Friday, 24 September 2021

Utusan Cinta Abadi (BAB 1)




Anna Hikari. Seorang gadis comel yang bermata bulat. Wajahnya yang tembam bertambah seri comel apabila diserikan dengan dua lesung pipit di pipinya. Walaupun sudah berusia 25 tahun namun kerana rupa paras baby face menyebabkan ramai yang menganggapnya masih pelajar sekolah. Memiliki darah kacukan Malaysia-Jepun menyebabkan Anna Hikari selalu menjadi bualan. Namun kerana sudah masak dengan situasi ini, Anna Hikari pekakkan telinganya. 

Sepanjang hidupnya, Anna Hikari belum pernah mengetahui siapa sebenarnya ayah kandungnya. Menurut Oji-chan (datuk), ayah kandungnya merupakan orang Malaysia yang berkerja di Jepun namun kerana perkhawinan antara ayah dan ibunya tidak direstui, maka ayahnya meninggalkan ibunya yang ketika itu sedang mengandungkannya. 

Kerana perasaan sayang terhadap ibu, Oji-chan (datuk) dan Oba-chan (nenek) meminta agar ayah melepaskan ibu demi kebaikan masing-masing. Dan semenjak lafaz talak diungkapkan, ayah tidak lagi berhubung dengan keluarga ibu di Jepun.

"Nana-san!" Satu suara tua kedengaran memanggil lembut namanya.
"Doshite Oba-chan? (Kenapa nenek?" Tanya Anna Hikari lalu menghampiri Oba-chan yang sedang duduk di katilnya.
"Anata no okasan ga saru mae ni, anata no okasan wa kono tegami o nokoshimashita. (Sebelum ibu kamu pergi, ibu kamu tinggalkan surat ini.)" Kata Oba-chan sambil menghulurkan sepucuk surat yang masih terlipat kemas di dalam sampul.
"Nani no tegami? (Surat apa?)" Tanya Anna Hikari kembali lalu menyambut huluran Oba-chan.

Sampul berwarna coklat itu dibuka dengan berhati-hati lalu sekeping kertas berukiran yang terlipat kemas dikeluarkan. Perlahan-lahan lipatan itu dibuka lalu dibaca oleh Anna Hikari. Isi surat itu ditulis dalam bahasa melayu.


Buat puteri ku cinta,

Mungkin saat kamu membaca surat ini, ibu sudah meninggalkan kamu serta datuk dan nenek. Malah mungkin ibu bukan lagi berada di bumi Jepun. Maafkan ibu kerana meninggalkan kamu. Jagakan datuk dan nenek untuk ibu. Ibu akan kembali suatu hari nanti.

Di sini ibu sertakan foto pernikahan ibu dan ayah kamu untuk kenanganmu sepanjang ketiadaan ibu di sisi kamu. Ibu akan sentiasa menyayangi dan merindui kamu. Sayang anak ibu, Anna Hikari.


Salam sayang,
Akira Hinata


Surat itu kembali dilipat lalu dimasukkan ke dalam sampulnya. Wajah Oba-chan di hadapan ditatap dengan mata berkaca. Anna Hikari rindu ibunya. Ibu yang belum pernah dilihatnya. Sejak Anna Hikari masih bayi, ibunya sudah meninggalkannya bersendirian. Sepanjang 25 tahun, dia hanya ditemani oleh Ojichan dan Oba-chan.

"Nana-chan?" Tanya Oba-chan apabila menyedari Anna Hikari berdiam diri seusai membaca surat itu.
"Oba-chan, Malaysia ni ikitaidesu. (Nenek, saya nak ke Malaysia.)" 
"Nani? (Apa?)"


Tepat jam 10.30 malam waktu Malaysia, Anna Hikari tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Dan suasana di lapagan itu kelihatan agak sesak dengan orang ramai walaupun hampir tengah malam. Anna Hikari segera berjalan keluar daripada lapangan itu memandangkan matanya sudah mula layu akibat menahan mengantuk. 


Sepanjang perjalanan di atas pesawat, Anna Hikari tidak dapat berehat dengan tenang kerana partner tempat duduknya adalah seorang wanita beranak kecil. Dan wanita itu merupakan pertama kali menaiki pesawat dan pertama kali bersama bayi. Jadi kerana situasi yang tidak terjangka, Anna Hikari menghulur bantuan untuk menjaga bayi wanita itu sementara wanita itu membiasakan diri di pesawat dan berehat akibat mabuk pesawat. Untung saja bayi yang dijaganya tidak meragam. Hanya sesekali menangis apabila tidurnya diganggu.


"Excuse me, can i know where the nearest hotel that can i stay?" Anna Hikari bertanya dengan loghat English British kepada seorang petugas perempuan di kaunter pertanyaan di lapangan itu.

"There are two hotels near this airport. The first one is Hotel Elite Star. You can take 15 minutes from here while the other hotel, Hotel Green Hill. You need around 20 until 30 minutes from here by taxi." Balas petugas perempuan itu dengan ramah.

"Thank you so much for helping me." Ucap Anna Hikari sebelum melangkah meninggalkan kaunter itu bersama bagasinya.


Seperti yang dikatakan oleh petugas itu, lebih kurang 15 minit kemudian, Anna Hikari tiba di sebuah hotel yang diterangi dengan lampu-lampu berwarna-warni. Suasana di sekitar hotel itu kelihatan tenang, hanya beberapa orang kelihatan keluar masuk hotel itu.


"Berapa pakcik?" Tanya Anna Hikari dengan bahasa melayu yang fasih.

"25 ringgit, cik." Jawab pemandu teksi itu.


Not bernilai RM50 dikeluarkan Anna Hikari daripada tas tangannya. Lalu tanpa melengah not itu diserahkan kepada pemandu yang berusia lebih kurang 40 an.


"Baki pakcik boleh simpan." Kata Anna Hikari lalu segera membuka pintu untuk keluar.


Anna Hikari membetulkan jaket di tubuhnya sebelum langkahnya diatur menghampiri pintu utama hotel itu. tersergam gah perkataan 'Elite Star' di hadapan hotel itu. Anna Hikari disambut baik oleh seorang petugas di situ sebelum bagasinya dibawa oleh petugas itu.


"Cik boleh check in dekat kaunter ni." Kata petugas lelaki yang menyambutnya itu.

"Ini kad bilik cik. Cik dah boleh check in sekarang di tingkat 4."

"Terima kasih."

"Maaf tak dapat nak bawa bagasi cik sampai ke bilik. Ada emergency." Kata petugas lelaki tadi.

"It's okay. I can handle it. Thanks again for helping me."



Anna Hikari segera menuju ke biliknya di tingkat 4. Sesampai di muka pintu bernomber 2001, dia menolak pintu utama itu sebelum langkahnya diatur masuk ke bilik itu. Kerana dirinya belum biasa dengan keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas hatta di waktu malam, Anna Hikari tanpa berfikir panjang segera menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. 


Katil queen yang tersedia di bilik itu seakan-akan sudah memanggilnya untuk berbaring di situ. Jadi Anna Hikari ingin segera mandi lalu merehatkan tubuhnya. Air pancuran di kamar mandi itu dibuka. air yang mengalir membasahi tubuhnya. Tubuhnya kembali segar apabila dibasahi air.


