Friday, 24 September 2021

Utusan Cinta Abadi (BAB 1)




Anna Hikari. Seorang gadis comel yang bermata bulat. Wajahnya yang tembam bertambah seri comel apabila diserikan dengan dua lesung pipit di pipinya. Walaupun sudah berusia 25 tahun namun kerana rupa paras baby face menyebabkan ramai yang menganggapnya masih pelajar sekolah. Memiliki darah kacukan Malaysia-Jepun menyebabkan Anna Hikari selalu menjadi bualan. Namun kerana sudah masak dengan situasi ini, Anna Hikari pekakkan telinganya. 

Sepanjang hidupnya, Anna Hikari belum pernah mengetahui siapa sebenarnya ayah kandungnya. Menurut Oji-chan (datuk), ayah kandungnya merupakan orang Malaysia yang berkerja di Jepun namun kerana perkhawinan antara ayah dan ibunya tidak direstui, maka ayahnya meninggalkan ibunya yang ketika itu sedang mengandungkannya. 

Kerana perasaan sayang terhadap ibu, Oji-chan (datuk) dan Oba-chan (nenek) meminta agar ayah melepaskan ibu demi kebaikan masing-masing. Dan semenjak lafaz talak diungkapkan, ayah tidak lagi berhubung dengan keluarga ibu di Jepun.

"Nana-san!" Satu suara tua kedengaran memanggil lembut namanya.
"Doshite Oba-chan? (Kenapa nenek?" Tanya Anna Hikari lalu menghampiri Oba-chan yang sedang duduk di katilnya.
"Anata no okasan ga saru mae ni, anata no okasan wa kono tegami o nokoshimashita. (Sebelum ibu kamu pergi, ibu kamu tinggalkan surat ini.)" Kata Oba-chan sambil menghulurkan sepucuk surat yang masih terlipat kemas di dalam sampul.
"Nani no tegami? (Surat apa?)" Tanya Anna Hikari kembali lalu menyambut huluran Oba-chan.

Sampul berwarna coklat itu dibuka dengan berhati-hati lalu sekeping kertas berukiran yang terlipat kemas dikeluarkan. Perlahan-lahan lipatan itu dibuka lalu dibaca oleh Anna Hikari. Isi surat itu ditulis dalam bahasa melayu.


Buat puteri ku cinta,

Mungkin saat kamu membaca surat ini, ibu sudah meninggalkan kamu serta datuk dan nenek. Malah mungkin ibu bukan lagi berada di bumi Jepun. Maafkan ibu kerana meninggalkan kamu. Jagakan datuk dan nenek untuk ibu. Ibu akan kembali suatu hari nanti.

Di sini ibu sertakan foto pernikahan ibu dan ayah kamu untuk kenanganmu sepanjang ketiadaan ibu di sisi kamu. Ibu akan sentiasa menyayangi dan merindui kamu. Sayang anak ibu, Anna Hikari.


Salam sayang,
Akira Hinata


Surat itu kembali dilipat lalu dimasukkan ke dalam sampulnya. Wajah Oba-chan di hadapan ditatap dengan mata berkaca. Anna Hikari rindu ibunya. Ibu yang belum pernah dilihatnya. Sejak Anna Hikari masih bayi, ibunya sudah meninggalkannya bersendirian. Sepanjang 25 tahun, dia hanya ditemani oleh Ojichan dan Oba-chan.

"Nana-chan?" Tanya Oba-chan apabila menyedari Anna Hikari berdiam diri seusai membaca surat itu.
"Oba-chan, Malaysia ni ikitaidesu. (Nenek, saya nak ke Malaysia.)" 
"Nani? (Apa?)"


Tepat jam 10.30 malam waktu Malaysia, Anna Hikari tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Dan suasana di lapagan itu kelihatan agak sesak dengan orang ramai walaupun hampir tengah malam. Anna Hikari segera berjalan keluar daripada lapangan itu memandangkan matanya sudah mula layu akibat menahan mengantuk. 


Sepanjang perjalanan di atas pesawat, Anna Hikari tidak dapat berehat dengan tenang kerana partner tempat duduknya adalah seorang wanita beranak kecil. Dan wanita itu merupakan pertama kali menaiki pesawat dan pertama kali bersama bayi. Jadi kerana situasi yang tidak terjangka, Anna Hikari menghulur bantuan untuk menjaga bayi wanita itu sementara wanita itu membiasakan diri di pesawat dan berehat akibat mabuk pesawat. Untung saja bayi yang dijaganya tidak meragam. Hanya sesekali menangis apabila tidurnya diganggu.


