Qistina mencapai lengan Amsyar lalu dipautnya dengan erat. Pautan tangan yang sering dilakukan oleh pasangan kekasih pada zaman ini. Sweet couple. Qistina membawa Amsyar mengikuti langkahnya memasuki sebuah lot di shopping mall itu. Amsyar hanya membontoti langkah Qistina tanpa minat. Kerana langkah Qistina yang tergesa-gesa, Amsyar tidak dapat menyaingi langkah si kekasih. Untung sahaja dia mampu mengimbangi tubuhnya daripada terjatuk akibat ketidakseimbangan tubuhnya.
Amsyar memandang sekeliling ruang lot itu apabila Qistina sudah tidak melangkah lagi. Kelihatan dia dikelilingi tas tangan mahal yang berjenama Prada. Jenama yang terkenal di dunia. Kualiti produk yang sangat luarbiasa yang diikhtiraf.
“Handbag Prada?”
“Haah. I nak beli handbag baru.” Balas Qistina bersahaja lalu meninggalkan Amsyar bersendirian.
Amsyar terkedu.Otaknya seperti berhenti berfungsi. Kata-kata yang diungkapkan oleh Qistina tidak dapat ditafsirkan oleh akal sihatnya. Dia segera mendekati Qistina yang sedang sibuk memilih deretan tas di situ. Qistina mencapai satu per satu tas tangan di situ lalu cuba digayakan dengan dirinya.
“You nak beli handbag Prada lagi?” Tanya Amsyar lagi untuk kepastian daripada si kekasih.
Qistina hanya mengangguk tanda mengiyakan. Pantulan dirinya yang sedang mengayakan tas merah itu dilihat daripada cermin yang disediakan. Cantik. Dia suka dengan design dan warna tas ini. Tas yang menarik pandangan mata si awal-awal dia memasuki ruangan ini.
“Bagus taste cik. Handbag nie sesuai dengan cik. Sama cantik, sama padan.” Seorang gadis dengan tag nama ‘Syifa’ datang kepada Qistina sambil memujinya.
“I suka handbag nie. Cantik sangat.” Balas Qistina teruja.
“Handbag nie merupakan handbag terbaru keluaran Prada. Handbag nie juga merupakan satu-satunya handbag limited edition sempena Chinese New Year.” Gadis bernama Syifa itu menyampaikan serba-serbi tentang tas terbaru Prada itu.
“Limited edition?” Tanya Qistina untuk kepastian.
“Ya. Dan ini merupakan handbag terakhir keluaran terbaru di sini.” Ujar Syifa lagi dengan senyum manis.
“Oh my god. I want that.”
Qistina berjalan dengan penuh lenggoknya mendekati Amsyar yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya. Amsyar kelihatan khusyuk memerhati telefon bimbitnya tanpa menyedari Qistina yang sudah berdiri di sebelahnya.
“You, I nak handbag nie.” Kata Qistina menunjukan tas merah itu sambil digayakannya.
“Last week kan you dah beli handbag baru. Kenapa nak beli handbag baru lagi?” Amsyar membalas dengan pertanyaan kepada Qistina.
“Tu handbag last week.”
“Handbag yang baru beli tu pun belum pakai lagi kan? Tak payah laa beli handbag nie. Kita beli barang lain ye?” Kata Amsyar lagi membuat tawaran.
“No. I want this handbag. This is limited edition handbag now. I will never miss to get limited edition handbag. As an artist, I must to make sure that I have it.” Qistina membantah kata-kata Amsyar.
“Up to you. Take this and finish it quickly. I need to go back to office.” Balas Amsyar sambil menghulurkan kad kredit miliknya.
Amsyar malas untuk memanjangkan perbalahan dengan Puteri Qistana. Model yang keras kepala. Amsyar mula bosan dengan sikap Qistina yang suka menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya.
“Thank you, baby.” Ucap Qistina lalu mengambi kad kredit dari tangan Amsyar.
“Hmm.”
Qistina berjalan dengan penuh teruja bersama tas merah dan kad kredit milik Amsyar lalu menuju ke kaunter pembayaran. Dia teruja bakal memilik tas tangan baru keluaran Prada. Dia sudah tidak sabar untuk mengayakan tas baru itu di hadapan rakan-rakan modelnya.
