02 November 2021
Siapa sangka di atas nama sukan, kita bersua. Buat pertama kali di gelanggan bola jaring kita berkumpul dan terbentuknya Masrian Squad. Dan tanpa disangka pertemaun di gelanggang mengeratkan jalinan ukhwah antara kita. Susah senang kita kongsikan bersama.
Jeritan dan sorakan penuh semangat masih terngiang-ngiang di telingaku. Muka burn menjadi simbol kesungguhan kita dalam berusaha gigih dalam perlawanan Bla Jaring antara Kolej 2021. Tak kira siapa kau dan aku, kita berganding bahu dalam gelanggang ini.
Moment indah terakam indah dalam ingatanku. Setiap senyuman dan tawa kita sepanjang berada di atas gelanggang ini.
Penat lelah kita akhirnya tidak disia-siakan. Medal Perak dalam genggaman Squad Masria. Walaupun kita baru bertemu namun kerana keinginana yang tinggi dalam diri kita, kita mampu memberi saingan yang agak sengit kepada team wakil universiti.
'KEJAYAAN TAK PERNAH MENGENAL SIAPA KITA.'