Wednesday, 13 October 2021
ILMU
Saturday, 9 October 2021
BAB 5
Entah mengapa tingkahlaku seseorang yang berhadapan dengannya menarik perhatian. Matanya tertumpu ke arah susuk tubuh itu. Segala gerak-geri gadis itu seakan-akan menyentuh satu ruang dalam kalbunya tanpa dia sedari. Dan perasaan itu belum pernah dialami olehnya dengan mana-mana gadis. Hatta kekasih hatinya, Puteri Qistina. Amsyar terus memerhati gadis itu dari kejauhan. Jarak mereka hanya dipisahkan dengan sebuah rak kaca yang separa bahu Amsyar. Sedangkan wajah gadis tubuh itu tidak dapat diihat olehnya kerana gadis itu bertubuh lebih rendah daripada rak tersebut.
Amsyar tanpa menghasilkan bunyi, mengorak langkahnya menuju ke arah gadis itu. Gadis yang sedang gigih mendukung seorang kanak-kanak lelaki sambil memilih kasut sukan yang beraneka jenis di atas deretan rak itu. Amsyar kini berdiri tiga langkah di belakang gadis itu. Namun keberadaannya di belakang gadis itu tidak disedari. Kelihatan gadis itu khusyuk menentukan pilihannya. Senyum kecil terlakar di wajah Amsyar di sebalik mask hitam yang dikenakannya.
“Excuse me, why you are doing that to me?” Gadis itu bertanya hairan apabila Amsyar mencapai kasut di dalam tangannya lalu diletakkan kembali di rak.
“This shoes not suitable for badminton player.” Jawab Amsyar tenang sambil menunjuk ke arah kasut yang dipegang oleh gadis itu tadi.
“Ohh…” Gadis itu membalas ringkas dengan nada sedikit terkejut.
Mungkin tindakan Amsyar mecapai kasut di tangan gadis itu mengejutkan si gadis. Timbul perasaan bersalah di lubuk hatinya kerana perbuatannya sebentar tadi. Dengan segan-silu Amsyar melepaskan mask di wajahnya lalu dia mengorak selangkah menghampiri gadis yang masih tercenggang itu.
“Untuk pemilihan kasut sukan yang tepat, awak kena pastikan keadaan tempat untuk bermain dengan pergerakan dalam permainan tu.” Amsyar memulakan bicaranya dengan muqadimah ringkas tentang basic pemilihan pakaian kasut sukan.
“Oh.”
Melihat reaksi gadis itu yang masih terkedu, Amsyar mencapai sepasang kasut yang terdapat di deretan rak itu lalu dibelek olehnya. Design kasut itu cantik. Kualitinya punya baik dan dijahit rapi. Tidak mudah terbuka dan sebagainya.
“Awak cari sport shoes for yourself?” Amsyar bertanya kepada si gadis sambil memandang kembali ke arah deretan kasut di rak di hadapannya.
“Anniaa. That for my brother and sister.” Gadis itu membalas dengan ramah.
“Volleyball player?” Dia bertanya lagi sambil memandang tepat ke arah wajah gadis kelihatan yang kian memerah bak tomato tanpa Amsyar tahu puncanya.
“Badminton player.” Jawab gadis itu ringkas dengan dua perkataan.
Satu per satu kasut di situ dicapai oleh Amsyar lalu diperhati dengan penuh keasyikkan olehnya. Sekirannya dia berpuas hati dengan kasut yang dipilihnya, Amsyar akan bertanya pendapat pula kepada gadis itu. Dia ingin membantu gadis itu untuk mencari kasut sukahn yang sesuai. Banyak perkara yang dikongsikan oleh kepada gadis cantik mulus itu. Walaupun gadis itu hanya mengiyakan segala kata-katanya namun seakan-akan ada satu tarikan daripada gadis itu sehingga menyebabkan Amsyar ingin sentiasa berada lebih lama bersama dengan si gadis misteri itu.
“Saya suka kasut nie. Design dia cantik. Siap ada couple set lagi. Sesuai laa untuk adik-adik saya.” Gadis itu memberi pandangannya kepada kasut yang dipilih oleh Amsyar.
“Untuk adik-adik awak ja? Awak punya?” Amsyar bertanya dengan perasaan ingin tahu.
“Saya tak perlu kan pun. Tak ada keperluan.” Jawab gadis itu kembali dengan senyuman manis sambil mengusap-usap ubun kanak-kanak dalam dukungannya.
