Amsyar mengeluarkan kamera Canon EOS Rebel T7i yang dibelinya beberapa tahun yang dahulu. Banyak kenangan yang dimilik bersama kamera berjenama ini. Kamera ini juga yang merakamkan setiap moment indahnya saat bergelar mahasiswa di University Asia International. Walaupun dia menceburi bidang Business Management di universiti antarabangsa itu namun dia turut menceburi diri dalam bidang photographer di waktu lapangnya.
Seawal usia 25 tahun, dia mempunyai double degree daripada bidang yang berbeza di universiti yang sama. Sepanjang keberadaannya di universiti itu banyak bakat yang tidak diminati dan dimiliki. Namun semua bakat itu menjadi kelebihan baginya sehingga dia digelar ‘Mr Perfect’ di universiti. Bakat photographer juga merupakan bakat yang baru dia temui dalam dirinya ketika berada di universiti.
“Cantiknya view gunung dekat sini. Boleh buat content baru dekat blog.” Kata Amsyar kepada dirinya sendiri.
Amsyar mengunakan kaedah konsep ‘Rule of Third’ untuk menghasilkan gambar yang cantik. Kaedah ini merupakan salah satu paling asa dalam photography. Dalam bahasa mudah, ini adalah kaedah ‘Teknik Susunan Elemen Visual’ atau ‘Komposisi Imej’. Fokus utama kaedah ini ialah keseimbangan visual yang menarik pada pandangan mata. Penggunaan 9 petak yang biasa terdapat dalam kamera dapat membantu membahagikan imej sekaligus memudahkan untuk menghasilkan gambar yang baik dengan ketepatan yang betul.
Menurut panduan yang dikongsikan oleh photographer, cara yang terbaik utuk menghasilkan gambar yang baik ialah tidak meletakkan subjek di tengah-tengah sekirannya gambar yang ingin kita hasilkan bukan gambar close-up portrait atau dikenali sebagai potret berjarak dekat. Sebagai contoh, photographer boleh menetapkan kedudukan subjek sama di dalam barisan grid tepi sebelah kanan atau kiri dengan memastikan kedudukan frame (horizon) adalah lurus.
Beberapa telah dirakam oleh kameranya sebelum Amsyar meneruskan perjalanannya menikmati pemandangan taman ini. Banyak view menarik yang menjadi fokus kameranya sepanjang perjalanannya.
Amsyar turut tidak ketinggalan menghasilkan view dengan menggunakan kaedah ‘Close-up’. Kaedah ini digunakan apabila dia tidak pasti kedudukan yang terbaik untuk view tersebut. Kaedah ini lebih random kerana setiap side akan digunakan. Bermula dengan wide shot, mid-range dan close-up.
“Hi, can you take a picture for us?” Seorang lelaki berhoodie mendekati Amsyar bertanya.
“Sure.” Balas Amsyar ringkas lalu menyambut huluran si lelaki.
Lelaki yang berkulit sawo matang itu mendekati seorang perempuan. Perempuan itu kelihatan sarat mengandung memandangkan baby bump kelihatan semakin membesar. Mungkin kandungannya sudah lapan bulan ke atas.
“Wow, it was amazing. So beautiful.” Lelaki tadi memuji apabila telefon bimbitnya dikembalikan oleh Amsyar.
“Ya, you and your partner like a model. So the picture looked so prefect.” Balas Amsyar dengan senyuman.
“Honey, look this. It was beautiful, right?” Lelaki itu menunjukkan telefonnya kepada partnernya untuk menanyakan pandangan.
“Omo, kawai. I love it.” Balas wanita itu pula.
“Are you a professional photographer?”
“No. I just like to be photographer but not professional photographer.”
“You have excellent talents in photography.” Puji pasangan itu lagi.
Amsyar hanya mampu membalas pujian mereka dengan senyuman. Seketika kemudian, kelihatan si wanita membisikkan sesuatu. Bisikan yang tak dapat didengari oleh Amsyar yang sememangnya tidak suka mencuping.
