Saturday, 1 January 2022
Utusan Cinta Abadi (BAB 2)
Suasana di kota Kuala Lumpur kini semakin maju. Banyak bangunan-banguna pencakar langit yang dibina di sini. Berbeza suasana nya dan kesibukannya dengan Malaysia 20 tahun yang lalu.
Walaupun Anna masih kecil namun kenangan pertama kali di tanah air ayahnya masih terngiang-ngiang dalam ingatannya. Walaupun kenangan itu sudah hampir terkubur dan menjadi kenangan gelap untuknya sekarang. Namun atas tanggungjawab dan sebuah kehormatan buat permintaan ibunya, kini Anna kembali di sini.
" Excuse me. Can I have a glass of water?" Ujar Anna kepada seorang pelayan cafe.
" Sure. Wait a minutes. I will bring it to you, miss." Ujar pelayan itu kembali sebelum dia kembali ke ruangan kaunnter.
Anna mengeluarkan buku catatannya dari beg sandangnya. Buku itu merupakan diari peninggalan arwah ibunya. Dari yang banyak dicoretkan dengan kenangan bahagia saat ibunya masih bersama ayahnya. Halaman yang terakhir, terdapat seeping gambar yang turut disertai dengan beberapa helaian surat yang terlihat kemas.
Helaian-helaian surat itu dibuka dilipatannya. Kertas putih itu kelihatan penuh dengan coretan pena hitam. Coretan yang ditulis dengan Bahasa Melayu, iaitu bahasa utama di Malaysia.
" Miss, this your order. Call me if you need anything else." Kata pelayan yang bername tag ' Shah'.
" Thank you. I will call you if I need something else." Ucap Anna dengan nada penuh hormat.
Air kosong yang terisi penuh dalam gelas itu dicicipnya bagi menghilangkan dahaga. Terasa segar tengkaknya apabila air itu membasahi ruang tengkaknya.
10 April 1998.
Jumaat, 5:25 pm.
Abang kirim kan surat terakhir untuk sayang. Surat terakhir sebelum abang hilang tanpa khabar. Dan kerana surat ini juga sayang sedar ada satu nyawa yang brnyawa dalam kandungan sayang, Anna Hikari. Satu-satunya anugerah yang Allah titipkan untuk kita. Puteri kandungan abang yang selama ini abang impikan.
Sayang dalam delima. Bahagia atau duka yang sayang rasa kan ketika ini. Abang pergi tanpa sayang. Tinggalkan sayang seorang di Jepun sedang kan abang kembali ke tanah air untuk menikahi dengan calon menantu yang dipilih ibu untuk abang. How about me? You left me alone. No. You left me with Anna who is the baby that you promise to take care with your full heart.
Tiada ertinya bahagia saat abang tinggalkan kami berdua. Mana janji abang yang dulu. Janji abang yang abang nak jaga Anna kalau sayang dah tak da. Ke mana janji abang?
Anna sayang, ibu minta maaf. Ibu tak mampu bagi kamu keluarga yang sempurna. Kamu lahir tanpa ada seorang ayah di sisi kamu. Seorang ayah yang akan mengiqamatkan kalimat suci di telinga kamu. Dan maaf kan ibu juga kerana ibu mungkin akan mengecewakan kamu.
Ibu janji, ibu akan kuat untuk harungi segalanya demi kamu, puteri kesayangan ibu, Anna Hikari. Ibu cuba untuk jadi ibu yang terbaik sekaligus ayah buat kamu. Kerana kamu satu-satunya permata ibu.
Ibu love you so much, Anna Hikari.
Tanpa disedari air mata gugur membasahi pipi tembam Anna. Coretan terakhir ibu dalam diari. Coretan yang ditulis dengan perasaan yang berbelah bagi. Bahagia saat dikhabarkan ada satu nyawa hidup dalam kandungan nya dan berduka apabila dikhabarkan dengan khabar yang suaminya bakal menikahi lagi di Malaysia.
Project Ramadhan 1445H (P1)
Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...
-
Searus dengan pengedaran masa dan zaman, banyak perkara yang diketepikan dan banyak juga perkara yang muncul. Namun alim-ulama selalu mengin...
-
Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...
-
Bukan hidup andai kata tiada ujian dan cabaran yang kita hadapi. Hidup tanpa ujian ibarat masak tanpa rempah. Luarannya nampak sama tapi ras...