Usai mendapatkan saiz kasut yang bersesuaian dengan kehendak gadis itu, mereka melangkah ke ruang hadapan pula. Gadis itu ingin menghadiahkan adik-adiknya raket baru sempena merayakan kejayaan adik-adiknya yang berjaya dalam pemilihan permain utama sekolah. Amsyar dengan besar hati menawar diri untuk membantu gadis itu memilih raket untuk gadis itu.
“How about you get this and that?” Amsyar menunjukan dua batang raket yang berada di tangannya.
“Why must to get two different type of racket? The racket not same?” Gadis itu bertanya dengan bertubi-tubi dengan perasaan hairan dan ingin kepastian.
“This racket is for a beginner and it suitable for training. But that racket is suitable to bring in the tournament and can support the player. The player did need to spend much energy by using that racket.” Kata Amsyar memberi penerangan ringkas tapi cukup untuk sebagai pengetahuan asas untuk gadis itu.
“Wow, there are a lot of information that I get today from you. You have a good knowledge about sport.” Gadis itu memuji Amsyar dengan penuh ketulusan dalam nadanya.
“Nothing. It just basic knowledge that I know. Nothing special.” Amsyar menafikan pujian sambil tersenyum kecil kepada Fauzana. Dia tersipu-sipu malu mendengar pujian itu.
Amsyar berjalan beriringan di samping gadis itu menuju ke ruang kaunter pembayaran. Mask hitamnya sudah dipakaikan kembali bagi mengelakkan dirinya jadi perhatian umum. Dia tidak menafikan bahawa wajahnya mampu mengusik jiwa mana-mana wanita yang menatapnya kerana dia sudah ditakdirkan menjadi seorang lelaki yang kacak di Malaysia.
“Terima kasih. Datang lagi.” Ujar staff lelaki yang menjaga cashier di kaunter pembayaran itu sambil mengembalikan wang baki beserta resit pembayaran.
“Sama-sama. Saya beli ya.” Balas gadis itu lembut dengan senyuman.
Belum sempat gadis itu ingin mencapai beg kertas yang terisi barang yang dibelinya, Amsyar lebih pantas mencapai beg-beg itu. Gadis itu seakan-akan terkedu dengan tindakan berani Amsyar namun dia hanya membiarkan sahaja perbuatan Amsyar itu memandangkan keadaannya yang agak sukar membawanya.
“Thank you so much for helping me a lot today. Saya berhutang budi dengan awak.” Gadis itu berkata kepada Amsyar seusai mereka keluar daripada kedai itu.
“Welcome. It’s okay. Saya ikhlas tolong awak.” Balas Amsyar dengan penuh keikhlasan daripada lubuk hatinya.
“How about I treat you for lunch?” Ujar gadis itu lagi.
“No need. I am not hungry yet.” Amsyar menolak baik ajakan si gadis.
Tanpa sempat Amsyar mencipta alasan untuk menolak ajakan itu, tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi. Ya, bunyi yang perlahan namun masih dapat didengari oleh si gadis di hadapannya. Amsyar hanya mampu memejamkan matanya lalu memalingkan wajah membelakangi gadis itu. Terlihat senyum kecil terukir di raut wajah mulus gadis itu apabila mendengar bunyi itu.
“You have a nice sound.” Gadis itu berkata lagi namun hanya samar-samr didengari oleh Amsyar kerana suaranya yang agak perlahan.
“What?” Amsyar bertanya lalu memalingkan wajahnya kembali menatap si gadis.
“Nothing.” Gadis itu membalas ringkas.
“Hmm, I think I can join you for lunch. Your treat, right?”Ujar Amsyar lagi untuk menutup perasaan malu yang mekar dalam dirinya.
“Of course but…” Gadis itu berkata lalu memandang tepat ke arah anak mata Amsyar.
“But?”
“Are you okay if we use public transport?” Gadis itu bertanya dengan nada yang polos.
“Why?” Amsyar membalas pertanyaan si gadis dengan soalan kembali. Sekadar ingin kepastian.
“I wanna treat you for a lunch in a special place but the place just a little bit far from here. So, the public transport is the best choice to save pocket money.” Jawab gadis itu perlahan seakan malu-malu sambil menepuk-nepuk lembut tubuh kanak-kanak lelaki dalam dukungannya yang kelihatan sedikit terganggu dengan keadaan cuaca yang agak terik ketika ini.
