendiri yang bagitahu aku, Tok Anni.” Balas Mak Cik Kinah membela dirinya.
“Entah betul ke tidak budak tu cucu si Anni tu.” Kata pemilik kedai runcik ini, Pak Cik Ahmad.
“Kalau tak percaya tanya laa budak tu sendiri.” Jawab Mak Cik Kinah bersahaja.
Fauzana yang turut mendengar pertelingkahan itu hanya mendiamkan diri sekali lagi. Dia meletakan bakulnya di kaunter untuk dikira. Pandangan sinis Mak Cik Kinah terhadapnya diabaikan. Wanita yang bersama Mak Cik Kinah terkebil dengan pertelingkahan kawannya dengan pemilik kedai ini.
“Betul ke kamu cucu Tok Anni, nak?” Tanya kawan Mak Cik Kinah perlahan kepada Fauzana.
Fauzana memandang ke arah wanita itu lalu menghadiahkan senyuman kepadanya. Adab bila mana orang bercakap, kita perlu ada eyes contact. Baru beradab namanya.
“Haah, Mak Cik. Saya cucu Tok Anni, Fauzana.” Jawab Fauzana mesra.
“Haa, kan aku dah kata. Memang budak nie cucu Tok Annie.”
“Tapi elok ja perangai budak nie aku tengok.”
“Elok apanya kalau…”
“Sudah-sudah laa tu, Kinah. Tak payah sibuk jaga tepi kain orang.” Cantas Pak Cik Ahmad.
Mak Cik Kinah menghela nafas tidak puas hati lalu meninggalkan ruang kaunter itu untuk mencari barang keperluan di ruang dalam kedai milik Pak Cik Ahmad itu. Wanita yang bersamanya turut menbontotinya masuk ke dalam.
“Semua sekali RM54.20.” Ujar Pak Cik Ahmad selepas kelibatan Mak Cik Kinah dan kawannya hilang daripada penglihatannya.
Fauzana mengeluarkan dompetnya daripada beg sandangnya lalu menghulurkan sekeping wang bernilai RM50 dan sekeping wang RM5. Wang itu dihulurkan kepada Pak Cik Ahmad dengan hermat.
“Baki tu pak cik simpan ja. Saya halalkan.”
“Terima kasih, nak. Jangan ambil hati sangat dengan kata-kata Mak Cik Kinah tu. Biasa laa orang tua.” Pesan Pak Cik Ahmad lagi lalu menghulurkan barang-barang yang sudah dibayar.
“Sama-sama pak cik. Tak pa. Saya tak ambil hati pun. Saya balik dulu ya pak cik.” Ujar Fauzana lagi lalu meninggalkan kedai runcit itu.
Ting! Notification telefon bimbit berjenama Iphone terkini berbunyi menandakan ada satu pesanan masuk di ruangan aplikasi Whatsapp nya. Telefon dicapai lalu aplikasi Whatsapp dibuka.
-BABY SAYANG-
Hii u. Jangan lupa tau date u dengan I pagi nie. I nak ajak u teman I shopping
‘Oh my god, aku lupa pula pasal minah nie. Semalan aku dah janji nak date dengan dia hari ni.’ Bicara hati kecil milik Amsyar Haziq.
Beginilah rutin hariannya. Setiap hari kena menghadap awek 24 jam lebih daripada office. Sedangkan masih ada banyak dokumen yang perlu ditandatangani olehnya. Namun kerana sudah berjanji maka janji itu perlu dia tepati.
-BABY BOY-
Baby, u ada dekat mana sekarang?
Amsyar membalas pesanan kekasihnya. Mereka sudah bercinta hampir 10 tahun mereka bercinta. Namun setiap kali Amsyar ingin melamar kekasihnya sebagai surihati pasti akan ditolak. Banyak alasan yang diberikan oleh si kekasih.
“I tak ready lagi nak khawin.”
“I nak enjoy dulu.”
“I tumpukan fokus I dekat modeling.”
“Syarat untuk I kekal fokus sebagai model, I tak boleh khawin.”
