Hijrah perlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang tulus ikhlas dari hati, hati seseorang akan mudah dipukul badai. Bergoyang-goyang bak lalang yang ditiup oleh angin sempoi.
Namun setiap Hijrah yang dinawaitukan keran Allah untuk mengejar reda, pasti akan ada 1001 hikmah yang bakal menanti kita di hujung jalan.
Tiada yang lebih indah selain megejar cinta Allah kerana cinta Allah adalah cinta abadi. Dengan adanya cinta Allah yang kukuh, kita bakal memiliki segala cinta atas reda-Nya.
Jadi, jangan pernah rasa takut untuk berhijrah kerana kemanisan hijrah itu lebih manis dari segala kemanisan yang ada di dunia ini. Jalan hijrah sememangnya penuh liku tapi nikmat hijrah itu ada untuk kita.