Usai membuat pembayaran, Qistina segera mendekati Amsyar yang sedang menunggunya dengan penuh sabar. Amsyar bersandar di muka pintu kaca lot itu sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
“You, jom. I dah tak sabar nak balik. Post instagram dengan handbag baru.”
“Whatever.” Jawab Amsyar lalu mencapai beg kertas yang dipegang oleh Qistina.
Biarpun Amsyar tidak menyukai sikap Qistina namun sebagai seorang teman lelaki, Amsyar perlu memperlihatkan sikap romantik seorang lelaki kepada seorang perempuan. Lagi-lagi apabila dari mula dia menjejak kaki ke shopping mall ini, banyak mata-mata sedang memandang ke arahnya. Qistina yang melihat sikap gentleman Amsyar yang membantu membawa barangnya berasa terharu. Senyum manis terlakar di wajahnya. Dia sempat menangkap gambar Amsyar yang membelakanginya untuk di upload di Instagram peribadinya yang sudah diikuti hampir 10 ribu pengikut.
Satu gambar yang mengambarkan tubuh tegap Amsyar beserta satu mini love yang dibuat olehnya di upload di Istagramnya dengan caption,
‘Thank you for being with me today. My sunshine.’
*****
Seusai membersihkan diri, Fauzana segera menuju ke dapur. Dia perlu menyediakan makan malam untuk adik-adiknya. Adik-adiknya masing-masing sedang rehat di bilik seusai pulang dari sekolah petang tadi. Farris juga tertidur kepenatan seusai dimandikan olehnya. Kedinginan suhu air yang menenangkan menyebabkan Farris dapat tidur dengan cepat dan nyenyak.
Beberapa bahan basah dikeluarkan daripada peti sejuk. Malam ini Fauzana bercadang untuk memasak menu ringkas sahaja memandangkan sebentar malam nanti dia masih ada tanggungjawab untuk dilaksanakan. Selain bekerja di cafe, Fauzana juga bekerja sebagai tutor separuh masa untuk beberapa orang pelajar. Dia hanya melakukan pekerjaan di waktu malam memandangkan di bekerja di siang hari.
Fauzana mempercepatkan langkahnya menyediakan makan malam. Adik-adiknya tentu kelaparan selepas penat pulang daripada sekolah lewat petang tadi. Adik kembarnya mempunyai latihan kokurikulum hari ini dan setiap kali latihan kakurikulum mereka akan pulang lambat dari kebiasaan.
Usai masak, Fauzana terus menghidangkannya di meja. Satu jag air teh o ais turut disediakan. Adik perempuannya, Farhana amat mengemari teh sama seperti arwah ibu. Pinggan juga disusun di meja sebelum dia mengorak langkah untuk memanggil adik-adiknya makan malam bersama.
“Fawwas.” Fauzana mengetuk pintu bilik Fawwas sambil memanggil nama adiknya.
“Hmm…”
“Yong masuk ya.” Fauzana meminta izin sebelum memasuki bilik adiknya.
Pintu bilik dikuak perlahan. Kelihatan sekujur tubuh sedang berbaring di atas katil dengan sebuah buku yang menutupi wajahnya. Fauzana segera menghampiri sekujur tubuh itu. Buku yang menutupi wajah kacak si adik dialih lalu diletakkan elok di atas meja lampu.
“Fawwas, bangun makan jom. Yong dah siap masak.” Kata Fauzana lembut mengejutkan si adik.
“Mengantuk Yong…” balas Fawwas dalam keadaan separa sedar.
“Ya, Yong tahu adik hensem Yong nie mengantuk, penat. Tapi bangun makan dulu ya. Tak elok tidur lewat petang. Nanti lepas makan and solat, Fawwas sambung tidur ya.” Kata Fauzana lagi memujuk si adik sambil meraut rambut yang menutupi dahi adiknya.
“Okay.”
Fauzana membantu adiknya untuk bangun daripada pembaringan. Tanpa bantuannya berkemungkinan besar adik lelakinya ini akan terus menyambung tidurnya biarpun sudah mengiyakan katanya untuk bangun. Belakang tubuh Fawwas ditepuk-tepuk bagi menyedarkan dirinya yang separa sedar.