Amsyar mencapai telefon bimbitnya dan kunci kereta lalu segera meninggalkan ruang biliknya. Dia melintasi meja PA nya yang sedang sibuk menyemak helaian-helaian dokumen serta jadual kerja si CEO.
“Wafa, saya nak keluar kejap. Ada hal personal. Lepas lunch hour saya masuk balik.” Kata Amsyar kepada PA nya sebelum meninggalkan si PA terkebil-kebil.
“Baik, bos.” Jawab Wafa lambat.
Amsyar segera menuju ke parking lot dan bergegas menghidupkan enjin keretanya. Parking lot ini satu-satunya parking lot yang tersedia untuk memandangkan dia tidak suka ruangannya dikongsi dengan orang lain hatta keluarganya. Keluar sahaja daripada bangunan pejabatnya, Amsyar terus memecut membelahi jalanraya. Memandangkan sekarang bukanlah waktu lunch hour maka keadaan jalanraya agak legang.
Sesampai di lampu isyarat, telefon bimbitnya berdering menandakan ada satu panggilan masuk. Panggilan itu diangkat tanpa dilihat siapa pemanggilnya. Salah satu punat di board keretanya ditekan bagi menyambung panggilan masuk.
“You, you dekat mana nie? Lama I tunggu you tau.” suara nyaring seorang wanita memenuhi ruang keretanya.
Jam jenama Rolex ditatap. Dia sudah lewat 10 minit untuk bertemu dengan si kekasih. Lampu isyarat masih berwarna merah sedangkan dia perlu cepat sebelum si kekasih merajuk dengannya.
“I dah nak sampai nie. Ada dekat traffic light sekarang.” Jawab Amsyar tenang sambil matanya tidak berhenti memandang ke arah lampu isyarat.
‘Lambat pula lampu nie nak hijau.’ Desis hati kecilnya.
“You nie, tiap kali dating dengan I pasti lambat. Macam-macam alasan you bagi.”
“Sorry baby. I lupa tadi. Sibuk sangat dengan urusan office. You tunggu I kejap ye.”
“Okay.”
“Tolong orderkan I a cup of hot chocolate with cream and cheese cake.” Pinta Amsyar.
“Okay. Cepat sikit tau. I dah excited nak shopping nie.”
Lima minit kemudian, Amsyar tiba di tempat yang dijanjikan bersama kekasihnya. Kereta mewahnya diparking bersebelahan dengan kedai tersebut. Baru sahaja kakinya mencecah permukaan luar, ramai wanita serta anak-anak gadis memandang ke arahnya.
“Wah handsome nya mamat tu.”
“Perhh, cantik giler kereta dia. Kereta idaman aku tu.”
“Oh my god, that is my mister charming.”
Kedengaran gadis-gadis mula memuji ke arahnya. Rambut yang menutupi matanya diraut ke belakang seolah-olah model yang sedang mengayakan aksi di atas pentas pertunjukan sebelum lengan kemejanya disinsin agar lebih selesa.
“Wey, mamat tu sinsin kemeja dia la.”
“Mamat tu model ke? Asal handsome sangat.”
“Lelaki kiriman tuhan omoo….”
Punat lock di kunci kereta mewah ditekan sebelum Amsyar melangkah dengan penuh bersahaja ke cafe. Daripada luar cafe, Amsyar sudah melihat kekasihnya yang seksi tengah ternsenyum manis menantinya di meja. Amsyar menolaak perlahan pintu sebelum mengorak langkah menuju ke meja yang menempatkan kekasihnya.
Setibanya dia di meja itu, hot chocolate with cream dan cheese cake kegemarannya sudah terhidang rapi di atas meja menambahkan seri di wajahnya. Amsyar memandang ke arah kekasihnya, kelihatan si kekasih yang dikenali sebagai Puteri Qistina sudah tersipu-sipu di hadapannya.
Keadaan cafe mula sesak dengan kedatangan ramai gadis disebabkan daya tarikan Amsyar. Qistina yang tadinya macam harimau yang menunggu mangsa kini berubah menjadi anak kucing yang manja apabila mejanya menjadi tumpuan.