Usai mengenakan baju tidur, telefon pintarnya segera dicapai. Anna Hikari perlu membuat panggilan jarak jauh. Pasti Oji-chan dan Oba-chan sedang menanti panggilannya. Seketika kemudian, panggilannya disambut. Kedengaran suara Oba-chan di corong telefon itu.


Mereka berbual-bual mesra. Sekali-sekala suara Oji-chan kedengaran menyakat Oba-chan yang mengadu rindukan Anna Hikari. Sedangkan mereka baru berpisah tidak kurang 24 jam. Hampir 30 minit mereka berbual di corong telefon itu sebelum panggilan ditamatkan.


"Selamat pagi cik. Dah nak check out ke?" Tanya petugas yang menjaga kaunter semalam.

"Selamat pagi. Lepas sarapan baru saya check out." Jawab Anna Hikari ramah.

"Cantik laa kulit muka cik. Cik pakai produk apa? Tak nak share dengan saya ke?" Tanya petugas bername tag 'Ayu' itu lagi.

"Saya tak pakai produk."

"Cik asal mana?" Tanya Ayu lagi ingin tahu.

"Onikawa village." Balas Anna Hikari ringkas.

"Ouhh. Ada ke nama tempat tu? Tak pernah dengar. Dekat mana tu?"

"Jepun."

"Eh, cik nie orang Jepun ke?" Tanya Ayu lagi dengan riak wajah terkejut.

"Yes. I am Malaysian-Japanese."


Usai menjamu hidangan sarapan di restauran yang terdapat di hotel ini, Anna Hikari kembali ke kaunter untuk urusan check out. Dan sekembalinya dia di kaunter itu, dia bertemu lagi dengan Ayu, si gadis go-lucky.


"Cik Anna dah nak check out?" 

IMAN


Dunia semakin hampir dengan kebinasaan. Semakin hari, semakin banyak kemungkuran yang dilakukan oleh manusia sesama sendiri. Inilah apa yang dikatakan dalam kata-kata di atas. Andai lidah mampu kita pelihara dengan baik daripada berkata perkara buruk maka yakinlah bahawa kamu memiliki iman yang kuat yang dibelum terdapat pada orang lain.





 

Sunday, 19 September 2021

BAB 4

Amsyar mengeluarkan kamera Canon EOS Rebel T7i yang dibelinya beberapa tahun yang dahulu. Banyak kenangan yang dimilik bersama kamera berjenama ini. Kamera ini juga yang merakamkan setiap moment indahnya saat bergelar mahasiswa di University Asia International. Walaupun dia menceburi bidang Business Management di universiti antarabangsa itu namun dia turut menceburi diri dalam bidang photographer di waktu lapangnya.

 

Seawal usia 25 tahun, dia mempunyai double degree daripada bidang yang berbeza di universiti yang sama. Sepanjang keberadaannya di universiti itu banyak bakat yang tidak diminati dan dimiliki. Namun semua bakat itu menjadi kelebihan baginya sehingga dia digelar ‘Mr Perfect’ di universiti. Bakat photographer juga merupakan bakat yang baru dia temui dalam dirinya ketika berada di universiti.

 

“Cantiknya view gunung dekat sini. Boleh buat content baru dekat blog.” Kata Amsyar kepada dirinya sendiri.

 

Amsyar mengunakan kaedah konsep ‘Rule of Third’ untuk menghasilkan gambar yang cantik. Kaedah ini merupakan salah satu paling asa dalam photography. Dalam bahasa mudah, ini adalah kaedah ‘Teknik Susunan Elemen Visual’ atau ‘Komposisi Imej’. Fokus utama kaedah ini ialah keseimbangan visual yang menarik pada pandangan mata. Penggunaan 9 petak yang biasa terdapat dalam kamera dapat membantu membahagikan imej sekaligus memudahkan untuk menghasilkan gambar yang baik dengan ketepatan yang betul.

 

Menurut panduan yang dikongsikan oleh photographer, cara yang terbaik utuk menghasilkan gambar yang baik ialah tidak meletakkan subjek di tengah-tengah sekirannya gambar yang ingin kita hasilkan bukan gambar close-up portrait atau dikenali sebagai potret berjarak dekat. Sebagai contoh, photographer boleh menetapkan kedudukan subjek sama di dalam barisan grid tepi sebelah kanan atau kiri dengan memastikan kedudukan frame (horizon) adalah lurus.

 

 

Beberapa telah dirakam oleh kameranya sebelum Amsyar meneruskan perjalanannya menikmati pemandangan taman ini. Banyak view menarik yang menjadi fokus kameranya sepanjang perjalanannya.

 

Amsyar turut tidak ketinggalan menghasilkan view dengan menggunakan kaedah ‘Close-up’. Kaedah ini digunakan apabila dia tidak pasti kedudukan yang terbaik untuk view tersebut. Kaedah ini lebih random kerana setiap side akan digunakan. Bermula dengan wide shot, mid-range dan close-up.

 

“Hi, can you take a picture for us?” Seorang lelaki berhoodie mendekati Amsyar bertanya.

“Sure.” Balas Amsyar ringkas lalu menyambut huluran si lelaki.

 

Lelaki yang berkulit sawo matang itu mendekati seorang perempuan. Perempuan itu kelihatan sarat mengandung memandangkan baby bump kelihatan semakin membesar. Mungkin kandungannya sudah lapan bulan ke atas.

 

“Wow, it was amazing. So beautiful.” Lelaki tadi memuji apabila telefon bimbitnya dikembalikan oleh Amsyar.

“Ya, you and your partner like a model. So the picture looked so prefect.” Balas Amsyar dengan senyuman.

“Honey, look this. It was beautiful, right?” Lelaki itu menunjukkan telefonnya kepada partnernya untuk menanyakan pandangan.

“Omo, kawai. I love it.” Balas wanita itu pula.

“Are you a professional photographer?”

“No. I just like to be photographer but not professional photographer.”

“You have excellent talents in photography.” Puji pasangan itu lagi.

 

Amsyar hanya mampu membalas pujian mereka dengan senyuman. Seketika kemudian, kelihatan si wanita membisikkan sesuatu. Bisikan yang tak dapat didengari oleh Amsyar yang sememangnya tidak suka mencuping.

 

“Excuse me. Can I invite you to be my photographer next time?”

“Yes?”

“My wife like the picture that you take. She said it so perfect. So we want to offer you to be our photographer.”

“Our first baby will be born next month. So my husband and I want to make a party to our baby. Can you be the photographer to us for the party?” Si wanita berkata pula.

“I am not really sure if I free that time. Because I have full time job. But can I have you contact number? If I free I can contact you guys.” Ujar Amsyar sambil memandang ke arah pasangan itu silih ganti.

“Oh, sure. This is my card. Can I have your card too?” Lelaki itu bertanya kembali sambil menghulurkan contact card nya kepada Amsyar.

 

Amsyar mengeluarkan dompetnya daripada Maxi Saddle Bag berjenama Dior. Contact card nya diambil lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Mereka saling bertukar contact card sebelum masing-masing meminta diri. Contact card milik lelaki yang bernama Michael itu disimpan di dalam begnya.

 

Amsyar kembali ke keretanya. Dia sudah puas meluangkan waktu paginya mengelilingi taman rekreasi ini. Perutnya mula mendendangkan lagu hiphot memandangkan pagi ini dia hanya menjamah sekeping roti sebagai alas perut. Jadi dia bercadang untuk mencari tempat untuk menikmati lunch nya sebelum memandu ke destinasi seterusnya.