Usai memastikan Fawwas bangun daripada pembanringannya, Fauzana melangkah pula ke bilik yang dihuni olehnya dan dua adiknya yang lain. Tombol pintu dibuka dengan berhati-hati agar tidak menganggu penghuni bilik itu. Kepalanya dijengukan sedikit untuk melihat isi bilik itu. Kelihatan adik bongsunya sedang duduk memandang ke arahnya. Mata si kecil masih layu. Mungkin baru bangun dari tidur juga seperti abangnya.
Kelibatan Farhana dicari. Kelihatan Farhana tertidur di meja belajarnya yang bersebelahan dengan katil tidur mereka. Buku teks sejarah yang terbuka dijadikan alas kepalanya. Peralatan tulis berteraburan di atas meja itu. Untung sahaja buku yang dijadikan alas bantalnya tidak tercipta peta baru.
“Akak…” Farris memanggil Fauzana sambil merangkak-rangkak untuk turun daripada katil.
Fauzana yang melihat si kecil yang sedang merangkak itu segera mendekati si adik. Dia risau keselamatan adiknya biarpun adiknya boleh menuruni dengan selamat. Wajah Farris dikucup bertalu-talu sehingga membuatkan si kecil Farris ketawa halus. Fauzana mendukungnya lalu dibawa menghampiri si kakak yang sedang lena di meja belajar pula.
“Farris, kiss kak Farhana. Bangun makan.” Pinta Fauzana kepada adiknya.
“Cupp cupp.” Pipi tembam Farhana dikucup lembut oleh Farris apabila Fauzana mendekatkan wajah si kecil ke arah wajah polos adik perempuannya.
“Hmm..” Farhana merengeh kecil apabila tidurnya diganggu sebelum kelopak matanya dibuka perlahan-lahan.
“Akak…” Suara Farris kedengaran menyambut si kakak.
“Farris kacau kak Farhana tidur? Nak kena cium nie.” Usik Farhana lalu mengucup adiknya yang berada dalam dukungan Fauzana bertalu-talu.
Si kecil ketawa riang apabila wajahnya dicium bertalu-talu oleh si kakak. Farris suka apabila diperlakukan oleh Farhana seperti itu. Balasan kerana Farris mengucup Farhana ketika kakaknya tidur. Fawwas yang melalui bilik itu menjenguk bilik itu. Bilik yang dihiasi tawa riang si kecil menarik perhatiannya.
“Aa…bang.” Farris menyebut nama panggilan Fawwas apabila dia menyedari kelibatan Fawwas di muka pintu.
“Hai budak busyuk.” Fawwas membalas panggilan adiknya dengan nada mengusik.
“Arris takk usyuk. Aa..bang usyuk.” balas Farris kembali sambil mengayakan dirinya tak busuk dan menunjuk ke arah Fawwas yang dikatakan busuk.
“Oh, berani ya kata abang busyuk. Nak kena cium nie.” Kata Fawwas lagi. Pura-pura marah lalu mendekati Farris yang masih dalam dukungan Fauzana.
“Arhh, olong…. raks…sa..sa…. Ayi akak…” Jerit Farris lalu memeluk leher Fauzana erat.
Fauzana tersenyum bahagia melihat dan melayan telatah adik-adiknya. Bahagia saling mengusik antara satu sama lain dan ketawa bersama. Fauzana melayan telatah adik bongsunya. Dia berlari membawa si kecil keluar daripada bilik itu agar tidak tertangkap oleh raksasa Iman Fawwas. Fawwas yang melihat kakaknya melarikan diri bersama si adik segera mengejarnya.
“Kak Fauzana, soalan nie nak buat macam mana? Ikmal tak paham la.” Tanya seorang murid lelaki.
“Syaza pun tak paham juga.” Kata seorang murid perempuan lain.
“Soalan yang mana? Meh akak tengok.” Ujar Fauzana lalu memberikan tumpuan kepada dua orang murid itu.
Malam ini Fauzana tidak mengajar topik baru untuk menteenya memandangkan peperiksaan percubaan semakin dekat. Jadi, malam ini mereka melakukan aktiviti bebas. Sama ada mengulangkaji pelajaran mahupun menyelesaikan tugasan sekolah yang ada. Fauzana bukanlah menjadi tutor untuk murid sekolah rendah sahaja, ada juga kawan-kawan adiknya serta beberapa orang pelajar sekolah menengah yang diajar olehnya.