“Eh, tu bukan Puteri Qistina ke? Model majalah.” satu suara mula menbicarakan perihal mereka.
“Haa la. Tu Puteri Qistina. Tapi siapa mamat handsome dengan dia tu?”
“Pakwe dia kott.”
“Wah macam pinang di belah dua. Sama cantik sama padan.”
“Tapi Puteri Qistina tu macam over pulak.”
“Seksi gile Puteri tu. Macam tak sesuai je dengan mamat handsome cukup pakej tu.”
Manusia. Ada yang memuji dan ada juga yang menghina. Mulut orang tak dapat nak ditutup. Ada sahaja yang rajin nak jaga tepi kain orang. Itulah fitrah makhluk bernama manusia.
“You nak shopping dekat mana pula hari nie?” Tanya Amsyar tenang sambil menyuapkan sedikit kek kegemaran ke mulutnya.
“Amboi you. Cakap tu macam hari-hari shopping.” Balas Qistina sinis apabila merasa dirinya disindir oleh Amsyar.
“Hakikat nyata. Hari-hari you ajak I teman you shopping.” Balas Amsyar selamba.
“Mulut you nie kan… I cili baru tahu. Dah laa datang lambat. Lepas tu you sindir-sindir I pula.” Kata Qistina dengan nada merajuk.
“Sorry baby. I tak niat pun nak sindir you. Sorry, please.” Balas Amsyar dengan lentok suara merayu.
Qistina hanya mendiamkan diri. Fresh orange yang masih berbaki di gelasnya disisip tanpa menghiraukan rayuan Amsyar di hadapannya.
“Baby, I am sorry, okay?”
Qistina mencapai telefon bimbitnya pula untuk mengabaikan Amsyar. Belum sempat Qistina menekan punat di telefon bimbitnya, telefon bimbitnya dirampas oleh Amsyar. Qistina mendongak memandang Amsyar dengan perasaan marah.
“Ish, apa you nie. Give my phone back.” Ujar Qistina dengan nada yang dikawal.
“Maafkan I okay?”
“I want my phone back.”
“Okay. I give your phone back but forgive me please?” Amsyar menghulurkan kembali telefon bimbit kekasihnya yang dirampas.
“Depands on your behaviour.”
“Okay. You can buy anything you want and all the cost I will paying with my black card.”
“Seriously? You are not kidding?” Balas Qistina teruja.
“Yes, I am serious but you must to forgive me first.”
Amsyar dan Qistina segera menyudahkan makanan dan minuman mereka sebelum ke destinasi seterusnya untuk shopping. Mereka menikmati dessert dengan gembira sambil diselangi dengan gurauan manja.
“Mummy, tadi kan ada budak kecil nangis dekat situ. Nasib baik kakak tu datang.” Seorang budak perempuan bercerita kepada si ibu.
“Kenapa adik tu nangis? Dia nakal eaa?” si ibu menanyakan kepada si anaknya kembali.
“No. Adik tu tak nakal pun. Dia baik ja. Nana suka main dengan dia.”
“Habis tu kenapa adik tu nangis? Dia jatuh?”
“No.”
“Sekarang adik tu dah okay?”
“Yup. Akak tu datang peluk dia. Akak tu pujuk dia sampai dia tak nangis. Baik kan akak tu.”
“Wah baiknya akak tu.”
“Nana nak jadi macam aka tu. Nanti bila baby dalam perut mummy keluar nangis-nangis, Nana akan peluk and pujuk baby sampai baby tak nangis.” Balas budak perempuan itu lagi sambil mengusap lembut perut ibunya.
“Baiknya anak mummy.” Kata si ibu lagi lalu mengucup ubun-ubun si anak.
Tanpa disedari bibir Amsyar mengukirkan senyum manis. Qistina yang melihat Amsyar tersenyum sendiri berasa hairan.
“You…” Qistina memanggil Amsyar namun panggilannya tidak disahut.
“You.” Panggil Qistina sekali lagi dengan lebih keras.