“Excuse me. Can I invite you to be my photographer next time?”
“Yes?”
“My wife like the picture that you take. She said it so perfect. So we want to offer you to be our photographer.”
“Our first baby will be born next month. So my husband and I want to make a party to our baby. Can you be the photographer to us for the party?” Si wanita berkata pula.
“I am not really sure if I free that time. Because I have full time job. But can I have you contact number? If I free I can contact you guys.” Ujar Amsyar sambil memandang ke arah pasangan itu silih ganti.
“Oh, sure. This is my card. Can I have your card too?” Lelaki itu bertanya kembali sambil menghulurkan contact card nya kepada Amsyar.
Amsyar mengeluarkan dompetnya daripada Maxi Saddle Bag berjenama Dior. Contact card nya diambil lalu dihulurkan kepada lelaki itu. Mereka saling bertukar contact card sebelum masing-masing meminta diri. Contact card milik lelaki yang bernama Michael itu disimpan di dalam begnya.
Amsyar kembali ke keretanya. Dia sudah puas meluangkan waktu paginya mengelilingi taman rekreasi ini. Perutnya mula mendendangkan lagu hiphot memandangkan pagi ini dia hanya menjamah sekeping roti sebagai alas perut. Jadi dia bercadang untuk mencari tempat untuk menikmati lunch nya sebelum memandu ke destinasi seterusnya.
Telefon berjenama Iphone 12 Pro Max yang nilainya hampir mencecah RM5000. Iphone ini mempunyai A14 Bionic rockets yag melepasi setiap cip telefon pintar yang lain. Sistem kamera Pro yang terdapat dalam Iphone terbaru ini dapat menghasilkan low-light photography ke tahap yang lebih memberangsangkan. Dan Ceramic Shield dapat menghasilkan prestasi empat kali lebih baik daripada sebelumnya.
“Nak makan dekat mana ya? Aku tak familiar laa dengan tempat nie.”
“Google je la.” Amsyar berbicara.
‘Parking laa kereta dulu. Nanti fikirkan la. Kan tak pasal-pasal bercuti di hospital.’ Hati Amsyar mengeluarkan saranan.
Akhirnya Amsyar membuat pilihan untuk mencari tempat parking kereta dahulu. Dia bercadang untuk berjalan-jalan mencari restaurant yang menarik perhatiannya sambil-sambil dapat mengisi masanya dengan memorter sebanyak mungkin gambar dengan kamera canggihnya.
Langkahnya diatur tanpa mengetahui arah tuju. Amsyar hanya mengikut gerak dan firasat hati dalam setiap langkahnya. Sepanjang penjalanan itu, banyak gelagat kanak-kanak yang menjadi tumpuan kameranya. Ada yang ketawa riang bersama keluarganya di dataran air pancuran dan ada juga yang menangis hiba di situ.
Kaki Amsyar tiba-tiba terpaku di sebuah bangunan. Bangunan yang berhadapan dengan dataran itu yang mempunyai rekabentuk yang luarbiasa. Lain daripada bangunan yang terdapat di situ. Matanya tertumpu paada suatu objek dan tanpa berlengah satu gambar diambil. Dia turut mengatur langkah memasuki bangunan serba unik itu.
“Selamat datang.” Ucap staff yang menjaga di pintu masuk bangunan itu.
Amsyar hanya menunduk untuk membalas sapaan staff tersebut. Bangunan ini merupakan sebuah kedai alatan sukan dan kedai ini merupakan cawangan yang baru dibuka. Susun atur dalam bangunan ini juga luarbiasa. Kemas dan rapi. Amsyar memerhati setiap genap ruangan ini. Lengkap dengan kepeluan sukan. Baju jersey, sport shoes dan beberapa peralatan sukan lain yang disusun mengikut kategori masing-masing. Sangat selesa dan bersih.
“Kasut mana yang sesuai dengan Fawwas dan Farhana ya?”
“Yang nie okay ke? Tapi yang nie design dia cantik.”
“Farris, which one you will choose?”