"Excuse me, can i know where the nearest hotel that can i stay?" Anna Hikari bertanya dengan loghat English British kepada seorang petugas perempuan di kaunter pertanyaan di lapangan itu.

"There are two hotels near this airport. The first one is Hotel Elite Star. You can take 15 minutes from here while the other hotel, Hotel Green Hill. You need around 20 until 30 minutes from here by taxi." Balas petugas perempuan itu dengan ramah.

"Thank you so much for helping me." Ucap Anna Hikari sebelum melangkah meninggalkan kaunter itu bersama bagasinya.


Seperti yang dikatakan oleh petugas itu, lebih kurang 15 minit kemudian, Anna Hikari tiba di sebuah hotel yang diterangi dengan lampu-lampu berwarna-warni. Suasana di sekitar hotel itu kelihatan tenang, hanya beberapa orang kelihatan keluar masuk hotel itu.


"Berapa pakcik?" Tanya Anna Hikari dengan bahasa melayu yang fasih.

"25 ringgit, cik." Jawab pemandu teksi itu.


Not bernilai RM50 dikeluarkan Anna Hikari daripada tas tangannya. Lalu tanpa melengah not itu diserahkan kepada pemandu yang berusia lebih kurang 40 an.


"Baki pakcik boleh simpan." Kata Anna Hikari lalu segera membuka pintu untuk keluar.


Anna Hikari membetulkan jaket di tubuhnya sebelum langkahnya diatur menghampiri pintu utama hotel itu. tersergam gah perkataan 'Elite Star' di hadapan hotel itu. Anna Hikari disambut baik oleh seorang petugas di situ sebelum bagasinya dibawa oleh petugas itu.


"Cik boleh check in dekat kaunter ni." Kata petugas lelaki yang menyambutnya itu.

"Ini kad bilik cik. Cik dah boleh check in sekarang di tingkat 4."

"Terima kasih."

"Maaf tak dapat nak bawa bagasi cik sampai ke bilik. Ada emergency." Kata petugas lelaki tadi.

"It's okay. I can handle it. Thanks again for helping me."



Anna Hikari segera menuju ke biliknya di tingkat 4. Sesampai di muka pintu bernomber 2001, dia menolak pintu utama itu sebelum langkahnya diatur masuk ke bilik itu. Kerana dirinya belum biasa dengan keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas hatta di waktu malam, Anna Hikari tanpa berfikir panjang segera menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. 


Katil queen yang tersedia di bilik itu seakan-akan sudah memanggilnya untuk berbaring di situ. Jadi Anna Hikari ingin segera mandi lalu merehatkan tubuhnya. Air pancuran di kamar mandi itu dibuka. air yang mengalir membasahi tubuhnya. Tubuhnya kembali segar apabila dibasahi air.


Usai mengenakan baju tidur, telefon pintarnya segera dicapai. Anna Hikari perlu membuat panggilan jarak jauh. Pasti Oji-chan dan Oba-chan sedang menanti panggilannya. Seketika kemudian, panggilannya disambut. Kedengaran suara Oba-chan di corong telefon itu.


Mereka berbual-bual mesra. Sekali-sekala suara Oji-chan kedengaran menyakat Oba-chan yang mengadu rindukan Anna Hikari. Sedangkan mereka baru berpisah tidak kurang 24 jam. Hampir 30 minit mereka berbual di corong telefon itu sebelum panggilan ditamatkan.


"Selamat pagi cik. Dah nak check out ke?" Tanya petugas yang menjaga kaunter semalam.

"Selamat pagi. Lepas sarapan baru saya check out." Jawab Anna Hikari ramah.

"Cantik laa kulit muka cik. Cik pakai produk apa? Tak nak share dengan saya ke?" Tanya petugas bername tag 'Ayu' itu lagi.

"Saya tak pakai produk."

"Cik asal mana?" Tanya Ayu lagi ingin tahu.

"Onikawa village." Balas Anna Hikari ringkas.

"Ouhh. Ada ke nama tempat tu? Tak pernah dengar. Dekat mana tu?"

"Jepun."

"Eh, cik nie orang Jepun ke?" Tanya Ayu lagi dengan riak wajah terkejut.

"Yes. I am Malaysian-Japanese."


Usai menjamu hidangan sarapan di restauran yang terdapat di hotel ini, Anna Hikari kembali ke kaunter untuk urusan check out. Dan sekembalinya dia di kaunter itu, dia bertemu lagi dengan Ayu, si gadis go-lucky.


"Cik Anna dah nak check out?" 

Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...