  

Telefon berjenama Iphone 12 Pro Max yang nilainya hampir mencecah RM5000. Iphone ini mempunyai A14 Bionic rockets yag melepasi setiap cip telefon pintar yang lain. Sistem kamera Pro yang terdapat dalam Iphone terbaru ini dapat menghasilkan low-light photography ke tahap yang lebih memberangsangkan. Dan Ceramic Shield dapat menghasilkan prestasi empat kali lebih baik daripada sebelumnya.

 

“Nak makan dekat mana ya? Aku tak familiar laa dengan tempat nie.”

“Google je la.” Amsyar berbicara.

‘Parking laa kereta dulu. Nanti fikirkan la. Kan tak pasal-pasal bercuti di hospital.’  Hati Amsyar mengeluarkan saranan.

 

Akhirnya Amsyar membuat pilihan untuk mencari tempat parking kereta dahulu. Dia bercadang untuk berjalan-jalan mencari restaurant yang menarik perhatiannya sambil-sambil dapat mengisi masanya dengan memorter sebanyak mungkin gambar dengan kamera canggihnya.

 

Langkahnya diatur tanpa mengetahui arah tuju. Amsyar hanya mengikut gerak dan firasat hati dalam setiap langkahnya. Sepanjang penjalanan itu, banyak gelagat kanak-kanak yang menjadi tumpuan kameranya. Ada yang ketawa riang bersama keluarganya di dataran air pancuran dan ada juga yang menangis hiba di situ.

 

Kaki Amsyar tiba-tiba terpaku di sebuah bangunan. Bangunan yang berhadapan dengan dataran itu yang mempunyai rekabentuk yang luarbiasa. Lain daripada bangunan yang terdapat di situ. Matanya tertumpu paada suatu objek dan tanpa berlengah satu gambar diambil. Dia turut mengatur langkah memasuki bangunan serba unik itu.

 

“Selamat datang.” Ucap staff yang menjaga di pintu masuk bangunan itu.

 

Amsyar hanya menunduk untuk membalas sapaan staff tersebut. Bangunan ini merupakan sebuah kedai alatan sukan dan kedai ini merupakan cawangan yang baru dibuka. Susun atur dalam bangunan ini juga luarbiasa. Kemas dan rapi. Amsyar memerhati setiap genap ruangan ini. Lengkap dengan kepeluan sukan. Baju jersey, sport shoes dan beberapa peralatan sukan lain yang disusun mengikut kategori masing-masing. Sangat selesa dan bersih.

 

“Kasut mana yang sesuai dengan Fawwas dan Farhana ya?”

“Yang nie okay ke? Tapi yang nie design dia cantik.”

“Farris, which one you will choose?”

 

Kedengaran seorang wanita yang mendukung kanak-kanak lelaki lingkungan tiga tahun sedang berbicara sendirian. Membuat pilihan kasut sukan yang diingininya. Amsyar hanya memandang belakang tubuh wanita itu lalu berjalan melintasinya menuju ke ruangan baju sukan.

 

 

 

Bagi memenuhi keinginan Farhana, Fauzana bercadang untuk ke bandar. Ada beberapa keperluan adik-adiknya yang perlu dibeli di bandar. Jadi, usai melangsaikan urusan rumah dan berehat seketika, Fauzana segera bersiap untuk keluar ke bandar. Dia menyiapkan Farris terlebih dahulu sebelum dirinya. Si adik dimandikan dan dipakaikan baju yang kemas.

 

“Farris, Yong nak mandi kejap tau. Farris tengok Didi and Friends dulu ya.” Ujar Fauzana lalu membuka laptopnya yang sudah tersimpan koleksi kartun kegemaran adiknya, Farris.

 

 Pada mulanya, dia ingin memberi si kecil itu telefon bimbitnya untuk menonton namun apabila difikirkan masak-masak kembali, lebih baik sekiranya dia tidak membiasakan adiknya dengan gajet canggih ini. Kebiasaan kanak-kanak dengan gajet canggih ini boleh membuatkan ketangihan dan memberi kesan yang negatif. Menurut pakar, teknologi canggih seperti smartphone ini boleh menghasilkan gelombang yang akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan sekiranya penggunaan gajet ini tidak dikawal dengan baik. Dan pada pandangan Fauzana sendiri, penggunaan komputer riba lebih baik kerana saiznya yang lebih besar daripada smartphone. Ini dapat mencegah daripada seseorang itu mengalami masalah penglihatan mata kerana tertumpu terlalu lama pada skrin gajet.

 

“Didi? Priends?” Balas Farris dengan Bahasa English nya yang agak memuaskan walaupun sebutannya tidaklah sefasih.

 

Fauzana membentangkan cadar kecil bersebelahan katil lalu Farris dibaringkan di atas cadar itu. Laptop yang sudah terpasang diletakkan di hadapan si kecil dengan jarak lebih kurang satu hasta. Satu hasta berasal daripada ukuran panjang di India pada zaman dahulu. Ukuran satu hasta diambil daripada panjang lengan bermula dari siku sehingga hujung jari tengah. Satu hasta lebih kurang 45 cm ukurannya.

 

Tuala di ampaian dicapai lalu bawa bersama pakaian salinannya menuju ke kamar mandi yangbersebelahan dengan biliknya. Pintu biliknya tidak ditutup agar adiknya tidak ditinggal bersendirian di bilik itu. Pintu kamar mandi juga tidak ditutup rapat agar dia boleh mendengar adiknya.

 

“Wah, segarnya. Hilang penat.” Fauzana berkata kepada dirinya sendiri usai disirami air pancuran.

 

Baju salinannya dicapai lalu segera dipakainya. Baru sahaja bajunya disarungkan di kepala, pintu kamar mandi itu ditolak daripada luar. Muncul satu tubuh kecil disebalik pintu itu. Tautan mata mereka bersatu. Terlakar sebuah senyuman di dua ular bibir merah Fauzana melihat adiknya. Di tangan si kecil kelihatan sebuah botol yang digengam dengan erat. Fauzana yang melihat adiknya itu segera mempercepatkan tindakannya. Tahulah dirinya bahawa si adik inginkan susu.

 

“Kejap ya, Farris. Yong nak pakai baju.” Kata Fauzana kepada si adik.

“Su..su?” Balas Farris sambil menghulur botol susunya yang sudah kosong.

“Eya. Nanti Yong buatkan susu baru untuk Farris. Farris pi masuk tengok Didi dulu.” Balas Fauzana kembali lalu menyambut huuran botol adiknya.

 

Tanpa berkata, Farris segera berlari kecil kembali ke bilik. Fauzana hanya memandang dari kejauhan tingkah adiknya yang comel itu. Usai lengkap berpakaian, botol susu adiknya dicapai. Langkahnya diatur menuju ke ruang dapur. Botol itu dicuci dengan bersih dan diletakan di bakul untuk dibiarkan kering sebelum dikembalikan di tempat simpanannya. Botol susu adiknya yang lain dicapai lalu serbuk susu dimasukkan ke dalam botol itu sebelum dituangkan sedit air panas dan air suam. Susu yang sudah dibancuh itu kemudian dibawa kepada Faris yang sedang khusyuk menonton kartun Didi and Friends yang menjadi animation yang trending kini di Malaysia terutamanya dalam golongan kanak-kanak.