“Hahh? You panggil I?” Amsyar tersedar dari khayalannya mendengar perbualan si ibu dan anaknya yang duduk di meja hadapannya.
“Kenapa you senyum sorang-sorang? You ingatkan siapa?” Tanya Qistina cemburu.
“Mesti laa I ingatkan you.”
“I kan ada depan mata you sekarang. Kenapa nak ingat-ingat pula?”
“Mesti laa I teringat-ingat you walaupun you ada depan mata I. I nie dah macam orang angau cinta tau. Angau mencintai Puteri Qistina.” Ujar Amsyar dengan ayat romeo nya. Manis semanis gula.
“Mummy, mummy, tu laa akak yang Nana cerita tadi. Dan budak dalam pelukan akak tu, tu laa budak yang nangis tadi.” budak perempuan tadi menarik-narik baju ibunya sambil menunjuk ke suatu arah.
Amsyar yang terdengar suara budak perempuan turut memandang ke arah yang ditunjuk olehnya. Kelihatan seorang gadis bertudung sarung sedang menenangkan seorang kanak-kanak lelaki dalam dukungannya. Mungkin adiknya. Dan wanita itu mengenakan seragam hitam merah seperti seragam yang dipakai oleh staff di cafe ini. Tanpa disengaja, senyum terlakar lagi wajahnya seperti ada satu aura yang menenangkan meresap di jiwanya melihat perilaku gadis itu menenangkan si kecil.
“You, tengok apa tu? Senyum pula.” Ujar Qistina dengan nada marah.
“Hah? Tak tengok apa-apa pun. I tersenyum sebab budak perempuan tu comel sangat.” Tipu Amsyar.
“Ye la tu.” Balas Qistina tidak percaya.
“You dah siap kan? Jom kita shopping. Kejap lagi I kena masuk office. Ada meeting.” Kata Amsyar lagi mengubah topik lalu mencapai tas tangan Qistina sebelum berlalu meninggalkan meja mereka.
“You, tunggu laaa I.”
Amsyar mengabaikan karenah Qistina lalu segera menuju ke pintu utama cafe. Baru sahaja tangannya ingin mencapai holder pintu, ada satu tangan turut ingin melakukan perkara yang sama.
“Maaf. Boleh tolakan pintu itu untuk saya.” Satu suara halus menyapa pendengarannya.
Tanpa melihat ke arah si gerangan, Amsyar dengan gentleman nya menolak pintu itu. Dia turut memberi laluan kepada si gerangan sementera dia menahan pintu itu. Seorang gadis bertudung melintasinya sambil mendukung seorang kanak-kanak.
“Terima kasih.” ucap gadis itu lalu menunduk ke arahnya tanda hormat. Ala-ala orang Jepun.
“Sama-sama.” Amsyar membalas ucapan si gadis perlahan seusai gadis itu meninggalkannya.
Usai menghidupkan enjin kereta, Amsyar menatap ke arah kekasihnya. Wajah Qistina mempamerkan riak tidak puas hati. Tidak puas hati kerana Amsyar tidak mengendahkan panggilannya sekaligus meninggalkannya menuju ke ruang kereta tanpa sempat dikejar oleh si kekasih.
“You nak shopping dekat mana nie?” Tanya Amsyar tanpa rasa bersalah.
Qistina mengabaikan pertanyaan Amsyar. Pandangannya dilemparkan di luar tingkat. Melihat orang yang berjalan menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang berjalan bersendirian. Ada yang bersama pasangan. Dan ada juga yang berkumpulan.