Walaupun dia hanya mempunyai 10 orang mentee untuk diajar, namun dia masih dapat menguruskan masa dengan baik. Perbezaan umur antara mentee kadang-kadang memberi bebanan kepada mentor kerana setiap topik dan silibus yang ingin diajarnya turut berbeza. Jadi, dia terpaksa membuat jadual yang sistematik dan teratur agar mentee-menteenya dapar belajar dengan baik.
Inilah salah satu kelebihan yang dimiliki oleh Fauzana yang menyebabkan banyak ibu bapa mula berminat untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar bersama dengannya. Masalah ibu bapa yang terpaksa bekerja sehingga malam menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan masa untuk mengajar atau membantu anak-anak mereka dalam pelajaran bersama menyebabkan ibu bapa ini mengambil alternatif untuk menghantar mereka ke sini. Fauzana tidak pernah menolak jauh sekali berkira soal wang kerana dia suka untuk berkongsi ilmu dengan orang.
“Oh, soalan nie senang sahaja. Ikmal dengan Syaza kena paham dan keluarkan satu per satu point yang dia sampaikan.” Ujar Fauzana tenang seusai membaca dan memahami soalan yang diajukan oleh dua orang murid itu.
Sehelai kertas A4 kosong yang disediakan dicapai. Satu batang pencil diambil untuk dicoretkan di atas kertas itu sambil setiap coretannya dijelaskan dengan ringkas dan mudah difahami. Teknik melakar dan bercakap dalam masa yang sama dapat meningkatkan proses pemahaman untuk kanak-kanak. Ini kerana mereka lebih nampak apa yang ingin disampaikan. Jadi mereka dapat memahaminya dengan lebih jelas dan mudah.
“Oh, macam tu. Senangnya.” Kata Ikmal apabila Fauzana selesai memberi penjelasan dan Ikmal mampu menyelesaikan soalan itu bersama Syaza.
“Betul. Nanti kalau exam, boleh buat macam nie juga ka?” Syaza bertanya pula.
“Boleh tak da masalah.” Ujar Fauzana lagi.
“Terima kasih kak.” Ucap Ikmal dan Syaza serentak sebelum mereka kembali ke posisi mereka masing-masing.
Amsyar kelihatan sibuk dengan timbunan fail yang dibawa pulang daripada office. Minggu hadapan dia ada meeting besar dengan sebuah perusahaan luarnegara namun proposal untuk meeting itu masih belum siap. Masih ada banyak kesalahan yang dia perlu betulkan sedangkan tugasan ini dia sudah amanahkan kepada manager syarikatnya 2 minggu yang lalu. Setiap digit yang tersusun di kertas bersaiz A4 ini diteliti dengan penuh hermat. Dia mahu kan projek kali ini mampu memberi kesan besar dan menaikkan image syarikatnya ke tahap international.
Namun disebabkan kesalahan demi kesalahan yang terdapat dalam proposal ini memberi tekanan kepadanya. Kesalahan yang dilakukan ini bukan perkara yang remeh kerana kesalahan digit yang tertera di proposal ini menentukan setiap kos yang perlu ditanggung oleh pihaknya sebagai sebuah syarikat. Kaca mata yang sentiasa menghiasi wajahnya ditanggalkan lalu secawan hot chocolate disisipnya perlahan. Menghilangkan sedikit bebanan dan tekanan yang dialaminya ketika ini.
Baru sahaja dia ingin mencapai telefon bimbitnya, telefonnya itu terlebih dahulu berdering nyaring menandakan ada satu panggilan masuk. Terpapar di muka skrin nama sahabatnya, Ammar Taakif. Amsyar tersenyum apabila nama itu yang muncul di skrin telefonnya.
‘Macam tahu-tahu ja aku nak call kau.’ desis hati kecil milik Amsyar.
Panggilan itu segera disambut. Satu suara menyapa ruang pendengarannya menambahkan lagi senyuman di wajahnya yang agak tegang seketika tadi akibat tugasan office.
“Assalamualaikum, bro.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Amsyar ringkas sambil bersandar di kerusi kerjannya.
“Tengah buat apa tu? Rindu aku tak?” Ammar memulakan pertanyaan di corong telefon.
“Rindu hotak kau. Kau ingat aku gay ke?” Balas Amsyar dengan tawa halus.
“Alaa kau nie. Aku maksudkan rindu seorang kawan. Bukannya seorang kekasih. Aku tahu laa aku single. Kau taken.”