 

Fauzana memimpin tangan kecil adiknya sambil melewati deretan bangunan megah di bandar ini. Untuk tiba di bandar yang dikelilingi bangunan pencakar langit ini, mereka lebih selesa dan gemar memilih pengangkutan awam seperti train. Kemudahan ini lebih selesa, menjimatkan dan dapat mengelak daripada pencemaran. Dengan menaiki train, mereka akan berhenti di perhentian kedua sebelum tiba di bandar.

 

Sepanjang perjalanan mereka banyak perkara yang diajarkan Fauzana kepada si kecil, Farris. Disebabkan masalah kesihatan yang diamali oleh Farris sejak kecil, Fauzana bertanggungjawab untuk memikul amanah ibu bapanya untuk sentiasa mendidik adik bongsunya biarpun terpaksa mengambil masa yang panjang dan penuh dengan kesabaran. Walaupun Farris agak ketakutan dikelilingi suasana yang baru dan dikunjungi ramai namun Fauzana tak jemu memberi tunjuk ajar kepada adiknya. Berkat kesungguhan dan kesabaran dirinya dan kedua adik kembarnya, kini Farris sudah mula serasi sedikit demi sedikit dengan suasana di khalayak ramai.

 

Fauzana segera memasuki sebuah kedai. Kedai itu sudah menjadi pilihannya sejak pertama kali dia dibawa ke bandar setahun yang lalu oleh ibu saudaranya. Sejak terpilih sebagai salah seorang permain bola tampar sekolah, Maksu Mira sudah berjanji untuk membawanya ke bandar dan menghadiahkannya sepasang kasut sukan. Dan berkat bantuan ibu saudaranya juga, dia berjaya bermain dalam kondisi yang baik dan menjadi permain terbaik.

 

“Selamat datang.” Seorang pertugas perempuan menyapa Fauzana yang baru memasuki ruangan kedai itu dengan ramahnya.

 

Fauzana membalas sapaan si gadis dengan senyuman. Si adik sentiasa mengikuti langkah si kakak dengan hermat. Tanpa melengah Fauzana terus mengatur langkahnya menuju ke ruangan yang diingininya. Si adik yang tadinya setia berjalan di sampingnya kini berada dalam dukungan. Kelihatan Farris mula lelah berjalan memandangkan antibody nya belum kuat sepenuhnya seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.

 

Tubuh si kecil milik Iman Farris diusap dengan penuh kelembutan bagi menghilangkan penat si adik. Farris juga kelihatan bersandar lemah di dalam dukungan si kakak. Dia selesa berada pelukan dan dukungaan si kakak. Selain ibunya , Fauzana adalah satu-satunya kakak yang mampu menenangkan dan memberikan pelukan hangat sama seperti ibunya.

 

“Kasut mana yang sesuai dengan Fawwas dan Farhana ya?” Fauzana menilik-nilik kasut sukan yang terdapat di atas deretan rak yang cantik itu.

“Yang nie okay ke? Tapi yang nie design dia cantik.” Fauzana kembali berbicara sendirian sambil menepuk-nepuk lembut tubuh adiknya.

“Farris, which one you will choose?” Fauzana bertanya kepada Farris saat Farris memalingkan wajahnya menghadap deretan kasut itu.

 

Saat Fauzana berbual mesra dengan adiknya, kelibatan sekujur tubuh melintasi ruangan mereka. Wangian di tubuh jejaka misteri menusuk deria baunya. Bau wangian perfume mewah dari London yang dibuat khas oleh Syarikat Jo Malone. Fauzana amat familiar dengan wangian ini kerana dia pernah bekerja sampingan di kedai minyak wangi ketika usianya baru menginjak 16 tahun.

 

“Tapak kasut nie sesuai kan dengan player badminton? Court badminton sama dengan court volleyball kan?” Fauzana berbicara sendirian lalu mencapai sepasang kasut sukan yang berwarna biru.

 

Baru sahaja Fauzana ingin berjalan pergi meninggalkan ruangan itu, sepasang tangan menghalanginya. Sepasang kasut yang berada dalam tangannya kini bertukar tangan. Seorang lelaki mengambil kasut daripada tangannya lalu meletakkan kembali kasut itu di tempat asalnya. Fauzana mendongakkan wajahnya bagi melihat siapakah gerangan yang menghalangnya.

 

“Excuse me, why you are doing that to me?” Fauzana memulakan bicara sambil memandang tepat ke arah anak mata si gerangan.

 

Seorang lelaki yang berkaca mata hitam berdiri tepat di hadapannya. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan mask hitam. Namun daripada penampilan luaran lelaki misteri ini, dia seorang yang berduit atau lebih mudah difahami sebagai kaya. Daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kakinya semuanya dilengkapi dengan pakaian-pakaian yang berjenama dan harganya boleh mencecah ratusan ribu atau lebih keseluruhannya.

 

“This shoes not suitable for badminton player.” Jawab lelaki itu dengan bahasa English nya yang fasih ala-ala mat saleh.

“Ohh…” Ringkas Fauzana membalas respon lelaki itu.

 

Lelaki itu tanpa segan-silu melepaskan mask hitamnya. Mungkin mask itu agak menganggunya untuk berkomunikasi dengan baik. Saat mask itu dilepaskan terlakar dua lesung pipit yang manis di kedua-dua belah pipi putih lelaki itu. Wajahnya putih bersih tanpa sedikit pun kumis. Wajahnya seperti lelaki kiriman tuhan sehingga mampu memukau pandangan mata Fauzana tanpa disedari.

 

“Untuk pemilihan kasut sukan yang tepat, awak kena pastikan keadaan tempat untuk bermain dengan pergerakan dalam permainan tu.” Lelaki itu berkata lagi. Meemberi penerangan ringkas.

“Oh.”

 

Fauzana masih lagi terpaku. Dia terkejut apabila ada jejaka tampan yang menyapanya. Dan tanpa dipinta, lelaki misteri itu membantunya memilih kasut yang sesuai untuk Fawwas dan Farhana.

 

“Awak cari sport shoes for yourself?” lelaki itu bertanya lagi sambil memandang ke arah deretan kasut di hadapannya.

“Anniaa. That for my brother and sister.” Balas Fauzana lagi.

“Volleyball player?” Dia bertanya lagi sambil memandang tepat ke arah wajah Fauzana yang kian memerah bak tomato kerana masih malu berada di samping lelaki tampan ini.

“Badminton player.”

 

Tanpa disedari hubungan mereka kian akrab seperti sahabat yang sudah sekian lama berkenalan. Banyak yang lelaki itu berkongsi dengannya dan banyak ilmu baru yang Fauzana pelajari tentang peralatan sukan. Rupanya banyak yang perlu diperhatikan sepanjang pemilihan peralatan sukan bagi memastikan player dapat menggunakannya dalam kondisi yang baik dan dalam jangka masa yang panjang.

 

Usai mendapatkan keperluan adik-adiknya, Fauzana segera menuju ke kaunter pembayaran. Lelaki yang belum diketahui namanya itu turut menbantunya mendapatkan raket untuk adik kembarnya. Fauzana berhutang budi kepada jejaka kacak yang misteri ini kerana sudi menbantunya walupun tanpa dipinta.

 

“How about you get this and that?”

“Why must to get two different type of racket? The racket not same?” Fauzana kembali bertanya bertubi-tubi kepada lelaki itu.