Kedengaran seorang wanita yang mendukung kanak-kanak lelaki lingkungan tiga tahun sedang berbicara sendirian. Membuat pilihan kasut sukan yang diingininya. Amsyar hanya memandang belakang tubuh wanita itu lalu berjalan melintasinya menuju ke ruangan baju sukan.
Bagi memenuhi keinginan Farhana, Fauzana bercadang untuk ke bandar. Ada beberapa keperluan adik-adiknya yang perlu dibeli di bandar. Jadi, usai melangsaikan urusan rumah dan berehat seketika, Fauzana segera bersiap untuk keluar ke bandar. Dia menyiapkan Farris terlebih dahulu sebelum dirinya. Si adik dimandikan dan dipakaikan baju yang kemas.
“Farris, Yong nak mandi kejap tau. Farris tengok Didi and Friends dulu ya.” Ujar Fauzana lalu membuka laptopnya yang sudah tersimpan koleksi kartun kegemaran adiknya, Farris.
Pada mulanya, dia ingin memberi si kecil itu telefon bimbitnya untuk menonton namun apabila difikirkan masak-masak kembali, lebih baik sekiranya dia tidak membiasakan adiknya dengan gajet canggih ini. Kebiasaan kanak-kanak dengan gajet canggih ini boleh membuatkan ketangihan dan memberi kesan yang negatif. Menurut pakar, teknologi canggih seperti smartphone ini boleh menghasilkan gelombang yang akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan sekiranya penggunaan gajet ini tidak dikawal dengan baik. Dan pada pandangan Fauzana sendiri, penggunaan komputer riba lebih baik kerana saiznya yang lebih besar daripada smartphone. Ini dapat mencegah daripada seseorang itu mengalami masalah penglihatan mata kerana tertumpu terlalu lama pada skrin gajet.
“Didi? Priends?” Balas Farris dengan Bahasa English nya yang agak memuaskan walaupun sebutannya tidaklah sefasih.
Fauzana membentangkan cadar kecil bersebelahan katil lalu Farris dibaringkan di atas cadar itu. Laptop yang sudah terpasang diletakkan di hadapan si kecil dengan jarak lebih kurang satu hasta. Satu hasta berasal daripada ukuran panjang di India pada zaman dahulu. Ukuran satu hasta diambil daripada panjang lengan bermula dari siku sehingga hujung jari tengah. Satu hasta lebih kurang 45 cm ukurannya.
Tuala di ampaian dicapai lalu bawa bersama pakaian salinannya menuju ke kamar mandi yangbersebelahan dengan biliknya. Pintu biliknya tidak ditutup agar adiknya tidak ditinggal bersendirian di bilik itu. Pintu kamar mandi juga tidak ditutup rapat agar dia boleh mendengar adiknya.
“Wah, segarnya. Hilang penat.” Fauzana berkata kepada dirinya sendiri usai disirami air pancuran.
Baju salinannya dicapai lalu segera dipakainya. Baru sahaja bajunya disarungkan di kepala, pintu kamar mandi itu ditolak daripada luar. Muncul satu tubuh kecil disebalik pintu itu. Tautan mata mereka bersatu. Terlakar sebuah senyuman di dua ular bibir merah Fauzana melihat adiknya. Di tangan si kecil kelihatan sebuah botol yang digengam dengan erat. Fauzana yang melihat adiknya itu segera mempercepatkan tindakannya. Tahulah dirinya bahawa si adik inginkan susu.
“Kejap ya, Farris. Yong nak pakai baju.” Kata Fauzana kepada si adik.
“Su..su?” Balas Farris sambil menghulur botol susunya yang sudah kosong.
“Eya. Nanti Yong buatkan susu baru untuk Farris. Farris pi masuk tengok Didi dulu.” Balas Fauzana kembali lalu menyambut huuran botol adiknya.