“No a big deal. I can be your driver. I drive my car to here.” Balas Amsyar dengan nada yang tenang tanpa berpikir panjang lalu mengeluarkan kunci keretannya.
“Are you sure? Tak susahkan awak ke?” Tanya gadis itu ragu-ragu lalu menatap tepat ke arah anak mata Amsyar untuk kepastian.
“Nope.”
“I will paid you, okay.”
“Not to worry. Just save your money because I am a food haunter.” Balas Amsyar lagi bergurau sekadar ingin menghilangkan keresahan si gadis.
*****
Fauzana mempercepatkan langkahnya agar langkahnya seiringan dengan langkah lelaki misteri itu. Langkah panjang lelaki itu menyebabkan Fauzana ketinggalan agak jauh walaupun langkah lelaki itu kelihatan bersahaja. Farris dalam masih terlena di bahunya. Walaupun Fauzana agak lelah dan penat kerana terpaksa mendukung adiknya yang kian membesar, namun apabila melihat raut wajah polos adiknya yang nyenyak perasaan bahagia itu hadir tanpa dipinta.
“Tweet tweet…”
Sebuah kereta tiba-tiba berbunyi. Fauzana memandang ke hadapan. Kelihatan lelaki itu sedang bediri tegak di sebuah kereta mewah. Fauzana terpaku seketika saat melihat jenama kereta itu. Kereta berjenama yang mencecah ratusan ribu ringgit. Fauzana kembali menantap wajah lelaki itu. Lelaki itu dengan senang hatinya membuka pintu kereta untuk Fauzana lalu mempersilakannya masuk. Dengan perasaan malu, Fauzana segera masuk ke dalam kereta itu kerana sikap sweet and gentleman lelaki ini telah mencuri perhatian di situ.
“Terima kasih.” Ucap lembut Fauzana sebelum lelaki itu menutup pintu keretanya.
Tanpa menunggu lama, lelaki itu segera masuk ke bahagian pemandu. Enjin kereta dipanaskan seketika sebelum dia memulakan pemanduan. Fauzana sudah memberikan lelaki itu location untuk memudahkan pemanduan lelaki itu ke destinasi mereka. Mereka berbual seketika bersama sebelum sampai di destinasi.
“Awak orang sini ke?” Lelaki itu bertanya memulakan bicara mereka serta memecahkan kesunyian di dalam kereta ketika ini.
“Tak. Saya orang Tanjung Emas.” Balas Fauzana sambil mengesat peluh di wajahnya.
“Jauhnya datang sini. Berdua ja?” Tanya lelaki itu lagi lalu menghulurkan kotak tisu yang tersedia di dashboard keretenya kepada Fauzana.
Walaupun wajah lelaki itu menghadap ke arah jalan raya di hadapannya namun dia masih dapat memandang wajah Fauzana melalui cermin pandang belakang. Melihat keadaan Fauzana yang mengesat peluhnya dengan hujung lengan baju menimbulkan perasaan kasihan dalam hati lelaki itu. Kotak tisu segera dihulurkan kepada Fauzana sebelum penyaman udara keretanya dinaikan sedikit.
“Terima kasih. Haah kami berdua ja.” Balas Fauzana pula lalu menyambut huluran kotak tisu daripada lelaki itu.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di destinasi yang dituju. Farris yang tadinya nyenyak juga sudah sedar dari tidurnya. Sesedarnya daripada tidur hanya kedengaran suaranya yang berceloteh memenuhi ruang kereta ini. Apa sahaja yang terlihat oleh Farris daripada tingkat kereta pasti akan ditanyakan kepada si kakak yang tak putus-putus melayan pertanyaan si adik bak inspector polis itu.
“Apa tu?” Tanya Farris terus apabila sebuah lori berhenti di sebelah kereta yang dinaiki mereka.
“Lori.” Balas Fauzana lembut.
“Apa tu?” Tanya Farris lagi apabila wajahnya dipalingkan ke arah kanan.
“Kereta.”
“Kereta anjang?” Farris tertanya sambil membuat gaya panjang dengan tangannya.
“Iya. Kereta panjang.”