“This racket is for a beginner and it suitable for training. But that racket is suitable to bring in the tournament and can support the player. The player did need to spend much energy by using that racket.” Lelaki itu memberi penerangan ringkas tapi jelas.

“Wow, there are a lot of information that I get today from you. You have a good knowledge about sport.” Fauzana memuji lelaki itu dengan nada yang perlahan memandangkan Farris sudah terlena nyenyak dalam dukungannya.

“Nothing.it just basic knowledge that I know. Nothing special.” Lelaki itu menafikan sambil ternsenyum kecil kepada Fauzana.

 

 

“Terima kasih. Sila datang lagi.” Staff yang bertugas sebagai penyambut pelanggan menyapa.

 

Fauzana yang berjalan beriringan dengan lelaki itu hanya mengangguk sebagai tanda merespon sapaan staff itu. Lelaki itu tanpa segan-silu juga menawarkan dirinya untuk membantu membawa beg kertas yang berisi kasut yang dibelikan sebentar tadi memandangkan Fauzana agak sukar membawanya kerana Farris masih dalam dukungannya. Tindakan lelaki itu yang prihatin atau gentleman itu telah menarik perhatian ramai pelanggan wanita dan staff wanita di situ. Fauzana hanya mampu menunduk malu apabila dia turut menjadi perhatian kerana dia ada di samping lelaki itu. Lelaki ini mampu mencuri perhatian ramai orang walaupun dia menyembunyikan wajahnya dengan mask hitam untuk tatapan umum.

 

“Thank you so much for helping me a lot today. Saya berhutang budi dengan awak.” Fauzana berkata kepada lelaki itu seusai mereka keluar daripada kedai itu.

“Welcome. It’s okay. Saya ikhlas tolong awak.”

“How about I treat you for lunch?” Fauzana berkata lagi. Mencadangkan idea untuk membalas jasa baik lelaki itu atas bantuannya.

“No need. I am not hungry yet.” Lelaki itu menolak ajakan Fauzana.

 

Namun tanpa dipinta sesuatu kedengaran. Grulp. Grulp. Nada yang agak familiar. Lelaki itu segera menyentuh perutnya. Ya, perutnya baru sahaja mengeluarkan irama menunjukan bahawa perutnya perlu diisi dengan sesuatu yang enak dan mengenyangkan dengan segera. Fauzana menyembunyikan tawanya dengan menutup bahagian mulutnya dengan belakang tangannya. Lelaki itu memalingkan wajahnya ke arah lain untuk menyembunyikan perasaan malunya sebentar tadi.

 

“You have a nice sound.” Fauzana sekadar mengusik lelaki itu perlahan.

“What?”

“Nothing.”

“Hmm, I think I can join you for lunch. Your treat, right?” Lelaki itu berkata kembali.

“Of course but…” Fauzana memandang ke arah wajah lelaki itu kembali.

“But?”

“Are you okay if we use public transport?” Fauzana bertanya sopan.

“Why?”

“I wanna treat you for a lunch in a special place but the place just a little bit far from here. So, the public transport is the best choice to save pocket money.” Jawab Fauzana perlahan. Malu.

“No a big deal. I can be your driver. I drive my car to here.” Lelaki itu membalas dengan nada yang bersahaja sambil menunjukkan kunci keretanya di hadapan Fauzana dengan tenang.

“Are you sure? Tak susahkan awak ke?” Tanya Fauzana ragu-ragu.

“Nope.”

“I will paid you, okay.”

“Not to worry. Just save your money because I am a food haunter.” Balasnya lagi dengan gurauan.

 

Tanpa menunggu balasan Fauzana, lelaki itu mengorak langkah meninggalkan Fauzana bersama barang milik Fauzana di tangannya. Fauzana hanya mampu menbuntuti langkah lelaki itu tanpa sepatah kata memandangkan dia tidak punya pilihan lain. Waktu sekarang sukar untuk mendapatkan public transport. Jadi mungkin idea lelaki itu pilihan terbaik.


 

BAB 3

 Sebelum kembali ke bilik tidur, Fauzana memeriksaan keadaan ruang dapur. Pingan mangku serta gelas minuman yang sudah bersih dicuci dicapai lalu disusun rapi dia rak yang tersedia. Menjadi kebiasaan untuk dirinya untuk memastikan keadaan rumah kemas dan bersih terutamanya di bahagian dapur. Dapur menjadi salah satu fokus utama kebersihannya kerana haiwan kotor seperti lipas dan tikus suka tempat seperti ini.

 

Usai memastikan keadaan ruang dapur bersih dan kemas, Fauzana melangkah meninggalkan ruangan itu selepas lampu dapur ditutup. Dalam perjalanan kembali ke biliknya, dia berhenti seketika di ruang tamu. Segenap ruang itu diterokanya. Dia memastikan setiap alatan elektrik ditutup dengan baik. Ini bagi mencegah berlakunya lintar pintas yang berkemungkinan besar akan menyebabkan kebakaran. Sekaligus dapat menjimatkan kos bil elektrik.

 

“Okay, settle. Pintu dan tingkap pun dah kunci. Let’s go to sleep now.” Kata Fauzana pada dirinya sendiri.

 

Fauzana kembali ke bilik tidur memandangkan jam di dinding sudah menunjukan waktu hampir larut malam. Tombol pintu bilik dibuka dengan perlahan dan berhati-hati tanpa sebarang bunyi agar tidak menganggu penghuni di dalam bilik itu. Kelihatan Farhana masih lagi belum tidur sedangkan esok masih hari persekolahan bukan hari cuti mingguan. Farhana sedang duduk di meja belajarnya yang tubuhnya membelakangi pandangan si kakak yang baru masuk ke bilik. Farris dilihat sudah lena diulit mimpi di atas katil. Fauzana melangkah dengan penuh berhati-hati mendekati si adik yang sedang khusyuk melakukan urusannya di meja belajar.

 

Rupa-rupanya si adik sedang khusyuk menelaah buku nota ulangkajinya dengan hanya disinari cahaya lampu meja. Farhana tidak memasang lampu bilik kerana adik lelakinya sedang tidur dan dia tidak mahu menganggu lena si adik yang kelihatan nyenyak.

 

“Farhana belum tidur lagi?” Tanya si kakak prihatin sambil membelai rambut ikal mayang milik satu-satunya adik perempuannya.

“Belum, Yong. Farhana nak sikit lagi. Esok cikgu ada buat test.” Jawab Farhana lalu mencatat sesuatu di dalam buku notanya yang penuh dengan coretan pen yang berwarna-warni.

“Cikgu buat test subjek apa?” Tanya Fauzana lagi sambil tangannya sibuk mengemas ruang bilik mereka.

“Sejarah.” Balas Farhana lagi pendek.

 

Fauzana yang melihat adiknya sibuk mengulangkaji hanya tersenyum. Adik-adiknya memang rajin belajar sama sepertinya suatu ketika dahulu. Tanpa menganggu si adik, Fauzana menuju ke satu sudut bilik. Di situ dia mencapai adik kembarnya lalu di iron kemas dan rapi sebelum digantung elok di dalam almari baju. Baju uiform kerjanya yang sudah bersih dicuci turut di iron dan digantung bersama baju seragam adik-adiknya.

