Thursday, 23 December 2021

Iman As-Syafie



Saat kau merasakan dunia seakan membencimu hanya kerana sebuah percintaan, ingatlah dan sematkanlah kata-kata Iman As-Syafie ini dalam dirimu.

Tiada ada daya upaya yang sehebat dan seagung kekuasaan Ya Rabb. Allah telah tetapkan kepada kita pasangan dan rezeki masing-masing. Andai sekarang kita berpisah dengannya, mungkin itu adalah suratan daripada Allah yang dia bukan seseorang yang ditetapkan bersama kita di Luh Mahfuz.

Allah tidak akan pernah sesekali mengecewakan hamba-hambaNya yang berusaha dalam mencari reda dan kasihnya.

 

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH



Solat berjemmah adalah satu kenikmatan yang tak dapat diragui. Kini baru aku sedari tiada nikmat yang lebih ku syukuri melainkan dapat mendirikan solat fardhu berjemaah bersama insan tersayang baik ahli keluarga mahupun sahabat.

Dan tempoh hampir 5 tahun, aku ditarbiyah di bawah pengawasan Maahad, kini aku merindui kemanisan yang terlakar sepanjang di sana. Kemanisan antara senior dan junior yang saling merapatkan baris-baris saf saat ingin mendirikan solat berjemaah. 

Di bumi Maahad, aku dididik untuk saling hormat dan saling sayang antara satu sama lain. 

 

Saturday, 4 December 2021

ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN


 

BATCH 01



MEMORI BATCH 01 MMBG


Bila lama dah tinggal bumi maahad, sekarang rindu pula. Rindu nak luangkan masa dengan kawan-kawan. Walaupun kita masih berhubung tapi manisnya kenangan di zaman sekolah tak sama dengan apa yang ada sekarang.

Sekarang masing-masing dah ada haluan hidup sendiri. Sibuk dengan kehidupan sebagai seorang student university/ kolej / Politeknik dan tak ketinggalan juga yang dah bekerjaya macam Ara. Hihihi. Banyak perkara yang nak dikongsikan bila lama dah tak jumpa.

Tapi bila sekali dah jumpa haa riuh sekampung. Maklum laa gegirl kan memang sikap macam tu. Tapi sekarang Ara lebih memilih untuk mendengar sebab Ara suka dengar kisah-kisah orang. Boleh buat koleksi cerpen bila dengar kawan-kawan share something.

Korang yang mana satu?
Suka bercerita atau suka mendengar cerita?

 



Hijrah perlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang tulus ikhlas dari hati, hati seseorang akan mudah dipukul badai. Bergoyang-goyang bak lalang yang ditiup oleh angin sempoi. 

Namun setiap Hijrah yang dinawaitukan keran Allah untuk mengejar reda, pasti akan ada 1001 hikmah yang bakal menanti kita di hujung jalan.

Tiada yang lebih indah selain megejar cinta Allah kerana cinta Allah adalah cinta abadi. Dengan adanya cinta Allah yang kukuh, kita bakal memiliki segala cinta atas reda-Nya.

Jadi, jangan pernah rasa takut untuk berhijrah kerana kemanisan hijrah itu lebih manis dari segala kemanisan yang ada di dunia ini. Jalan hijrah sememangnya penuh liku tapi nikmat hijrah itu ada untuk kita.

 



Searus dengan pengedaran masa dan zaman, banyak perkara yang diketepikan dan banyak juga perkara yang muncul. Namun alim-ulama selalu mengingatkan kita agar terus berdamping dengan sahabat terbaik kita 'Ilmu'. 

Selagi mana di dada kita ada ilmu, kita mampu memimpin dunia dan segal isinya dengan bijaksana tanpa mementingkan diri sendiri dan hawa nafsu. Kejar ilmu sehingga ke liang lahat kerana ilmu tak pernah luput ditelan dek zaman.

Perpatah Arab ada mengatakan yang bermaksud, 
'Ilmu tanpa amal umpana pohon tanpa buah.'

Cantik dipandang mata namun tiada hasil. Jangan sia-siakan masa dengan megejar perkara yang tak dapat beri manfaat kepada kita baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

 

Project Ramadhan 1445H (P1)

 Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...