Thursday, 26 August 2021

PENGENALAN DIRI

 Aku hanya seorang anak bongsu. Beri nama 'Ara' (nickname). Keluargaku sederhana. Masing-masing ada tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai hamba Allah di muka bumi.

Aku gadis 20 an yang mula-mula berjinak dalam dunia penulisan. Namun aku bukanlah mencoret seperti professional kerana aku masih  'Newbie' or  'budak baru nak up' 😎🤠

Apa yang dinukilkan aku bukanlah 100% daripada jalan hidup aku namun cukup sekadar pengetahuan, mimpi tertangguh dan harapan aku sebagai seorang gadis kecil. Aku tak sempurna dan aku juga tak menolak untuk mengecapi kesempurnaan itu. ❤️

Jadi mohon tunjuk ajar dan bantuan semua untuk bantu dalam nukilan ini. Segala komen dan dorongan yang diterima amatlah dihargai ikhlas di lubuk hati yang terdalam. 😘😘

Salam taaruf daripada Ara, Putri Bongsu dalam coretan Nukilan Putri Bongsu. 😇

Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...