 

Usai melangsaikan tugasan itu, Fauzana menatap jam yang tergantung di ruang dinding bilik. Jarum jam sudah menunjukan 11.45 malam. Pandangannya dialihkan pula kepada si adik. Si adik masih mengulangkaji di meja belajar. Namun waktu yang sudah kian menginjak tengah malam menyebabkan Fauzana bimbang dengan adiknya. Dia bimbang sekirannya adiknya tidak memiliki tidur yang cukup kerana mengulangkaji sehingga larut malam sedangkan adiknya masih perlu bangun di awal pagi untuk ke sekolah esok paginya. Fauzana segera mengorak langkah mendekati si adik.

 

“Farhana belum habis study lagi ke?” Tanya Fauzana sambil berdiri memandang ke arah adiknya.

“Belum. Ada beberpa topik yang Farhana belum cover.” Jawab Farhana sambil menguap kecil.

 

Fauzana hanya mendiam diri. Buku nota adiknya dibelek-belek cermat. Wajah tidak bermaya adiknya akibat mengantuk dipandangnya dengan penuh kasihan. Kesian adiknya penat. Buku adiknya ditutup olehnya.

 

“Dah laa tu. Cukup study untuk malam nie.” Kata Fauzana memberi arahan kepada Farhana yang masih memaksa dirinya untuk kembali mengulangkaji.

“But…”

 

Belum sempat Farhana menghabiskan ayatnya, si kakak memotong tanpa menunggu. Bicara si kakak mengunci bicara si adik.

 

“No more but. It is late now. Your body need to rest. If you still push yourself to stay until late night for studying, you just get 10% from what you study. Your brain became weak. So, the best to continue you study is in early morning. Early morning is the perfect time to study based on motivator’s talk.” Ujar Fauzana panjang lebar dengan pelat English British nya yang fasih dan lancar.

 

Farhana tanpa membantah mematuhi arahan si kakak yang ada benarnya. Dia bersyukur memiliki seorang kakak seperti Iman Fauzana yang sentiasa peka dengan keadaan ahli keluarga. Sehinggakan kadang-kadang si kakak lebih memahami dirinya melebihi dirinya sendiri. Inilah cinta dan kasih yang disemai dalam jiwa yang tak akan pernah terputus.

 

“Farhana pi gosok gigi and ambil wudu’ sebelum tidur. Meja biar Yong yang kemaskan.” Kata si kakak lagi lalu menolaknya keluar dari bilik untuk menuju ke kamar mandi.

“Okay.” balas Farhana ringkas. Patuh.

 

Tangan Fauzana kembali mengemas dengan menyusun atur buku-buku serta alatan tulis di atas meja. Keadaan meja belajar yang penuh dengan buku-buku nota adiknya dirapi olehnya dan dikembalikan ke tempat asalnya dengan baik. Usai memastikan meja sudah dirapikan, Fauzana naik ke ranjangnya dengan berhati-hati agar tindakannya tidak menganggu si kecil yang tertidur polos di tengah-tengah ruang katil bersaiz queen itu.

 

Sementara menanti Farhana kembali ke bilik untuk tidur, Fauzana mencapai telefon bimbitnya. Aplikasi Whatsapp dibuka. Terdapat beberapa mesej yang belum dibuka dan dibaca olehnya. 100++ mesej dari group ‘SJ CAFE’ masih belum dibacanya. Entah apa yang hangat dibahas dan dibincangkan oleh rakan kerjanya dalam group itu. Ruang perbualan group itu dibuka. Satu per satu mesej dibacanya. Dia lebih gemar menjadi pemerhati yang sentiasa membaca mesej-mesej rakannya tanpa membalas. Sehinggakan dia mendapat gelaran ‘Miss Cctv’ oleh rakan-rakannya.

 

-AZILA-

Guys, korang ingat tak mamat hensem yang datang cafe kita hari tu?

 

-MUNIRAH-

Mamat mana yang awak maksudkan nie, Azira? Ramai sangat mamat hensem yang datang cafe kita. Lagi-lagi kalau shift saya. Hehehehe.

 

-NAUFAL-

Werkk… awak nie suka perasan kan, Munirah.

 

-MUNIRAH-

Suka hati laa. Sibuk ja.

 

-SYIFA-

Mamat meja 10 ke awak maksud kan, Azira?

 

-AZIRA-

Haah.. mamat meja 10 tu.

 

-FATINI-

Mamat tu yang datang dengan Mercedes kan…. Wah, dah laa hensem, kaya pula tu. He is my taste.

 

-NAUFAL-

Asal kaya, hensem. Semua laki taste awak. Materialistik

 

-MUNIRAH-

Table tu Fauzana yang serve kan?

 

-LUQMAN-

Tak silap aku, betul laa Fauzana yang take order table tu..

 

Nama Fauzana mula menjadi sebutan rakan sekerjanya. Entah lelaki mana yang mereka maksudkan pun Fauzana tidak tahu. Dia hanya tahu yang dia ditugaskan untuk melayan pelanggan yang hadir di cafe itu. Bukan untuk mengumpul atau menyoal latar belakang si pelanggan. Mengetahui siapa pelanggan yang menjadi pelanggan di cafe tempat dia bekerja bukanlah terdapat dalam skop kerjanya seperti yang termateri di dalam kontrak.

 

-NAUFAL-

Kenapa awak tanya pasal mamat tu, Azira? Awak tangkap cintun ke dengan dia?

 

-AZIRA-

Merepek laa awak nie, Naufal. Saya kan dah ada awak. Hihihi.

 

-FATINI-

Halah halah, dua merpati sejoli nie buat drama sweet couple pula dalam group. Pm tepi laa kalau nak bercintan-cintun. Jangan buat dalam group. Meluat.

 

Baru sahaja Fauzana ingin menyambung membaca perbualan di ruangan group Whatsapp itu, tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Kelibatan Farhana muncul disebalik pintu itu. Rambutnya yang basah menambahkan seri dan ayu di wajah Farhana. Wajah yang tadinya tidak bermaya kini kembali seegar seusai air wudu’ membasahi wajahnya dan anggota wudu’ yang lain. Sudah menjadi amalan untuk mereka sekeluarga untuk berwudu’ sebelum tidur agar Allah melindungi dan memelihara mereka daripada gangguan syaitan.

 

“Yong belum tidur?” Ujar Farhana seusai pintu bilik ditutup dengan berhati-hati tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

“Yong tunggu Farhana masuk.” Jawab Fauzana lalu menghadiahkan senyum manis ke arah si adik.

 

Telefon bimbit diletakkan kembali di meja lampu yang terdapat di sebelah katilnya. Perbualan mesej yang masih belum dibaca olehnya diabaikan. Esok dia akan membacanya memandangkan esok dia cuti. Baru sahaja tangannya ingin menekan punat suis lampu tidur, Farhana bersuara lagi.

 

“Yong, esok Yong cuti kan. Tak kerja.” Tanya Farhana lalu membalikkan kedudukan pembaringannya menghadap si kakak.

“Haah. Yong cuti esok. Tak kerja.” Jawab Fauzana lalu memandang ke arah adiknya.

 

Selimut yang sudah lurut daripada tubuh si kecil, Farris yang tidur lena di antara mereka diperkemaskan oleh Fauzana. Tubuh si kecil diselimuti rapi supaya adiknya tidak diserang demam. Tubuh Farris yang lemah memerlukan penjagaan yang rapi kerana sejak dari kecil imunitasi tubuh Farris lemah.

