BAB 1
Naufal bergegas mengemas beg sekolahnya. Dia ingin segera keluar daripada kelas ini untuk menunggu si dia seperti biasa. Tindakan Naufal menarik perhatian rakannya disebelah.
"Eh, asal kau kalut sangat nie? Terkejar masa ka?“ Tanya lelaki bername tag ‘Abrar Mikhail’.
"Tak daa laa. Ada hal sikit.” Jawab Naufal acuh tak acuh.
“Whatever laa. Hati-hati balik tu. Malam nanti aku wasap kau.” Kata Abrar lagi.
Tanpa menunggu lama, Naufal segera meninggalkan ruang kelasnya itu. Semua orang yang berpampasan dengannya hampir dilanggar. Namun akan daya, jasad di sini. Fikiran entah ke mana. Untung saja pelajar-pelajar di situ sudah masak dengan sikap Naufal yang nakal itu.
Di bawah sepohon pokok yang rendang, Naufal mengintai dari kejauhan. Beberapa pelajar perempuan berjalan beriringan melewati pintu pagar sekolah. Senyum di bibir Naufal tak lekang apabila matanya tertatap ke arah seorang pelajar perempuan yang berambut ikal mayang.
“Nurin, budak hari tu tengah pandang awak laa.” Kata seorang pelajar perempuan kepada rakannya.
“Haah laa. Kenapa dia asyik pandang awak je?”
“Ish, mana ada. Dia pandang orang lain laa. Buat apa dia nak pandang saya.” Nafi Nurin.
“Entah-entah dia suka awak. Secret admirer.”
Naufal berjalan mendekati bus stop. Kelihatan Nurin bersendirian di situ. Mungkin menunggu warisnya untuk menjemput. Jam sudah menunjukan 3.30 petang, tapi Nurin masih belum pulang. Naufal memberanikan diri untuk menegur Nurin.
“Kenapa awak tak balik lagi?“ Tanya Naufal perlahan.
“Papa saya belum datang. Mungkin ada hal kot.” Jawab Nurin ramah.
“Nak saya hantarkan awak balik? Bahaya awak seorang-seorang dekat sini. Lagi pun dah lewat nie.” Kata Naufal lagi.
“Tak susahkan awak ke?“ Tanya Nirin kembali.
Kenangan 10 tahun lalu kembali bermain di fikiran Naufal. Senyum terukur di wajahnya mengenang moment pertama dia menyapa si pujaan hati. Dan kerana moment itu sehingga kini Naufal masih berhubung dengan gadis bernama ‘Nurin Aufa’ itu. Gadis yang mencuri hatinya saat pertama kali di dataran perhimpunan.
“Woi, asal tersengih-sengih tu? Angau ka?“ Tegur Abrar.
“Aku rasa dah sampai masanya untuk aku luahkan perasaan aku.” Kata Naufal sambil bermain-main dengan pen di tangannya.
“Luahkan perasaan apa? Kau fall in love ka?“ Tanya Abrar untuk kepastian.
“Sebenarnya dah lama aku suka dekat perempuan tu. Dari zaman sekolah lagi. Tapi aku tak berani nak luahkan.” Luah Naufal.
Abrar merupakan satu-satunya rakan yang setia dengannya. Daripada zaman sekolah hingga lah ke tempat kerja. Walaupun pangkat Naufal lebih tinggi daripada Abrar namun mereka tetap akrab.
“Kau jangan tunggu lama-lama Naufal. Nanti dikebaskan. Menyesal dibuatnya.” Nasihat Abrar pula.
“Tengah buat preparation laa nie.” Balas Naufal penuh semangat.
“Sebenarnya aku pun ada benda nak share dengan kau.”
“Apa dia? Kau dah nak naik pelamin ka?“ Tanya Naufal kembali dengan perasaan ingin tahu.
“Lebih kurang laa.” Jawab Abrar dengan malu-malu.
“Tahniah bro. Tak sangka kawan aku dah nak kawin.” Ucap Naufal bangga sambil menepuk-nepuk perlahan bahu kawannya.
“Terima kasih. Tapi aku ada masalah sekarang?“ Kata Abrar lagi.
“Masalah apa? Duit untuk kawin tak cukup ka? Nak aku tolong?” Tanya Naufal bertubi-tubi.
“Bukan. Duit kawin semua dah cukup.”
“Habis tu?“
“Kau pun tahu kan, aku nie jenis pemalu, tam romantik. Jadi sekarang nie aku tengah buntu macam mana aku nak lamar perempuan tu.“ Kata Abrar dengan kerisauan di wajahnya.
“Relax laa bro. Aku kan ada. Sahabat kau yang romeo sedunia.” Kata Naufal dengan bangga sambil menepuk-nepuk dadanya