Tanpa menunggu tindakbalas daripada kekasihnya, Puteri Qistina, Amsyar mencapai seat belt di sebelah Qistina lalu dipasangkan untuk si kekasih. Inilah satu sikap yang Amsyar tidak gemari tentang Qistina. Biarpun mereka sudah bercinta hampir 10 tahun, namun sikap Qistina yang cepat melenting dan suka merajuk tanpa sebab yang kukuh sentiasa ada pada diri gadis itu. Walaupun sudah berulang kali Amsyar menegur tentang sikap Qistina ini namun tegurannya tidak pernah diambil berat oleh si gadis. Teguran itu ibarat angin yang menyapa wajah mereka. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Kerana sikap Qistina juga lah yang keanak-anakan ini, kadang-kadang menyebabkan hidup seorang Amsyar Haziq menjadi huru-hara. Tapi disebabkan sayang yang mengunung di hati, dia layankan sahaja. Namun sebagai seorang teman lelaki kepada seorang model cantik majalah yang kian menginjak naik, Amsyar impikan kesempurnaan dalam kehidupan dan rutin harian pasangannya. Dia mahukan reputasi Qistina sebagai seorang model sentiasa terjaga dan perfect sepertinya. Ya, seorang CEO Hyzer building ini sentiasa dikenali sebagai seorang CEO yang perfect. Baru laa sepadan sekiranya seorang gadis cantik dan perfect berganding dengannya seorang CEO yang kacak dan perfect.
“You, kalau nak teruskan dengan rajuk you yang tak berkesudahan nie, I rasa lebih baik I hantar you balik rumah ja. Cancel date kita hari ini. Tak perlu I temankan you shopping. I pun ada banyak kerja yang nak di sentle kan di office.” Kata Amsyar lalu memulakan pemanduannya.
“Okay, okay. I tak merajuk lagi. Janji you temankan I shopping. You belanja kan?” Balas Qistina dengan senyum panjang ke arah Amsyar yang kini fokus memandu.
“Ye. I belanja you shopping hari ni.” Balas Amsyar kembali. Dilayankan sahaja sikap kekasihnya yang kaki shopping ini.
Amsyar terus memandu menuju ke destinasi yang diinginkan oleh Qistina. Destinasi yang berulang kali juga dikunjungi mereka sepanjang minggu ini. Baginya lagi cepat dia menyelesaikan tugasannya menemani Qistina membeli belah, lagi cepat dia dapat kembali ke office dan melakukan tugasannya dengan tenang dan nyaman. Biarpun jasadnya ada bersama Qistina namun jiwa dan raganya tidak henti-henti memikirkan fail-fail serta beberapa dokumen yang tersusun meninggi di atas meja kerjanya. Banyak fail yang perlu disemak sebelum ditandatangi olehnya. Inilah sikap workholic seorang Amsyar Haziq.
Dengan perasaan yang masih berkecamuk di dalam dirinya, Amsyar melemparkan pandangannya ke luar tingkat. Qistina yang sibuk berceloteh bersendirian diabaikan. Nanti penat berceloteh, Qistina diam la tu. Pandangan Amsyar kini fokus pada satu figura.
Figura seorang gadis yang berketerampilan ringkas tapi kemas menarik perhatiannya. Si gadis duduk berteduh di bawah pohon yang rendang daripada sinaran matahari yang terik bersama seorang kanak-kanak lelaki yang manja. Di bawah pohon itu mereka menanti ketibaan bas.
‘Mama, Am rindu mama. Kenapa mama tinggalkan Am seorang? Why you not bring me with you together.’ bicara hati kecil Amsyar.
Sesampai di destinasi, Qistina segera keluar dari kereta mewah Amsyar. Dia menanti Amsyar di luar kereta namun Amsyar masih berdiam diri di tempat pemandu. Qistina berjalan menghampiri pintu pemandu sebelum mengetuk perlahan cermin tingkat kereta itu. Kelihatan Amsyar masih lagi termenung di situ tanpa menyedari Qistina mengetuk tingkap di sebelahnya.
Disebabkan Amsyar masih dalam keadaan yang sama, akhirnya Qistina membuka pintu pemandu. Dan ketika itu baru Amsyar sedar dari khayalannya. Dia segera mematikan enjin keretanya lalu turun dari kereta. Qistina yang melihat keadaan Amsyar berasa hairan namun kerana perasaan terujanya untuk shopping lebih menguasai diri daripada perasaannya terhadap tingkahlaku Amsyar, jadi dia mengambil keputusan untuk berdiam diri.