“Hahahaha. Aku gurau je, bro.”
“Hahahah. Aku paham. Aku dah masak dah dengan perangai kau yang over tu.”
“Heeleh, mengata aku pula. Kau call aku nie kenapa?” Tanya Amsyar sambil bermain dengan pennya.
“Keluar jom.” Ajak Ammar dengan nada penuh semangat.
“Keluar? Kau nak belanja aku makan ke?” Tanya Amsyar kembali teruja.
“Belanja apanya. Kau tu dah kaya.” Balas Ammar kembali.
“Mana laa aku tahu. Kott kau buang tabiat malam nie.” Kata Amsyar lagi lalu mengetawakan sahabatnya.
“Tunggu aku nak mati nanti, aku belanja la kau.” Ujar Ammar bersahaja.
“Poyo je kau nie. Cakap ja la kau nie kedekut. Dengan aku, SAHABAT kau pun berkira.” Balas Amsyar sambil menekankan perkataan ‘Sahabat’.
“Alah, sentap pula.”
“Mana ada.”
“Jom laa keluar malam nie. Aku tahu kau tengah stress sekarang.” Pujuk Ammar.
Amsyar terkedu seketika. Bagaimana seorang sahabatnya boleh mengetahui keadaannya ketika ini sedangkan mereka bukan lah tinggal serumah atau seangkatannya. Dia teruja apabila sahabat yang jauh di matanya tahu akan keadaannya ketika ini. Timbul perasaan bahagia di dalam hatinya apabila ada yang mengambil berat tentang dirinya melebihi keluarga dan dirinya sendiri.
‘Perhh, macam mana mamat nie boleh tahu keadaan aku? Dia ada pasang cctv ke dekat dalam rumah aku nie?’ bicara hati kecil Amsyar lalu memerhati setiap genap ruang bilik kerjanya.
“Tak payah teruja sangat. Aku dah kenal kau dekat 15 tahun, Am. Aku dah masak dengan perangai work hard kau tu.” Kata Ammar lagi.
Amsyar terkejut dengan kata-kata sahabatnya. Dia berasa seperti diperhatikan saat ini. Sedangkan semua itu hanyalah andaiannya sahaja.
‘Mamat nie Nujum Pak Belalang ka?’ Hati kecilnya tertanya-tanya.
“Kau jangan kata aku Nujum Pak Belalang pula. Aku jauh 10 kali ganda hensem dari si Pak Belalang. Aku nie Mr. Handsome aka Ammar Taakif.”
“Kau nak ajak aku lepak mana malam nie?” Tanya Amsyar mengubah topik perbualan apabila dia sudah buntu memikirkan tentang Ammar yang seakan-akan dapat membaca fikirannya.
“Secret. Kau datang ja ambil aku dekat rumah sewa.”
“Bagitahu la bro.” Kata Amsyar seakan-akan merayu.
“Secret means secret. Kau lek ja. Aku gerenti kau suka punya.” Balas Ammar dengan penuh yakin.
“Okay la kalau macam tu. Aku bersiap sekarang. Lagi 30 minit aku sampai rumah sewa kau.” Jawab Amsyar menyerah.
“Cun. Apa-apa roger. Assalamualaikum….” Kata Ammar lalu mematikan talian tanpa sempat Amsyar menjawab salamnya.
‘Eh, mamat nie. Main letak ja. Tak sempat aku jawab salam.’ rungut Amsyar di dalam hati.
Amsyar melangkah ke arah bilik pakaiannya. Selepas pintu bilik pakaian itu dibuka, kelihatan deretan baju yang tersusun kemas dan rapi mengikut warna dan jenama masing-masing. Di ruangan bilik itu juga terdapat sebuah meja kaca sederhana besar yang tersusun di dalamnya deretan jam berjenama. Amsyar juga mempunyai dua buah almari sederhana yang disimpan koleksi kasut dan topi kegemaran dan berjenama di dalamnya. Dan terdapat juga sebuah almari lut sinar yang tersimpan di dalamnya kemeja dan kot kerjanya beserta tali leher yang sudah di iron rapi dan kemas.