Usai mendapatkan ruang parking, lelaki itu kembali mengenakan mask hitamnya di wajah. Enjin kereta dimatikan dan dia dengan segera keluar daripada keretanya. Baru sahaja Fauzana ingin membuka pintu kereta, tiba-tiba pintu kereta di sebelahnya dibuka daripada luar. Kelihatan lelaki yang diketahui namanya sudah berdiri tegak di hadapan pintu itu. Beg sandangnya dicapai lalu Fauzana segera keluar daripada kereta itu. Lelaki itu dengan sikap lelaki sejatinya meletakkan tangannya untuk menghalang kepala Fauzana dan Farris daripada terhantuk. Tindakan lelaki itu menyentuh satu ruang di hati Fauzana tanpa disedari.
“Wahh, pantai…” Jerit Farris teruja lalu meronta-ronta ingin turun daripada dukungan si kakak.
“Farris, jangan lari. Nanti jatuh.” Pesan Fauzana sambil memandang ke arah adiknya yang sudah berlari-lari ke arah pantai.
Kini tinggallah Fauzana bersendirian dengan lelaki itu. Mereka berjalan beriringan mengikuti jejak Farris yang sudah jauh di hadapan mereka. Mereka berjalan seperti pasangan suami isteri yang bahagia memerhati sang anak berlari riang di pantai. Sedangkan mereka tidak saling mengenali satu sama lain. Hatta nama masing-masing juga tidak diketahui.
“Cantik pantai nie. Saya belum pernah sampai ke sini.” Lelaki itu memulakan bicara di saat mereka berhenti di bawah sepohon pohon rendang.
“Saya selalu juga berkunjung ke sini. Luangkan masa dengan family.” Balas Fauzana pula sambil menikmati permandangan indah pantai dan sapaan angin bayu yang menyapa wajahnya.
“Oh.”
“Jom laa kita pergi ke kedai makan di sini.” Fauzana berkata pula seusai masing-masing saling mendiamkan diri.
“Jom.”
“Farris, jom.” Panggil Fauzana ke arah adiknya yang sedang berlari-lari mengelilingi pohon yang menempatkan mereka.
Fauzana berjalan sambil berpegangan tangan dengan Farris. Sedang lelaki itu hanya mengukiti di belakangnya. Tawa riang Farris memeriahkan lagi suasana di sini yang sudah meriah dengan orang ramai yang sedang beristirehat bersama pasangan, keluarga dan teman-teman.
Mata Fauzana memerhati setiap genap ruang kedai itu untuk mencari meja kosong. Namun matanya belum menemui meja kosong untuk diduduki mereka. Suasana kedai makan saat ini penuh dengan orang ramai yang sedang menikmati makan tengahari sambil menikmati pemandangan pantai. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang. Tubuh Fauzana terdorong mengikut langkah orang menarik tangannya. Untung sahaja kini Farris sudah berada dalam dukungannya semenjak mula memasuki ruang kedai ini. Fauzana mendukung Farris bagi mengelakkan adiknya terpisah dengannya di dalam kesesakan orang ramai. Fauzana tidak sempat melihat wajah orang yang menariknya kerana keadaan yang sesak. Kini tangan yang menariknya berhenti. Terdapat meja kosong di hadapannya. Fauzana segera mendongakkan wajahnya untuk melihat si gerangan yang menariknya ke sini. Lelaki itu.
“Maaf saya tak berniat nak sentuh awak. Saya cuma tak nak awak terpisah dengan saya.” Lelaki itu berkata memohon maaf lalu segera melepaskan pegangan tangannya.
“Tak pa. Nasib baik awak pegang tangan saya dengan beralas. Kalau tak merasa awak merasa laa lempang saya.” Fauzana berkata dengan sedikit gurauan bagi meredakan kebimbingan yang dirasaikan oleh lelaki itu.
Lelaki itu dengan rendah hatinya menarik kerusi untuk Fauzana sedangkan Fauzana mampu untuk melakukannya sendiri. Dengan perasaan tersipu-sipu, Fauzana duduk di atas kerusi itu. Seketika kemudian lelaki itu pergi ke suatu tempat tanpa memaklumkan kepada Fauzana menyebabkan Fauzana terkedu sendirian. Farris di dudukan di atas ribanya memandangkan meja yang mereka duduki adalah meja untuk dua orang sahaja. Dan ketika itu juga muncul seorang pelayan lelaki ke meja yang dia duduki.
“Kak nak order apa ya?” Pelayan lelaki itu bertanya ramah dengan senyum manis tidak lekang di wajahnya walaupun dalam keadaan kepenatan.