 

“Kenapa Farhana?” Tanya Fauzana kembali apabila adiknya, Farhana hanya membisu tanpa sebarang bicara.

“Hmm… Boleh Farhana minta sesuatu daripada Yong?” Tanya Farhana kembali dengan nada teragak-agak. Takut barangkali.

“Farhana nak apa?”

 

 

*****

 

Amsyar memandang ruang biliknya. Suram. Kipas yang giat berpusing ditatapnya penuh bosan. Hari-harinya penuh dengan kegelapan dan membosankan. Namun sejak dia bertemu dengan insan bernama Ammar Taakif, hari-harinya mula terisi. Dia mula melihat warna-warni hidupnya di dunia ini. Tiga tahun hidupnya dianak tirikan oleh ayah kandungnya.

 

Bingkai gambar yang terdapat di meja lampunya dicapai. Satu pasangan bahagia tersenyum bahagia di bawah pohon rendang. Di tengah-tengah pasangan itu terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sedang asyik menikmati aiskrim tanpa menyedari wajahnya sudah comot dengan aiskrim. Kanak-kanak lelaki itu adalah Amsyar Haziq 20 tahun yang lalu. Seorang kanak-kanak yang tak pernah merasai sakitnya ditinggalkan. Namun kini yang tinggalkan hanyalah Amsyar Haziq yang derita atas kesakitan yang dialaminya sewaktu ketika dahulu.

 

Senyumnya terukir apabila mengenangkan saat bahagia itu. Mutiara berharga seorang lelaki gugur tanpa dipinta. Amsyar menangis kecil merindui moment bahagianya. Bahagia yang tak akan kembali buatnya. Hilang yang tiada galang ganti. Pergi buat selamanya tanpa dia relakan. Perit dan saki hanya dipendamnya sendiri. Dan kerana perasaan ini, kini dia menjadi Amsyar Haziq yang pendiam dan sombong.

 

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nada dering Iphone menyapa pendengarannya. Telefon bimbit yang berada disebalik bantalnya dicapai. Punat di swipe up untuk menyambung panggilan. Air mata yang membasahi pipinya dikesat kasar. Suaranya juga dibetulkan.

 

“Hello.” Sambut Amsyar denan nada sedikit garau kerana menangis.

“Assalamualaikum, bro.” Kedengaran suara Ammar dihujung talian.

“Waalaikumussalam.”

“Kau sihat?” Tanya Ammar.

“Sihat.”

 

Setiap pertanyaan Ammar hanya dibalas sepatah oleh Amsyar. Amsyar masih terbawa-bawa emosi sedihnya. Dia sukar untuk mengawal perasaan sedihnya yang memenuhi setiap genap jiwanya. Tambahan lagi apabila mengenangkan si ibu yang jauh di mata tapi masih untuh di kalbunya. Menurut pakar, di saat kita bersendirian tanpa meluahkan perasaan yang terpendam di dalam diri kepada seseorang, perasaan akan menguasai dan menyelubungi diri kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Dan seandainya keadaan ini berterusan seseorang akan mengalami gangguan mental atau lebih dikenali sebagai depression.

 

Berdasarkan article daripada Berita Harian Online (BH Online), hampir setengah juta rakyat Malaysia mengalami simptom depression. Di awal usia 14 tahun, separuh daripada masalah mental mula dikesan dan tiga per empat daripadanya pada pertengahan usia 20 an. Masalah depression ini juga berkait rapat dengan anxiety atau dalam bahasa mudah adalah masalah kebimbingan melampau.

 

“Asal nada kau macam tak okay ja? Kau ada mana sekarang, Am?” Tanya Ammar bertubi-tubi dengan penuh kerisauan tentang keadaan sahabat baiknya.

“Rumah.”

“Kau rindu ibu kau eaa?”

 

Amsyar tidak membalas pertanyaan Ammar. Sahabatnya itu sentiasa dapat mendengar dan membaca isi hatinya. Lagi-lagi apabila melibatkan perasaan di sudut hatinya yang terkurung sekian lamanya.

 

“Am, dalam dunia nie tak daa orang inginkan dirinya ditinggalkan. Lagi-lagi ditinggalkan oleh orang yang kita sayang. Tapi kau kena ingat setiap ujian itu ada hikmahnya.” Nasihat Ammar lembut dan berhemah.

“Tapi kenapa aku?” Tanya Amsyar dalam nada sedikit memberontak.

“Sebab Allah sayang kau.” Jawab Ammar ringkas.

 

Amsyar terdiam sekali lagi. Kata-kata Ammar sebentar tadi menghadirkan satu perasaan di hatinya. Gambar yang tergantung gah di hadapannya ditatap. Wajah ayu si ibu tersenyum manis ke arahnya. Seakan-akan ibunya ada di hadapannya sekarang.

 

“Aku cadangkan kau cuti ja esok. Fikiran kau perlukan rest. Macam tu juga badan kau. Kau stop think about office and enjoy your holiday. Keluar dari kesedihan kau tu. Bak kata Ralph Waldo Emerson, tidak ada yang boleh membawa kau kebahagian selain diri kau sendiri. So, esok aku nak kau keluar jalan-jalan. Tengok dunia luar yang tersedia untuk kau. Buat semua benda yang kau suka tanpa hiraukan orang. But make sure you not doing stupid things.” Kata Ammar panjang lebar beserta nasihat dan pesanan untuk si sahabat.

“Thank you, Ammar. Kau selalu ada untuk aku bila aku perlukan kau.” Ucap Amsyar dengan penuh perasaan terharu.

“Welcome. No hal laa, bro. Nie baru erti seorang sahabat. Bila sahabat dia perlukan dia, dia ada untuk sahabatnya itu walaupun satu hari nanti dia akan pergi.” Balas Ammar tenang.

 

 

Seperti yang disarankan oleh si sahabat, Amsyar segera menghubungi Personal Assistant nya untuk memaklumkan hal itu. Dia ingin mengambil cuti selama tiga hari. Dan sepanjang dia tidak ingin dihubungi oleh sesiapa terutamanya yang melibatkan urusan kerjanya di office. Dia ingin bersendirian sepanjang cutinya itu. Hanya orang tertentu sahaja yang biasa menghubunginya.

 

Amsyar keluar daripada bilik tidurnya lalu dengan langkah panjang dia segera menuju ke ruang kerjanya. Lampu di bilik kerjanya dibuka. Dengan sekelip mata, bilik yang tadinya gelap tanpa cahaya kini disinari cahaya lampu. Ruangan bilik yang cukup besar tapi memukau pandangan dengan tema dan design yang simple dan kombinasi warna yang neutral. Sangat membangkitkan semangat.

 

Ruang kerja ini hanya terdapat sebuah meja kerja, satu set sofa dan beberapa almari yang menempatkan koleksi yang dimiliki oleh CEO muda ini. Amsyar menghampiri meja kerjanya lalu suis on komputernya ditekan. Dia ingin membuat beberapa pencarian tentang aktiviti dan tempat yang dapat dikunjunginya bagi mengisi masa cutinya. Sudah lama dia tidak bercuti dalam tempoh yang panjang sendirian. Sebelum ini cutinya banyak dihabiskan dengan menemani si kekasih.

 

“Nak buat apa ja esok?” Tanya Amsyar kepada dirinya sendiri.