Disebabkan dia sekadar ingin keluar lepak bersama sahabatnya di tempat yang belum diketahui, jadi dia bercadang untuk mengenakan pakaian yang santai dan simple. T-shirt jenama Gucci, jeans hitam dan kasut yang turut berjenama Gucci. Tidak dilupakan topi kegemarannya, keluaran Nike. Jam G-Shock yang terkenal di zaman sekolah dipakaikan di pergelangan tangannya. Selepas berpuas hati dengan penampilannya, Amsyar mencapai kunci kereta Mercedes nya lalu berjalan meninggalkan ruangan itu.
‘Handsome juga aku nie. Pakai simple pun handsome nak mampus.’ Puji Amsyar dalam hatinya sambil membetulkan sedikit cermin pandang belakang keretanya.
Disebabkan kereta ini sering dipandu oleh drivernya yang bertubuh kecil dan rendah daripadanya sekiranya dia ada meeting, jadi setiap kali dia ingin memandu kereta ini, dia perlu mengubah posisi kerusi di bahagian pemandu dan juga cermin pandang belakang dan sisi. Namun dia tidak keberatan dengan hal ini kerana dia amat berpuas hati dengan prestasi kerja drivernya yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebersihan kereta ini. Setiap bulan drivernya akan menghantar kereta ini ke bengkel untuk diservis dengan kos servis yang ditanggung oleh Amsyar 100%.
“Ping.. Ping…”
Hon dibunyikan memandangkan dia sudah sampai di hadapan rumah sewa sahabatnya. Rumah sewa sahabatnya ini hanya sebuah rumah teres dua tingkat yang didiami oleh sahabatnya dan beberapa orang kawan se universiti dengan Ammar. Ada sebahagian daripadanya Amsyar kenal dan ada juga yang tidak dikenalinya. Di garaj rumah ini juga hanya terdapat sebuah kereta Alza dan dua buah motorsikal. Amsyar ada juga mengajak Ammar untuk tinggal bersamanya di penthouse namun ditolak oleh sahabatnya.
“Aku tak nak tumpang kesenangan kau. Biarlah aku rasa susah sikit. Cukup la aku selalu bebankan kau untuk belanja aku makan.”
“Penthouse kau tu jauh dari universiti aku la.”
“Tak nak laa aku tinggal dengan kau. Nanti ramai yang minat aku sebab duduk sebumbung dengan CEO.”
“Aku tak nak. Nanti ramai awek yang datang dekat aku semata-mata nak number kau. Terciduk aku yang single nie.”
Banyak alasan yang dicipta oleh sahabatnya setiap kali dia mempelawa sahabatnya tinggal bersama. Sedangkan Amsyar sanggup mempelawa dirinya untuk menjadi driver kepada Ammar sekiranya Ammar ingin ke mana-mana. Segala kos ditanggung oleh Amsyar sepenuhnya. Ammar tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuknya.
“Am, aku kawan dengan kau bukan sebab kau kaya. Tapi aku kawan kau sebab diri kau. Diri seorang Amsyar Haziq.”
Tukk tukk. Cermin tingkap kereta Amsyar diketuk dari luar. Terpancul sekujur tubuh Ammar Taakif di sebelah pintu memandu. Amsyar segera menurunkan tingkap cerminnya.
“Masuk laa. Pintu tak lock pun.” Kata Amsyar kepada Ammar apabila sahabatnya hanya berdiri di situ sedangkan pintu sudah di unlock.
“Kau turun. Biar aku driver.” Balas Ammar bersahaja lalu membuka pintu pemandu untuk Amsyar.
“Kau biar betul? Biar aku driver ja la.”
“No no. Malam nie offer special servis untuk kau. Biar aku ja driver ke destinasi ‘Rahsia’.” Kata Ammar lagi lalu menarik Amsyar keluar dari keretanya.
“Adoi, macam-macam laa kau malam nie.”
Ammar memulakan pemanduan seusai selamat duduk di kerusi penumpang di sebelahnya dengan dipasang kemas seat belt. Terlakar senyuman di wajah Ammar menghadirkan 1001 andaian di fikiran Amsyar yang memerhatinya di sebelah.
“Alaa, kau jangan laa pandang aku macam tu. Kereta Mercedes kau tak rosak punya kalau aku drive.” Ammar memula bicara apabila Amsyar tidak henti-henti memandang ke arahnya.
“Aku pelik.” Balas Amsyar pendek.
“Pelik apanya?” Tanya Ammar sambil memandang ke arah sahabatnya sekilas.
“Kau.”
“Asal dengan aku pula?” Tanya Ammar lagi dengan perasaan hairan.