Tanpa berkata, Farris segera berlari kecil kembali ke bilik. Fauzana hanya memandang dari kejauhan tingkah adiknya yang comel itu. Usai lengkap berpakaian, botol susu adiknya dicapai. Langkahnya diatur menuju ke ruang dapur. Botol itu dicuci dengan bersih dan diletakan di bakul untuk dibiarkan kering sebelum dikembalikan di tempat simpanannya. Botol susu adiknya yang lain dicapai lalu serbuk susu dimasukkan ke dalam botol itu sebelum dituangkan sedit air panas dan air suam. Susu yang sudah dibancuh itu kemudian dibawa kepada Faris yang sedang khusyuk menonton kartun Didi and Friends yang menjadi animation yang trending kini di Malaysia terutamanya dalam golongan kanak-kanak.
Fauzana memimpin tangan kecil adiknya sambil melewati deretan bangunan megah di bandar ini. Untuk tiba di bandar yang dikelilingi bangunan pencakar langit ini, mereka lebih selesa dan gemar memilih pengangkutan awam seperti train. Kemudahan ini lebih selesa, menjimatkan dan dapat mengelak daripada pencemaran. Dengan menaiki train, mereka akan berhenti di perhentian kedua sebelum tiba di bandar.
Sepanjang perjalanan mereka banyak perkara yang diajarkan Fauzana kepada si kecil, Farris. Disebabkan masalah kesihatan yang diamali oleh Farris sejak kecil, Fauzana bertanggungjawab untuk memikul amanah ibu bapanya untuk sentiasa mendidik adik bongsunya biarpun terpaksa mengambil masa yang panjang dan penuh dengan kesabaran. Walaupun Farris agak ketakutan dikelilingi suasana yang baru dan dikunjungi ramai namun Fauzana tak jemu memberi tunjuk ajar kepada adiknya. Berkat kesungguhan dan kesabaran dirinya dan kedua adik kembarnya, kini Farris sudah mula serasi sedikit demi sedikit dengan suasana di khalayak ramai.
Fauzana segera memasuki sebuah kedai. Kedai itu sudah menjadi pilihannya sejak pertama kali dia dibawa ke bandar setahun yang lalu oleh ibu saudaranya. Sejak terpilih sebagai salah seorang permain bola tampar sekolah, Maksu Mira sudah berjanji untuk membawanya ke bandar dan menghadiahkannya sepasang kasut sukan. Dan berkat bantuan ibu saudaranya juga, dia berjaya bermain dalam kondisi yang baik dan menjadi permain terbaik.
“Selamat datang.” Seorang pertugas perempuan menyapa Fauzana yang baru memasuki ruangan kedai itu dengan ramahnya.
Fauzana membalas sapaan si gadis dengan senyuman. Si adik sentiasa mengikuti langkah si kakak dengan hermat. Tanpa melengah Fauzana terus mengatur langkahnya menuju ke ruangan yang diingininya. Si adik yang tadinya setia berjalan di sampingnya kini berada dalam dukungan. Kelihatan Farris mula lelah berjalan memandangkan antibody nya belum kuat sepenuhnya seperti kanak-kanak lain yang sebayanya.
Tubuh si kecil milik Iman Farris diusap dengan penuh kelembutan bagi menghilangkan penat si adik. Farris juga kelihatan bersandar lemah di dalam dukungan si kakak. Dia selesa berada pelukan dan dukungaan si kakak. Selain ibunya , Fauzana adalah satu-satunya kakak yang mampu menenangkan dan memberikan pelukan hangat sama seperti ibunya.
“Kasut mana yang sesuai dengan Fawwas dan Farhana ya?” Fauzana menilik-nilik kasut sukan yang terdapat di atas deretan rak yang cantik itu.
“Yang nie okay ke? Tapi yang nie design dia cantik.” Fauzana kembali berbicara sendirian sambil menepuk-nepuk lembut tubuh adiknya.
“Farris, which one you will choose?” Fauzana bertanya kepada Farris saat Farris memalingkan wajahnya menghadap deretan kasut itu.
