SINOPSIS
10 tahun penantian, akhirnya Naufal memberanikan diri untuk melafazkan cintanya kepada gadis yang mencuri hati. Namun cinta tak semestinya dimiliki dan sayang itu perlukan pengorbanan. Saat dirinya ingin meluahkan perasaan di hati, gadis yang dicintainya dilamar di hadapan matanya oleh sahabatnya. Kerana setianya seorang Naufal Hakimi, dia relakan gadis yang dicintainya dimiliki oleh sahabatnya.
Tapi kerana kecewa, Naufal membawa diri ke luarnegara. Merantau di negara orang, merawat luka di hati. Dan kerana terlalu lama mencintai dalam diam, hati Naufal seakan-akan tertutup untuk mana-mana wanita. Sukar untuknya menerima wanita yang ingin mengubati luka di hatinya.
Sehingga takdir menemukan Naufal dengan wanita persis Saidatina Aisyah. Namun sayang, cinta yang dihulutkan wanita itu dipandang hina oleh lelaki sepertinya.
“Sudi tak awak dilamar untuk menjadi raja di hati saya?“
“Awak gila ka? Mana ada perempuan lamar lelaki.”
Dihina dan dicaci. Namun Aira Umairah tetap tersenyum manis ke arah lelaki itu. Cintanya terlalu untuh untuk lelaki itu sehingga dia rela disakiti oleh lelaki itu.
“Baba tak izinkan Aira berjumpa lagi dengan lelaki tu. Cukup dia hina Aira dan keluarga kita. Baba tak sanggup tengok anak Baba disakiti.”
“Tapi Aira cintakan dia Baba. Baba tolong lamarkan Naufal untuk Aira ya?“
Aturan Allah itu lebih indah. Akhirnya Naufal menerima lamaran Aira apabila Naufal disahkan menghidapi penyakit Leukimia.
“Awak, saya sedia jaga awak sampai awak sembuh. Ini janji saya terhadap awak."
Bahagia tak selamanya milik kita. Kini hubungan mereka diduga dengan orang ke tiga. Nurin datang menagih cinta daripada Naufal selepas setahun kematian Abrar. Dan kerana sayang, Aira rela diduakan oleh suami. Dengan kemungkinan besar Aira rela ditalakkan demi bahagia sang kekasih.
Adakah cinta Naufal masih tetap untuk Nurin? Atau mungkinkah cintanya sudah beralih arah kepada si isteri? Nantikan semuanya dalam ‘HATI YANG KAU SAKITI’