Tanpa membalas pertanyaan Ammar, mulut Amsyar mula berkumat-kumit seperti membaca sesuatu. Tindakan Amsyar yang diam tanpa menjawab pertanyaan Ammar menimbulkan kehairanan kepada Ammar yang menanti jawapannya. Ammar lantas memandang ke arah Amsyar sekilas.
“Woi, asal kau diam? Aku tanya kan.” Tanya Ammar lagi.
Namun pertanyaan Ammar dibiarkan sepi lagi oleh Amsyar. Ammar yang sedang memandu mula cuak dengan kelakuan sahabatnya. Tiba-tiba sesuatu menyentuh kulit pipinya. Pipinya terasa sengal-sengal. Ammar dengan pantas bertindakbalas, segera memalingkan pandangan dan menghentikan pemanduan di tepi jalan.
“Woi, asal kau tampar aku? Sakit dohh.” Tanya Ammar dengan nada yang agak tinggi.
“Sakit ka?” Tanya Amsyar kembali tanpa reaksi.
“Sakit laa. Kau tampar aku macam kau tengah spike time kita main volleyball.” Balas Ammar dengan nada tidak puas hati sambil mengosok pipinya yang baru dihadiahkan tamparan oleh Amsyar.
“Oh, jadi nie betul laa Ammar Taakif, sahabat aku.” Jawab Amsyar tidak bersalah.
“Memang betul la. Nie aku Ammar Taakif, sahabat kau dari zaman sekolah menengah.” Jawab Ammar dengan perasaan geram.
“Aku ingatkan hantu tadi. Pelik sangat kau malam nie. Tak macam selalu, Ammar Taakif yang aku kenal.”
“Banyak la kau punya hantu.”
Ammar meneruskan pemanduannya selepas berdebat panjang dengan Amsyar yang menyangka dirinya hantu. Teruk betul imaginasi Amsyar terhadapnya. Wajahnya yang kacak ala-ala Kim Jun Myeon, leader group K-POP, EXO yang berjaya memukau dunia ini disangka hantu oleh sahabatnya. Kesian.
“Kau nak bawa aku lepak mana nie?” Tanya Amsyar buat sekian kalinya.
“Kau tunggu ja la.”
“Bosan la kau nie.” Rungut Amsyar apabila Ammar tidak memberi jawapan yang dia inginkan.
Ammar hanya tersenyum melihat sikap Amsyar. Merajuk. Jangan disangka jejaka idaman anak gadis Malaysia ini tidak pandai merajuk. Sekali dia merajuk hilang habis gaya romeo nya. Merajuk persis anak kecil yang inginkan gula-gula.
“Lambat lagi ka nak sampai?”
“Five minutes.” Jawab Ammar ringkas.
Terdengar keluhan daripada Amsyar. Ammar hanya membiarkan sahaja sahabatnya berperang dengan perasaan. Dia tahu setibanya mereka di destinasi yang dituju, Amsyar pasti akan melakarkan senyum sehingga ke telinga. Gerenti 100%. Seperti yang dikatakan Ammar sebentar tadi, lima minit kemudian mereka tiba di destinasi.
Ammar mematikan enjin kereta seusai dia selesai memarking kereta di parking lot yang kosong. Amsyar kelihatan tercengang melihat bangunan di hadapannya namun bibirnya tidak berhenti tersenyum. Senyum sehingga ke telinga. Ammar turut tersenyum melihat reaksi daripada sahabatnya.
“Wey, kau biar betul. Tak kan kita lepak dekat Arena Sport nie?” Tanya Amsyar tanpa memandang ke arah Ammar. Matanya masih terpaku dengan bangunan yang dilihat di hadapannya ini.
“Betul laa. Aku tahu kau rindu nak main volleyball. Lagi-lagi bila kau tengah stress.” Jawab Ammar lalu menepuk tubuh tegap sahabatnya.
“Tapi baju kita tak sesuai kott.” Adu Amsyar lalu menilik pemakaiannya.
“Kau ja kott. Aku ok ja.” Balas Ammar lalu menunjuk penampilannya yang serba lengkap dengan pakaian sukan.
“Alaa, tak aci arr macam nie. Kau tak bagitahu aku.” Kata Amsyar dengan nada tak puas hati.