Saat Fauzana berbual mesra dengan adiknya, kelibatan sekujur tubuh melintasi ruangan mereka. Wangian di tubuh jejaka misteri menusuk deria baunya. Bau wangian perfume mewah dari London yang dibuat khas oleh Syarikat Jo Malone. Fauzana amat familiar dengan wangian ini kerana dia pernah bekerja sampingan di kedai minyak wangi ketika usianya baru menginjak 16 tahun.
“Tapak kasut nie sesuai kan dengan player badminton? Court badminton sama dengan court volleyball kan?” Fauzana berbicara sendirian lalu mencapai sepasang kasut sukan yang berwarna biru.
Baru sahaja Fauzana ingin berjalan pergi meninggalkan ruangan itu, sepasang tangan menghalanginya. Sepasang kasut yang berada dalam tangannya kini bertukar tangan. Seorang lelaki mengambil kasut daripada tangannya lalu meletakkan kembali kasut itu di tempat asalnya. Fauzana mendongakkan wajahnya bagi melihat siapakah gerangan yang menghalangnya.
“Excuse me, why you are doing that to me?” Fauzana memulakan bicara sambil memandang tepat ke arah anak mata si gerangan.
Seorang lelaki yang berkaca mata hitam berdiri tepat di hadapannya. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan mask hitam. Namun daripada penampilan luaran lelaki misteri ini, dia seorang yang berduit atau lebih mudah difahami sebagai kaya. Daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kakinya semuanya dilengkapi dengan pakaian-pakaian yang berjenama dan harganya boleh mencecah ratusan ribu atau lebih keseluruhannya.
“This shoes not suitable for badminton player.” Jawab lelaki itu dengan bahasa English nya yang fasih ala-ala mat saleh.
“Ohh…” Ringkas Fauzana membalas respon lelaki itu.
Lelaki itu tanpa segan-silu melepaskan mask hitamnya. Mungkin mask itu agak menganggunya untuk berkomunikasi dengan baik. Saat mask itu dilepaskan terlakar dua lesung pipit yang manis di kedua-dua belah pipi putih lelaki itu. Wajahnya putih bersih tanpa sedikit pun kumis. Wajahnya seperti lelaki kiriman tuhan sehingga mampu memukau pandangan mata Fauzana tanpa disedari.
“Untuk pemilihan kasut sukan yang tepat, awak kena pastikan keadaan tempat untuk bermain dengan pergerakan dalam permainan tu.” Lelaki itu berkata lagi. Meemberi penerangan ringkas.
“Oh.”
Fauzana masih lagi terpaku. Dia terkejut apabila ada jejaka tampan yang menyapanya. Dan tanpa dipinta, lelaki misteri itu membantunya memilih kasut yang sesuai untuk Fawwas dan Farhana.
“Awak cari sport shoes for yourself?” lelaki itu bertanya lagi sambil memandang ke arah deretan kasut di hadapannya.
“Anniaa. That for my brother and sister.” Balas Fauzana lagi.
“Volleyball player?” Dia bertanya lagi sambil memandang tepat ke arah wajah Fauzana yang kian memerah bak tomato kerana masih malu berada di samping lelaki tampan ini.
“Badminton player.”
Tanpa disedari hubungan mereka kian akrab seperti sahabat yang sudah sekian lama berkenalan. Banyak yang lelaki itu berkongsi dengannya dan banyak ilmu baru yang Fauzana pelajari tentang peralatan sukan. Rupanya banyak yang perlu diperhatikan sepanjang pemilihan peralatan sukan bagi memastikan player dapat menggunakannya dalam kondisi yang baik dan dalam jangka masa yang panjang.
Usai mendapatkan keperluan adik-adiknya, Fauzana segera menuju ke kaunter pembayaran. Lelaki yang belum diketahui namanya itu turut menbantunya mendapatkan raket untuk adik kembarnya. Fauzana berhutang budi kepada jejaka kacak yang misteri ini kerana sudi menbantunya walupun tanpa dipinta.
“How about you get this and that?”
“Why must to get two different type of racket? The racket not same?” Fauzana kembali bertanya bertubi-tubi kepada lelaki itu.