“Boleh tunggu kejap tak? Sebab saya tengah tunggu seorang lagi.” Balas Fauzana.
“Oh, akak tunggu suami akak ya? Tak pa saya ke meja hujung tu dulu. Nanti saya datang balik ke meja akak ya.” Ujar pelayan lelaki itu lagi.
“Err… okay.” Jawab Fauzana ragu-ragu apabila pelangan itu salah faham dengannya.
Pelayan lelaki itu kemudiannya melangkah meninggalkan meja Fauzana. Fauzana hanya mampu melemparkan senyuman kembali ke arah pelayan itu sehingga pandangan pelayan itu hilang daripada pandangannya. Beberapa saat kemudian, lelaki itu muncul kembali dengan membawa sebuah kerusi kanak-kanak bersamanya. Lelaki itu meletakan kerusi itu di antara kerusinya dan kerusi Fauzana.
“Buat susah-susah awak je. Farris boleh je duduk atas riba saya.” Kata Fauzana dengan perasaan bercampur-baur. Terharu. Bersalah.
“Just a small matter. Saya nak awak makan dengan selesa nanti.” Kata lelaki itu lagi lalu melepaskan masknya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang berjenama DIOR itu.
“Thanks and sorry.”
“Why?” Tanya lelaki itu lalu membetulkan duduknya di hadapan Fauzana.
“Thanks for helping me today and sorry for troubling you today.”
“No need to say ‘thanks’ and ‘sorry’. That is my pleasure.” Jawabnya kembali lalu mengukirkan senyum manis kepada Fauzana.
Seketika kemudian, pelayan lelaki tadi kembali ke meja mereka. Sebuah senyuman dilemparkan kepada Fauzana dan lelaki di hadapannya oleh pelayan itu. Di tangannya sudah terdapat sebuah note memo untuk menulis order. Buku menu yang dihulurkan disambut baik oleh mereka.
Usai mencatat order, pelayan itu meminta diri bersama buku menu itu. Fauzana kembali memandang ke arah Farris di sampingnya. Dia malu untuk menatap wajah lelaki di hadapannya kerana seusai tadi sepasang mata itu tidak putus memandang ke arahnya tanpa henti. Membuatkan Fauzana malu lalu tanpa sedar pipinya merona merah. Tiba-tiba kedengaran tawa halus menyapa pendengaran Fauzana.
“Kenapa pipi awak merah-merah? Panas ke?” Tanya lelaki itu sambil menongkatkan dagu dengan tapak tangannya di hadapan Fauzana.
“Ma..mana…ada…haahh… Panas.” Jawab Fauzana dengan keadaan bercelaru sambil mengipas-gipas wajahnya seakan-akan kepanasan.
“Mana satu nie? Ke awak malu dengan saya.” Kata lelaki itu lagi seakan-akan mengusik Fauzana.
Fauzana hanya mendiamkan diri. Pandangannya dialih menghadap ke arah Farris yang sedang bermain dengan mainannya. Fauzana berlakon seakan-akan dia tidak mendengar bicara lelaki yang giat mengusiknya ketika ini.
“Or awak terpesona dengan senyuman saya?” Usiknya lagi.
“Awak jangan macam-macam eaa…”
“Hahahah. Saya gurau je. Saya suka tengok wajah merah-merah awak. Comel.” Balasnya lalu tertawa halus.
“Ishh, dia nie kan.” Balas Fauzana pula dengan nada marah-marah manja.
“Okay. I am sorry.” Kata lelaki itu lagi lalu menghentikan usikannya.
“Hmmm.” Balas Fauzana seakan-akan merajuk.
“My name is Amsyar Haziq. You can call me, Amsyar. And I am 26 years old. How about you?” Kata lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Amsyar lalu memandang ke arah Fauzana untuk meminta balasan.
“Me? Emm. I am Iman Fauzana. And I am 18 years old. And this is Iman Farris, three years old.” Balas Fauzana memperkenalkan dirinya dan juga si adik.
“18 years old? Omg, you are so young.”
“Hehehe.”
“Your son?” Tanya Amsyar lagi ingin tahu sambil memandang ke arah Farris.
“No. He is my little brother.”