 

Jari-jarinya berlari-lari di atas papan kekunci namun dia masih belum sesuatu yang menarik untuk dilakukannya sepanjang cuti ini. Otaknya dikerahkan untuk berfikir sambil matanya sibuk melihat paparan di muka skrin komputernya. Satu pautan yang muncul dilayar skrin menarik perhatiannya.

 

“Yes, I got it.”

 

 

Pagi ini, usai mengalaskan perutnya dengan sekeping roti yang disapu Nuttela, Amsyar segera meninggalkan penthouse. Dia sudah tidak sabar untuk menghabiskan masanya di luar tanpa sebarang ganggu. Sebaik sahaja dia ingin menekan punat lift, pintu lift sudah terbuka untuknya. Paginya bermula dengan penuh lancar sebarang masalah. Ruangan parking lot di tingkat 10 di tuju memandangkan penthousenya terletak di tingkat 15.

 

Sesampai di ruangan parking, kereta Honda Civic merahnya dicari. Amsyar menghidupkan enjin keretanya sambil memasukkan nama lokasi yang ingin ditujunya di GPS yang terdapat di keretanya. Barang-barangnya juga sudah diletak elok dibonet kereta tadi sebelum dimasuk menghidupkan enjin kereta.

 

“Let’s go to my first destination.” Amsyar memulakan pemanduannya keluar daripada bangunan penthouse yang gah ini.

 

Berdasarkan GPS yang sudah disettingkan, dia akan sampai di destinasi dalam tempoh lebih kurang dua jam 30 minit. Keadaan jalan yang legang memudahkan pemanduannya. Dia memandu dengan bersahaja sambil mendengar lagu kegemarannya melalui USB nya.

 

Hampir dua jam perjalanannya, akhirnya dia tiba di destinasi. Taman Rekreasi Mutiara Jaya. Taman yang terkenal di Malaysia dengan keindahan flora dan fauna yang terdapat di kelilingnya. Taman ini juga merupakan satu-satunya taman reaksi di tengah-tengah kesibukan bandar. Beg hitam yang terdapat di tempat duduk dicapai.

 

 

*****

 

Usai menyelesaikan urusan rumah, Fauzana berehat seketika sambil menemani adik kecilnya bermain dengan mainannya di ruang tamu. Dia mencapai telefon bimbit yang terletak elok di atas cabinat televisyen. Dia teringat akan perbualan dengan rakan sekerjanya di ruang Whatsapp itu. Masih ada yang belum dibaca olehnya. Aplikasi Whatsapp itu dibuka dan group ‘SJ CAFE’ menjadi pilihannya.

 

-AZIRA-

Korang kenal tak siapa mamat tu?

 

-MUNIRAH-

I don’t know him.

 

-NAUFAL-

Aku pun tak kenal jugak.

 

-FATINI-

Siapa mamat tu, Azira? Awak nie buat suspen ja. Cepat laa bagitau.

 

-AZIRA-

Siyes laa korang tak kenal? Mamat tu CEO Hyzer Building laa. CEO muda dekat Malaysia nie.

 

-FATINI-

Awak biar betul, Azira. Mamat tu saya tengok macam budak kolej ja. Tak kan laa dia CEO kot.

 

-AZIRA-

Sebab dia muda laa saya bagitau korang yang dia tu CEO termuda dekat negara kita. Dia baru 26 tahun.

 

-LUQMAN-

Sama umur dengan aku dohh.

 

-MUNIRAH-

Tapi kan….

 

-NAUFAL-

?

 

-FATINI-

??

 

-AZIRA-

Tapi apa Munirah?

 

Kelihatan semua ahli group itu tertanya-tanya dengan apa yang ingin disampaikan oleh Munirah. Fauzana yang membaca turut hadir perasaan tertanya-tanya dalam dirinya. Keadaan ingin tahu itu membuak-buak walaupun dia tidak pernah mengingati lelaki mana yang mereka maksudkan. Dia sukar mengingati wajah seseorang.

 

-MUNIRAH-

Perempuan dengan mamat tu macam familiar ja.

 

-FATINI-

Perempuan seksi tu eaa…

 

-LUQMAN-

Pompuan tu bukan Puteri Qistina ka? Model majalah yang tengah hot sekarang.

 

-AZIRA-

Haah laa wey. Minah tu model majalah. Patut laa seksi.

 

-MUNIRAH-

Model tu ada scandel ke dengan mamat hensem tu? Dorang couple eaa?

 

-NAUFAL-

Maybe….

 

Perbualan group itu berakhir di situ sahaja. Group whatsapp itu ditutup lalu satu personal messanger pula dibuka oleh Fauzana. Satu mesej daripada Maksu Mira telah dikirim kepadanya. Ibu saudaranya memaklumkan kepadanya bahawa dia sudah kembali ke Malaysia. Maksu Mira merupakan seorang pramugari yang berkerja dengan syarikat penerbangan bertaraf dunia, Malaysia International Airlines.

 

Dengan keadaan Fauzana yang tengah khusyuk berbalas pesanan dengan Maksu Mira, tiba-tiba sofa yang didudukinya beranjak. Fauzana segera mengalih pandangannya daripada telefon. Kelihatan Farris gigih memanjat sofa yang diduduki si kakak. Keadaan tubuh Farris yang kecil menyebabkan Farris sukar untuk naik ke sofa sedangkan dia sudah berusia tiga tahun. Tanpa menunggu lama, Fauzana segera membantu adiknya. Dia menampung punggung si adik dan menolak si adik perlahan menaiki sofa tersebut.

 

Usai adiknya duduk elok di sofa, Fauzana melabuhkan punggungnya bersebelahan di adik. Baru sahaja dia melabuhkan punggung, si adik sekali lagi memanjat. Farris memanjat ke ribanya. Tahu laa Fauzana bahawa si adik ingin bermanja dan duduk di ribanya. Tubuh si adik diangkat lalu diletak elok di atas ribanya. Sebuah kucupan dihadiahkan di pipi tembam adiknya.

 

“Aaa…ak…akakk…”

“Ya sayang.” Sahut Fauzana lembut sambil membetulkan rambut adiknya yang kian lebat dan menutupi pandangan matanya.

“Ucu…” Kata Farris lagi sambil meghisap ibu jarinya.

 

Fauzana menghalang perbuatan adiknya daripada terus menghisap jari. Dia tidak mahu Farris menghisap ibu jarinya kerana perbuatan ini akan menjadi kebiasaan buat si kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi Fauzana ingin mendidik adiknya agar tidak melakukan perbuatan itu lagi. Lagi pula tangan si kecil Farris mungkin kotor kerana si keci bermain dengan mainannya yang baru ditemui di bawah cabinat televisyen.

 

“Farris, tak mau hisap jari. Kotor.” Nasihat Fauzana kepada si kecil.

“Hmm.” Balas Farris dengan mimik wajah tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh si kakak kepadanya.

“Jom Yong cucikan tangan Farris. Lepas tu Yong bancuhkan susu untuk Farris ya.”

“Ucu?’ Ujar Farris teruja lalu menepuk tangannya gembira.

“Susu.” Kata Fauzana cuba mengajar adiknya menyebut dengan tepat.

“U..cu…” Balas Farris.

 

Tubuh Farris dibawa ke dalam dukungannya lalu Fauzana mengorak langkah menuju ke ruang dapur. Dia ingin mencuci tangan adiknya sebelum menyediakan susu untuk si kecil.


Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...