“This racket is for a beginner and it suitable for training. But that racket is suitable to bring in the tournament and can support the player. The player did need to spend much energy by using that racket.” Lelaki itu memberi penerangan ringkas tapi jelas.
“Wow, there are a lot of information that I get today from you. You have a good knowledge about sport.” Fauzana memuji lelaki itu dengan nada yang perlahan memandangkan Farris sudah terlena nyenyak dalam dukungannya.
“Nothing.it just basic knowledge that I know. Nothing special.” Lelaki itu menafikan sambil ternsenyum kecil kepada Fauzana.
“Terima kasih. Sila datang lagi.” Staff yang bertugas sebagai penyambut pelanggan menyapa.
Fauzana yang berjalan beriringan dengan lelaki itu hanya mengangguk sebagai tanda merespon sapaan staff itu. Lelaki itu tanpa segan-silu juga menawarkan dirinya untuk membantu membawa beg kertas yang berisi kasut yang dibelikan sebentar tadi memandangkan Fauzana agak sukar membawanya kerana Farris masih dalam dukungannya. Tindakan lelaki itu yang prihatin atau gentleman itu telah menarik perhatian ramai pelanggan wanita dan staff wanita di situ. Fauzana hanya mampu menunduk malu apabila dia turut menjadi perhatian kerana dia ada di samping lelaki itu. Lelaki ini mampu mencuri perhatian ramai orang walaupun dia menyembunyikan wajahnya dengan mask hitam untuk tatapan umum.
“Thank you so much for helping me a lot today. Saya berhutang budi dengan awak.” Fauzana berkata kepada lelaki itu seusai mereka keluar daripada kedai itu.
“Welcome. It’s okay. Saya ikhlas tolong awak.”
“How about I treat you for lunch?” Fauzana berkata lagi. Mencadangkan idea untuk membalas jasa baik lelaki itu atas bantuannya.
“No need. I am not hungry yet.” Lelaki itu menolak ajakan Fauzana.
Namun tanpa dipinta sesuatu kedengaran. Grulp. Grulp. Nada yang agak familiar. Lelaki itu segera menyentuh perutnya. Ya, perutnya baru sahaja mengeluarkan irama menunjukan bahawa perutnya perlu diisi dengan sesuatu yang enak dan mengenyangkan dengan segera. Fauzana menyembunyikan tawanya dengan menutup bahagian mulutnya dengan belakang tangannya. Lelaki itu memalingkan wajahnya ke arah lain untuk menyembunyikan perasaan malunya sebentar tadi.
“You have a nice sound.” Fauzana sekadar mengusik lelaki itu perlahan.
“What?”
“Nothing.”
“Hmm, I think I can join you for lunch. Your treat, right?” Lelaki itu berkata kembali.
“Of course but…” Fauzana memandang ke arah wajah lelaki itu kembali.
“But?”
“Are you okay if we use public transport?” Fauzana bertanya sopan.
“Why?”
“I wanna treat you for a lunch in a special place but the place just a little bit far from here. So, the public transport is the best choice to save pocket money.” Jawab Fauzana perlahan. Malu.
“No a big deal. I can be your driver. I drive my car to here.” Lelaki itu membalas dengan nada yang bersahaja sambil menunjukkan kunci keretanya di hadapan Fauzana dengan tenang.
“Are you sure? Tak susahkan awak ke?” Tanya Fauzana ragu-ragu.
“Nope.”
“I will paid you, okay.”
“Not to worry. Just save your money because I am a food haunter.” Balasnya lagi dengan gurauan.
Tanpa menunggu balasan Fauzana, lelaki itu mengorak langkah meninggalkan Fauzana bersama barang milik Fauzana di tangannya. Fauzana hanya mampu menbuntuti langkah lelaki itu tanpa sepatah kata memandangkan dia tidak punya pilihan lain. Waktu sekarang sukar untuk mendapatkan public transport. Jadi mungkin idea lelaki itu pilihan terbaik.