Tanpa disedari, satu nafas dihelakan seakan-akan merasakan perasaan tenang apabila dengar jawapan daripada Fauzana. Fauzana yang melihat tindakan Amsyar itu berasa hairan lalu wajah laki itu ditatap seketika. Amsyar yang perasaan dengan tindakan Fauzana segera membetulkan peti suaranya.
“Why?” Tanya Amsyar.
Baru sahaja Fauzana ingin menjawab pertanyaan Amsyar itu, dua orang pelayan wanita datang ke meja mereka bersama pesanan yang dipesan oleh mereka.
“Excuse me. Can we serve your food?” Seorang pelayan wanita yang berwajah kacukan Chinese berkata.
“Sure.” Jawab Amsyar mewakili mereka.
Tanpa menunggu dengan lebih lama, dua orang pelayan itu segera menghidangkan makanan di meja makan itu. Keadaan orang yang semakin ramai mengunjungi kedai makan ini menyebabkan pergerakan salah seorang pelayan di situ agak tergopoh lalu menyebabkan tangan Fauzana terkena periuk panas yang terisi sup ayam.
“Mintak maaf kak. Minta maaf. Saya tak sengaja.” Ujar pelayan wanita itu berulang kali sambil menbongkokkan tubuhnya.
“It’s okay. Don’t worry.” Balas Fauzana tergesa-gesa seperti dirinya yang melakukan kesalahan sambil menghadiahkan senyuman ke arah dua orang pelayan itu.
“I am really sorry.” Ucap pelayan itu lagi dengan perasaan bersalah apabila tangan Fauzana mula memerah sebelum meminta diri kembali ke ruangan kerjanya.
Keadaan tangan yang melecur akibat terkena periuk panas itu menyebabkan tindakan Fauzana terbatas. Dia tidak mampu menggunakan tangan kanannya untuk makan. Dan ini menambah kesukaran baginya kerana dia tidak biasa menggunakan tangan kiri dengan sudu untuk makan. Amsyar yang melihat kesukaran yang dihadapi oleh Fauzana jatuh simpati. Fauzana kelihatan kekok menggunakan tangan kiri untuk makan pada pandangan Amsyar.
Amsyar dengan penuh prihatinnya membantu Fauzana. Dia meletakkan isi ayam yang sudah dicarik-carikkannya menjadi kecil ke dalam pingan Fauzana dan tidak lupa juga di pingan kecil Farris. Fauzana yang melihat tindakan Amsyar itu berasa terharu. Amsyar juga dengan tidak keberatannya menyuapkan si kecil Farris makan tanpa dipinta oleh Fauzana. Dia melayani Farris seperti ahli keluarganya walaupun hakikat sebenar dia seorang anak tunggal dalam keluarganya.
“Sweet nya laki tu. Untung isteri dia kan.” Suara seorang wanita yang duduk di meja berdekatan mereka berkata perlahan.
“Haa. Best nya kalau I dapat sweet macam tu. Anak I nanti dia tolong suapkan.” Kata wanita yang duduk semeja dengan wanita tadi.
Pandangan mereka tak putus memandang ke arah meja yang diduduki oleh Fauzana, Amsyar dan Farris. Fauzana yang mendengar bicara dua orang wanita itu hanya mampu tersenyum. Bicara mereka tidak dapat dinafikan oleh Fauzana kerana Fauzana turut berpandangan seperti kedua-dua orang wanita itu terhadap Amsyar. Bukan sahaja memilik susuk tubuh yang tegap dan berwajah tampan persis artis Korea, malah dia juga berperwatakan baik seperti lelaki sejati. Lelaki idaman Malaya.
Friday, 8 October 2021
DIAM LEBIH BAIK
AL-QURAN DAN HADITH PANDUAN HIDUP MUKMIN
Ujian bukanlah alasan untuk kita mengalah atau berserah. Setiap ujian dan masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bak kata anak muda, di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
Project Ramadhan 1445H (P1)
Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...
-
Searus dengan pengedaran masa dan zaman, banyak perkara yang diketepikan dan banyak juga perkara yang muncul. Namun alim-ulama selalu mengin...
-
Rujukan: 1. Miftah Al-Maghfirah ( Himpunan Hadith-Hadith Sahih Siri 3 ) Amalan dan Muhasabah Ramadhan, 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysi...
-
Bukan hidup andai kata tiada ujian dan cabaran yang kita hadapi. Hidup tanpa ujian ibarat masak tanpa rempah. Luarannya nampak sama tapi ras...