“Aci dekat India.” Balas Ammar lalu berjalan masuk ke bangunan Arena Sport meninggalkan Amsyar yang broken dengan penampilannya.
Amsyar yang broken dengan pemakaiannya mengeluarkan mask berwarna hitam lalu dipakainya. Topi jenama Nike dibetulkan agar terletak elok di atas kepalanya dia dengan bersahajanya masuk ke Arena Sport itu. Untung sahaja dia hanya mengenakan T-shirt bukan kemeja. Langkahnya diatur mengikuti langkah Ammar yang sudah meninggalnya jauh ke belakang.
“Assalamualaikum, bro. Lama tak jumpa.” Sapa seorang lelaki berbaju serba kelabu seusai kelibatan Amsyar menghampiri mereka di bangku rehat.
“Waalaikumussalam. Aku busy sikit dengan kerja.” Jawab Amsyar bersalaman sesama temannya di situ.
“Alaa macam laa kau tak kenal perangai workholic member sorang nie.” Kata Ammar kepada teman-temannya.
Teman-teman mereka hanya tersenyum mendengar kata-kata daripada Ammar itu. Ada juga yang turut ketawa kecil dengan kata-kata daripada sahabat baik Amsyar itu. Mereka saling bertukar-tukar cerita antara satu sama lain memandangkan masing-masing ada destinasi yang ingin dituju. Banyak juga kenangan di zaman sekolah mereka imbaukan kembali hingga mencetuskan tawa besar sehingga menarik perhatian orang di sekeliling mereka.
“Eh, kejap. Macam mana kita nak main? Kau dengan baju smart nie.” Kata salah seorang teman Amsyar yang dikenali sebagai Bob.
“Haa laa. Asal kau pakai smart macam nie? Macam nak keluar date dengan awek ja.” Teman yang lain menyambung.
“Awek apanya. Mamat tiga suku nie yang berahsia dengan aku. Ajak lepak konon.” Balas Amsyar dengan nada tidak puas hati yang masih tersimpan di hatinya.
“Hahaha, patut laa. Ada orang prank kau laa nie.”
Amsyar yang masih tersimpan perasaan tidak puas hati terhadap sahabat baiknya, Ammar mendekari Ammar. Lalu tubuh si sahabat ditumbuh olehnya perlahan. Sekadar melepaskan ketidakpuashatian dalam dirinya.
“Haa, kau pulak Ammar. Asal merah-merah pipi kau tu?”
“Kenapa lempang dengan awek ka?”
“Ammar ada awek ka?”
Teman-teman mula beralih topik kepada Ammar. Pipinya yang masih kemerah-merahan akibat kejadian dalam kereta semasa ingin menuju ke Arena Sport ini. Wajahnya yang putih bersih seperti orang Korea menyebabkan wajahnya cepat kemerah-merahan sekirannya terlalu panas, merasa kesakitan sebagainya. Walaupun memilik wajah yang kacak seperti idol K-POP namun dia masih belum bertemu dengan seseorang yang mampu menakluki jiwa dan raganya.
“Ada orang kata aku hantu.” Kata Ammar juga tidak puas hati sambil mengusap lembut pipinya masih kemerahan dan sedikit sengal-sengal akibat tamparan Amsyar tadi.
“Hantu? Muka handsome macam artis Korea nie dia cakap hantu? Hahahah. Siapa laa yang buta mata tu?”
Tanpa menunggu panjang Ammar menunjuk ke arah Amsyar. Amsyar hanya mampu mempamerkan senyum sumbingnya. Tahu laa teman-temannya bahawa Amsyar punya pipi Ammar kemerahan.
“So, kira fair laa nie. Ammar prank kau. Kau pula hadiah Ammar lempang.”
“Fair apanya, aku dah spare baju untuk dia.” Balas Ammar lagi lalu membaling beg sandangnya yang terdapat sepasang sport suit.
“Lah, asal kau tak bagai awal-awal.” Kata Amsyar dengan perasaan bersalah apabila dia mendapati ada sepasang sport suit di dalam beg sandang sahabatnya.
“Aku nak surprised kan kau. Tak tahu pula aku yang di surprised kan.”
“Kan dah merasa lempang free dari aku. Sorry bro.” Kata Amsyar lalu memohon maaf kepada Ammar.
“No hal laa. Kau pergi laa tukar baju cepat. Lambat kau jadi refre ja nanti.”
